Apa Itu Teknologi Blue Core Dan Vva Pada Motosikal Yamaha



Teknologi tidak terhad kepada peranti atau gajet yang kita gunakan seharian. Pada kenderaan yang kita bawa setiap hari itu juga terkandung teknologi yang memacunya ke depan.
Yamaha memang tidak asing lagi dengan inovasi.
Teknologi Blue Core dan VVA bukan benda baru, dan disebabkan saya sudah merasa sendiri dua teknologi ini, saya terpanggil menulis sedikit untuk mereka yang ingin tahu mengenainya.
Apa Itu Blue Core?
Blue Core dalam erti kata penerangan pendeknya ialah pengoptimuman pada enjin.
Antara manfaat dari teknologi ini ialah ia akan dapat meningkatkan kecekapan pembakaran, mengurangkan kadar kerosakan mekanikal, mendapatkan pengawalan bahan api dan masa pembakaran paling tepat, serta menambah baik kecekapan penyejukan enjin. Kesemua talaan dilakukan untuk mengekstrak kuasa terbaik dan dalam masa yang sama menjimatkan penggunaan bahan api.
Secara mudah faham, ianya adalah kombinasi beberapa pembangunan dan penambahbaikan pada teknologi enjin lama Yamaha dan mencipta enjin generasi baharu yang lebih tinggi prestasinya, tetapi dalam masa yang sama lebih cekap penggunaan bahan bakar.
Kesemua ini dilakukan dengan cara mengoptimumkan proses pembakaran terlebih dahulu. Bagi memastikan pembakaran lebih efisien, reka bentuk enjin perlulah diperbaharui dan setiap kiraan bagi reka bentuknya haruslah tepat.
Ketepatan boleh dicapai dengan mengemas kini reka bentuk intake port, penyusunan semula atau membentuk semula injap, meningkatkan nisbah mampatan dan sebagainya lagi. Selain itu, Yamaha juga membuat kebuk pembakaran padat untuk menghasilkan pembakaran paling optimum.
Gambar ehsan dari: Yamaha. Apa Itu VVA?
VVA adalah singkatan dari Variable Valve Actuation.
Ia merupakan teknologi injap yang menggunakan mekanisma untuk beralih atau bertukar diantara profil camshaft (aci sesondol?) apabila enjin berkelajuan rendah meningkat kepada kelajuan tinggi. Ini dipacu oleh nilai RPM semasa pada enjin. Dengan profil cam boleh berubah ini, ujian menunjukkan ia telah dapat menambah prestasi model R15 sebanyak 18 peratus.
Dengan mengatur bukaan injap, bahan bakar yang keluar akan dapat disesuaikan dengan kelajuan motosikal. Keberkesanan kaedah ini akan dapat dilihat pada penggunaan bahan bakar yang lebih hemat berbanding motosikal dengan sistem tradisional.
Tujuan untuk kesemua ini tidak lain tidak bukan untuk menghasilkan kuasa enjin yang seimbang dan serata pada RPM berbeza, sama ada ketika ia rendah mahupun tinggi. Apabila ini berlaku, tenaga yang dihamburkan bagi setiap kelajuan adalah bersesuaian dengan apa yang ‘diminta’ oleh enjin.
Apabila kedua teknologi ini digabungkan, maka terhasillah sebuah enjin yang berkuasa lebih tinggi dari sistem tradisional, tetapi ia tidak pula menggunakan bahan bakar yang melampau walaupun ketika pendikit dipulas banyak. Maklum saja, apa guna ada enjin yang jimat penggunaan petrol, tetapi tidak kita gunakan dengan ‘sebaiknya’ bukan?
Enjin generasi baharu ini dapat dilihat pada model-model seperti Nmax, NVX, dan R15. Jika anda ingin merasainya sendiri, saya syorkan anda datang ke kedai wakil-wakil Yamaha terdekat untuk temu janji uji pandu.
**************************************************************************************************



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/apa-itu-teknologi-blue-core-dan-vva-pada-motosikal-yamaha/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Teknologi Maklumat Didakwa Bunuh Syed Muhammad Danial

Pekerja Teknologi Maklumat Didakwa Bunuh Syed Muhammad Danial

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 343 hits
KAJANG 22 Ogos Seorang pekerja di bahagian teknologi maklumat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Syed Muhammad Danial Syed Shakir dalam kejadian langgar baru baru ini Yew Wei Liang 41 yang memakai baj...
Indonesia Gelar Pertemuan Bahas Teknologi Data Kelautan Selat Malaka Dan Singapura

Indonesia Gelar Pertemuan Bahas Teknologi Data Kelautan Selat Malaka Dan Singapura

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 182 hits
Direktorat Jenderal Perhubungan Laut Kementerian Perhubungan menggelar pertemuan Marine Electronic Highway Working Group Intersessional Pertemuan ini dihadiri oleh tiga negara pantai serta perwakilan dari Malacca Straits Council
Teknologi Pertanian Pintar Harus Diperluas Ke Arah Pertanian Berpendapatan Tinggi

Teknologi Pertanian Pintar Harus Diperluas Ke Arah Pertanian Berpendapatan Tinggi

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 210 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Lewat Teknologi Ini Mahasiswa Itb Juarai Pertamina Energy Hackathon 2 0

Lewat Teknologi Ini Mahasiswa Itb Juarai Pertamina Energy Hackathon 2 0

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 171 hits
Tim Pertavision asal ITB sukses menjuarai Pertamina Energy Hackathon 2 0 yang berlangsung di Jakarta pada 24 25 Agustus 2019 Mereka berhasil menang berkat teknologi pengenalan nomor plat kendaraan untuk memberi insight tentang pengendara di...
Impak Revolusi Perindustrian Keempat Ke Atas Teknologi Acuan

Impak Revolusi Perindustrian Keempat Ke Atas Teknologi Acuan

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 280 hits
Oleh Raja Azlan Bin Raja Abdullah Koordinator Program Jabatan Kejuruteraan Mekanikal German Malaysian Institute BAGAIMANA TEKNOLOGI REVOLUSI INDUSTRI 4 0 MEMBANTU DI DALAM PENGHASILAN DATA MAKLUMAT YANG TEPAT TELUS DAN BERNILAI UNTUK PEMBUA...
Sukses Di Myanmar Kiwi Aliwarga Akan Bangun Indonesia Lewat Inovasi Teknologi

Sukses Di Myanmar Kiwi Aliwarga Akan Bangun Indonesia Lewat Inovasi Teknologi

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 324 hits
Berhasil membangun bisnis di Myanmar tapi Kiwi Aliwarga tidak melupakan tanah kelahirannya Indonesia Sejak 2015 Kiwi pun mengembangkan bisnisnya ke Tanah Air dan mendirikan UMG IdeaLab UMG IdeaLab membawa misi untuk membangun negeri ini mel...
Teknologi Digital Nafas Baru Dakwah Kontemporari

Teknologi Digital Nafas Baru Dakwah Kontemporari

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 260 hits
ISKANDAR PUTERI Seni berdakwah era kini telah beralih kepada nafas baharu yakni besar dan meluasnya penggunaan digital yang sekali gus menuntut para pendakwah melakukan transformasi penyampaian Ketua Jabatan IT Muslimat PAS Negeri Johor Nor...
80 Persen Pegawai Perbankan Harus Paham Teknologi

80 Persen Pegawai Perbankan Harus Paham Teknologi

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 135 hits
Direktur Manajemen Risiko PT Bank Negara Indonesia Tbk Bob Tyasika Ananta mengatakan saat ini dunia perbankan dihadapkan pada era baru digitalisasi dalam rangka menyambut revolusi industri 4 0 Untuk itu 80 persen pegawai bank dituntut untuk...
Universal Robots Pemain Teknologi Robot Global Incar Pasar Otomotif Indonesia

Universal Robots Pemain Teknologi Robot Global Incar Pasar Otomotif Indonesia

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 163 hits
Salah satu pemain robot global yang sedang mengincar pasar Indonesia adalah Universal Robots Perusahaan teknologi robot asal Denmark ini mulai menyasar pabrikan kendaraan bermotor roda empat di Indonesia yang terus berevolusi dalam proses p...
Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Curang Itu Pilihan Tapiiii

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Persediaan Tamadhan Dan Raya

Choosing The Perfect Plants To Brighten Up Dark Spaces

Graft Videos Aimed At Weakening My Govt Says Hajiji

Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel