Apa Itu Perusahaan Sosial Dan Bagaimana Magic Membantu Perusahaan Sosial Di Malaysia


Usahawan sosial atau Social Enterprise (SE) merupakan sebuah entiti perniagaan yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis yang mempunyai kewangan yang baik sekaligus dapat memberi impak kepada sosial dan juga alam sekitar. Menurut MaGIC, perusahaan sosial di Malaysia mempunyai peluang yang besar untuk dijadikan sebagai pekerjaan yang stabil, dan dalam masa yang sama dapat menyatukan semua lapisan masyarakat termasuklah komuniti terpinggir. Hal ini sekaligus dapat memberikan impak yang besar kepada pembangunan ekonomi negara. Ia juga merupakan salah satu aspek dalam Teras Strategik dan komponen penting dalam Dasar Keusahawanan Nasional (DKN2030).

Bagi MaGIC, perusahaan sosial menggalakkan usahawan-usahawan untuk mencapai konsep 3P, iaitu Planet, People, dan juga Profit dalam syarikat mereka. Perusahaan sosial ini juga dilihat mampu untuk merealisasikan 17 matlamat pembangunan mampan ( Sustainable Development Goals, SDG) yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Apabila ditanya berkenaan takrifan sebenar tentang apa itu Usahawan Sosial, samaada adakah ia merupakan sebuah platform, komuniti atau pun perusahaan tertentu, pihak MaGIC menyatakan bahawa ia merupakan gabungan kepada ketiga-tiga aspek ini dan ia bergantung kepada dimana sesebuah perusahaan itu berada dalam spektrum tersebut.

Ia akan menjadi satu platform atau komuniti jika anda merupakan seorang yang berperanan penting dalam industri seperti usahawan sosial tersendiri, pemberi dana, atau penggubal dasar. Manakala, dari segi platform pula, MaGIC menjalankan platform akreditasi perusahaan sosial, (Social Enterprise Accredatation, SE.A) yang diiktirafkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang dapat memberikan pelbagai bantuan dari segi kemudahan dan manfaat seperti insentif cukai dan sebagainya.
Para usahawan sosial boleh berfungsi sebagai perniagaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat bernilai bilion dolar atau juga sebagai pengendali perniagaan industri mikro atau kotej (cottage). Ketiga-tiganya mempunyai persamaan antara satu sama lain, iaitu mampu untuk membuat keuntungan sambil memberi kesan positif kepada semua pihak, dan harus beroperasi sebagai perusahaan sosial bagi membendung pelbagai krisis yang dialami oleh setiap lapisan masyarakat.

Seseorang usahawan sosial yang berjaya perlulah mempunyai wawasan dan mempunyai daya keinginan untuk menggunakan kemahirannya dalam usaha bagi menyumbangkan impak positif kepada semua lapisan masyarakat, termasuklah alam sekitar sekaligus dapat membantu pembangunan ekonomi di Malaysia.
Setiap usahawan sosial perlulah mempunyai misi sosial mereka yang tersendiri. Sesebuah perusahaan sosial perlu mempunyai 3 kriteria utama sebagai Model Perniagaan (Business Model) mereka. Ketiga-tiga kriteria ini merupakan penanda aras kelayakan untuk sesebuah perusahaan atau organisasi sosial untuk berjaya. Tiga kriteria utama tersebut adalah:
1. Mewujudkan impak sosial atau alam sekitar yang positif secara proaktif. 
Penyataan yang jelas tentang sesebuah perusahaan atau organisasi sosial pada laman web mereka DAN/ATAU dalam perlembagaan syarikat. Dengan penyataan matlamat yang jelas, ia sedikit sebanyak mampu menjadikan garis panduan untuk hala tuju sesebuah perusahaan atau organisasi sosial. Sebagai contoh “Sasaran impak kami adalah untuk meningkatkan kesejahteraan ibu tunggal berpendapatan rendah,” atau “Matlamat kami adalah mengurangkan jumlah pembuangan sampah yang dihantar ke tapak pelupusan sampah”.

2. Menyumbangkan sumber yang signifikan kepada matlamat sosial atau alam sekitar. 
Sesebuah perusahaan atau organisasi sosial perlulah mempunyai kewangan yang kukuh dan dapat menunjukkan bahawa kos yang dibelanjakan oleh mereka adalah penting dalam kerja-kerja impak sosial atau alam sekitar semasa membuat perbandingan keuntungan tahunan atau kos perniagaan.
Jika dirujuk pada Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A), sesebuah perusahaan sosial hendaklah memperuntukkan 51% daripada keuntungan mereka dalam melaksanakan matlamat sosial dan alam sekitar ATAU dengan mewujudkan dasar pengambilan pekerja dari kalangan golongan yang tidak berkemampuan. Bagi perusahaan sosial, golongan ini perlulah menyatakan komitmen mereka terhadap matlamat dalam memberi impak kepada sosial atau alam sekitar dengan memberikan sumbangan dalam model perniagaan mereka sekurang-kurangnya 35%.
3. Mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh. 
Lebih 50% daripada hasil jualan barangan atau perkhidmatan daripada pelanggan hendaklah diperolehi untuk sesebuah perusahaan sosial, DAN BUKAN daripada sumbangan atau juga geran. Perusahaan sosial juga perlulah mempunyai model perniagaan yang berkebolehan untuk menjana pendapatan dan keuntungan dalam masa yang sama. Pendapatan tersebut perlulah ditakrifkan mengikut Piawaian Perakaunan Malaysia nombor 9, iaitu “Pendapatan”. Perusahaan sosial ini seterusnya akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan yang dilaporkan dalam penyata kewangan yang terkini.
Sasaran MaGIC untuk keusahawanan sosial ini adalah luas dan terdiri daripada pelbagai pihak yang boleh menjana pendapatan dan memberi impak positif dalam pembangunan ekosistem keusahawanan sosial Malaysia.

Antara program atau kempen yang dianjurkan oleh MaGIC dalam usaha untuk mempromosikan program Usahawan Sosial ini kepada masyarakat adalah:
1. SE Bootcamp – program yang memberi peluang kepada setiap individu yang mempunyai idea untuk diasah dan mengubahnya menjadi sebuah perusahaan sosial. Melalui program ini, para peserta dapat mempelajari cara-cara perusahaan sosial yang berjaya dan dapat melatih kreativiti serta inovasi mereka dalam usaha untuk membezakan perniagaan mereka dengan para pesaing.
2. SE Knowledge Day – program ini berjalan selama satu hari yang mana pihak MaGIC akan memberi didikan dan penerangan secara mendalam tentang perusahaan sosial di seluruh negara melalui rangkaian ekosistem MaGIC. Program ini juga dapat memberi kesedaran tentang bagaimana MaGIC boleh membantu para peserta menjadi sebuah perusahaan sosial yang berjaya.
3. Pemangkin Usahawan Sosial Hebat (PUSH) – Program ini adalah satu inisiatif pembangunan kepada mikro-keusahawanan di mana latihan kemahiran dan pengetahuan akan diberikan kepada golongan komuniti B40 melalui proses perantisan. Latihan akan diberikan oleh para usahawan dan para perusaha sosial sedia ada yang bertujuan untuk memberi peluang pembangunan sara hidup golongan dan komuniti B40 ini.
4.Kempen “Buy for Impact” – Kempen ini disasarkan untuk memupuk kesedaran budaya membeli yang dapat memberi impak positif diantara rakyat Malaysia, sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta.
5. Platform Mentorship – program ini amat disarankan kepada mereka yang baru atau ingin menceburi bidang perusahaan sosial. Ia merupakan satu platform yang dapat memberi khidmat nasihat daripada beberapa senarai mentor daripada pelbagai sektor yang mempunyai kemahiran untuk memberi pandangan dalam haluan sesuatu perniagaan. Platform ini boleh disertai secara percuma, samaada secara bersemuka atau secara panggilan video selama 30 minit untuk setiap sesi.

Antara pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan usahawan sosial ini adalah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang berperanan sebagai penyelaras dan pemegang bidang kuasa tunggal dalam sektor perusahaan sosial di Malaysia. Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) ini telah dilancarkan oleh MED pada awal tahun 2019. Proses Akreditasi ini dijalankan untuk menyelaraskan pengiktirafan mana-mana perniagaan yang ingin menjadi perusahaan sosial. Hal ini adalah bagi membendung penyalahgunaan takrif atau berlaku sebarang salahlaku perniagaan atas nama perusahaan sosial.
Melalui agensi-agensi MED, ia membolehkan para perusahaan sosial untuk membuat pembiayaan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Jadi, dengan SE.A yang sah, sesebuah perusahaan sosial boleh membuat tuntutan cukai, menyertai jaringan sosial di Malaysia dan memperolehi pelbagai akses kepada program, peluang kerjasama dan pertukaran ilmu sesama perusahaan sosial.
Akhir sekali, MaGIC berharap dapat memupuk semangat keusahawanan sosial yang mempunyai potensi besar untuk menjadi pemacu ekonomi baru di Malaysia. Pihak mereka juga turut berharap untuk terus dapat mendidik lebih banyak agensi kerajaan mengenai potensi mereka dalam semua sektor perniagaan dan industri di Malaysia.
Layari: Laman Web MaGIC Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Usahawan Sosial 
Penafian: Advertorial daripada MaGIC


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/10/apa-itu-perusahaan-sosial-dan-bagaimana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Yang Puji Di Media Sosial Warner Bros Ucap Terima Kasih Joker Kini Jadi Filem Nombor 1 Di Malaysia

Ramai Yang Puji Di Media Sosial Warner Bros Ucap Terima Kasih Joker Kini Jadi Filem Nombor 1 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 418 hits
Filem Joker yang dilakonkan Joquin Pheonix ketika ini mungkin menjadi filem yang paling disebut sebut oleh seluruh peminat filem Hollywood termasuklah di Malaysia Setiap hari ada sahaja review yang dibuat oleh segelintir peminat yang teruja...
Viral Di Media Sosial Video Mahasiswa Yang Berdemo Temukan Tisu Magic Di Laci Meja Anggota Dprd

Viral Di Media Sosial Video Mahasiswa Yang Berdemo Temukan Tisu Magic Di Laci Meja Anggota Dprd

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 272 hits
Beredar di media sosial penemuan alat bantu hubungan sek sual berupa tisu magic saat mahasiswa yang berdemo menolak RKUHP dan UU KPK memasuki ruangan di Gedung DPRD Kebenaran mengenai video tersebut belum bisa terkonfirmasi Namun dalam ungg...
Perusahaan Terlibat Karhutla Malaysia Ingin Buat Uu Kualitas Lingkungan

Perusahaan Terlibat Karhutla Malaysia Ingin Buat Uu Kualitas Lingkungan

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 208 hits
Perusahaan Terlibat Karhutla Malaysia Ingin Buat UU Kualitas Lingkungan Santiago juga mengatakan sangat mungkin bagi kekuatan yang berada di tangan Jaksa Agung untuk melakukan hal itu mengutip pernyataan dua pengacara Surendra Ananth dan Da...
Perjanjian Malaysia 1963 Mengubah Kontrak Sosial

Perjanjian Malaysia 1963 Mengubah Kontrak Sosial

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 299 hits
Satu sisi yang tidak pernah dibincangkan oleh parti Ketuanan Melayu adalah Perjanjian Malaysia 1963 telah pun menamatkan kontrak sosial Perjanjian pembentukan Malaysia yang mengikutsertakan Singapura Sabah dan Sarawak itu tidak pernah menga...
Samsung Galaxy Fold Bakal Ditawarkan Di Malaysia Pada Bulan Ini

Samsung Galaxy Fold Bakal Ditawarkan Di Malaysia Pada Bulan Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 366 hits
Samsung Malaysia hari ini mengesahkan yang mana telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertama daripada mereka iaitu Galaxy Fold bakal dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada bulan Oktober ini Galaxy Fold hadir dengan skrin 7 3 inci A...
Vivo V17 Pro Kini Rasmi Di Malaysia 2 Kamera Swafoto 4 Kamera Belakang Rm1699

Vivo V17 Pro Kini Rasmi Di Malaysia 2 Kamera Swafoto 4 Kamera Belakang Rm1699

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 838 hits
Ia adalah kemaskini kepada Vivo V15 Pro yang dilancarkan pada awal tahun Hari ini akhirnya Vivo Malaysia melancarkan peranti ini di Malaysia secara rasmi selepas Vivo V17 Pro menggunakan skrin bersaiz 6 44 inci Super AMOLED Ultra FullView D...
Oneplus 7t Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Oktober

Oneplus 7t Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Oktober

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 221 hits
OnePlus 7T baru sahaja dilancarkan di India dan di Amerika Syarikat minggu lepas Ia adalah peranti keempat dari OnePlus untuk tahun ini selepas OnePlus 7 OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 Pro 5G yang dilancarkan beberapa bulan lalu OnePlus 7T bol...
10 Page Facebook Paling Popular Di Malaysia Tahun 2019

10 Page Facebook Paling Popular Di Malaysia Tahun 2019

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 538 hits
10 Page Facebook Paling Popular Di Malaysia Tahun 2019 Jika anda mempunyai akaun facebook sudah pastinya anda mengenali atau tahu beberapa ciri ciri yang disediakan oleh pihak mereka bagi pengguna setia mereka Terdapat banyak ciri ciri face...
Singapura Mengikut Langkah Malaysia Menguatkuasakan Akta Antiberita Tidak Benar Hari Ini

Singapura Mengikut Langkah Malaysia Menguatkuasakan Akta Antiberita Tidak Benar Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 289 hits
Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada April 2018 sebelum PRU 14 Ia menerima kritikan kerana dilihat sebagai akta yang menyekat kebebasan bersuara dan menghukum penyebaran berita yang tidak selari dengan lidah ra...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti