Apa Itu Personal Branding Yang Sebenar


 Mungkin ramai yang telah faham mengenai personal branding. Dan, kemungkinan besar juga masih lagi ada individu yang samar dengan apa itu personal branding. Sebenarnya, jika personal branding yang baik akan jadi seperti Khairul Aming. Kan? tapi dalam artikel kali ini saya nak kongsikan study cases daripada saya sendiri jer. Khas untuk bacaan rakan-rakan yang membuat carian di Google terus menjumpai artikel mengenai personal branding yang tepat.
 
 Berbalik kepada cerita asal. Tidak ingat bila soalan ini saya ajukan kepada bakal pelanggan di whatsapp. Sebab katanya jumpa saya di Google. Dan, kata pelanggan ini lagi beliau juga buat research mengenai diri saya sebelum hired untuk job Ghostwriter . 

Saya pun, penasaran ketika mendengarnya.
Tanya lagi. "Puan cari keyword apa di Google untuk research?" 


Bila klik Nor azlina mohd ali Biography. Maka akan keluar kesemua profile platform media sosial milik  saya.




Taip "Nor Azlina Mohd Ali" .

Apa lagi saya ni, penasaran kan? terus berlari dari ruang tamu ke bilik menulis dan langsung buka laptop nak juga tengok apa hasilnya. 

Dan... gambar itu semua sebagai bukti. Haza rahmatun min rabbi. Terkejut sekejap! sebab nama saya naik dan ada di bahagian penting Google. 

P/S: Sesiapa nak buat carian di Google. Andai kata nak check nama sendiri di sana, jangan gunakan profile sendiri. Sebab jika gunakan, Google akan tunjukkan Semua mengenai anda. 
Maksudnya, tidak telus di situ. ( Orang lain buka, tiada pun nama anda dan sebagainya ) . Anda sendiri akan faham. 

Sesiapa nak tengok keberadaan nama anda di Google, sila cuba. Ia mengenai personal branding.

Di platform manakah audiens jumpa anda ?
Jawapannya ada dalam carian di Google. 

PSS: Untuk rujukan boleh tengok di setiap gambar.
Lahawla wala quwwata ilah billahi alihil adzim.
 

Jika klik di bahagian Copywriting ( ada muka saya ). Ia akan membawa kepada artikel-artikel SEO saya dari semua posting pelbagai platform media sosial saya. Haza rahmatun min rabbi.  
 
 

 
Bacaan lanjut mengenai personal branding 
 
 Dengan study case saya , kini saya tawarkan Kelas Ghostwriter Expert, Kelas Basic SEO untuk penulis artikel  dan Servis Penulisan Ghostwriter Malaysia

 
Apa itu Personal Branding  Menurut saya sendiri dengan apa yang dilakukan sehingga kini. Personal branding adalah  cara kita memperkenalkan diri kepada audiens. Dari jenis penulisan, gaya penulisan, layanan, presentation, dan paling penting tidak sombong. Ehh, ni bukan personal branding tau. Saja tambah ayat.. 
 
Dalam Personal branding  ada 3 unsur iaitu dikenali, disukai dan dipercayai. Jika anda mempunyai ketiga-tiganya pada diri, tahniah! Lulus untuk saringan pertama. 


Contoh personal branding 


Tidak sukar pun mahu menaikkan personal branding. Anda perlu buat orang nampak, kenal dan percaya. 


Bagaimana cara nak buat orang nampak anda sebagai orang bisnes? 
Langkah pertama ialah beritahu apa yang kita sedang usahakan.
Sebagai contoh : 

Jual buku
Jual biskut raya
Servis penulisan Ghostwriter. 


Bagaimana nak beritahu audiens dengan servis atau produk di jual?
Jelaskan apa yang kita jual. 

1. Katakan jual biskut raya homemade. 
Apa jenis biskut raya kita buat?
 Selain sedap, apa keunikan biskut tersebut? 
Sebagai contoh: inti tart nenas dibuat sendiri setiap hari. 

2. Apa jenis servis penulisan Ghostwriter? 

Servis menulis artikel SEO, ebook dan Copywriting. Sebagai contoh : fokus SEO. 

Untuk perkenalkan apa yang kita jual, mesti mula beritahu audiens supaya mereka nampak dan tahu. 
 
Apa itu personal branding dan contohnya ?Boleh ceritakan cara anda bekerja, mengambil order dan pertanyaan daripada bakal pelanggan. 
 
 
Apakah kelebihan personal branding di Media Sosial  1. Pembeli dan pelanggan
 Apa yang anda usahakan sentiasa ada pembeli atau pelanggan setia
  2. Proses close deal menjadi lebih mudah  Tidak perlu cakap banyak, dan pelanggan bersetuju membeli atau bekerjasama dengan produk dan servis anda. 

3.  Kepercayaan 
Walaupun seribu pesaingan yang datang, pelanggan akan setia dengan anda. Jika personal branding anda kukuh. Sebagai contoh Khairul Aming dengan pelancaran Sambal Dendeng nya. Tetap ada pelanggan setia menanti untuk membeli pada hari pelancaran. Dalam masa berapa minit, sold out kesemuanya. Jadi, pelanggan tidak akan berpaling kepada jenama lain.   4. Pakar dalam bidang  Anda akan dilihat pakar dalam bidang tersebut. Sebab anda sentiasa menyelesaikan masalah pelanggan. 



Apakah contoh personal branding di media sosial Konsisten 
Rajin menghasilkan content di media sosial. Sebagai contoh di Facebook, Instagram, Tiktok dan Website. 

Content 
Beri content yang bermanfaat kepada audiens mengikut target sesuai. Sama ada content bertulis, dan video.    Gambar  Hasilkan gambar poster yang menarik di wall anda. 





Kesimpulannya, personal branding yang tepat akan membantu anda menjana pendapatan tanpa henti. Selagi ada usaha, anda akan kekal relevan. Dengan itu, semoga anda faham mengenai apa itu personal branding yang sebenar. Jika ada mana-mana individu cakap nak kena tunggu 10,000 followers dulu untuk menjual, ianya salah. Followers datang berdasarkan kepada pembinaan content yang kita hasilkan. Andai kata content anda asyik ajak bergaduh dan mengumpat sempanjang masa. Mungkin anda menarik haters menjadi followers dan bukannya bakal pelanggan. Kesannya, memang anda tidak akan mendapatkan jualan sampai bila-bila. Jika ada pun, berhati- hati dengan followers haters kerana ia akan merosakkan diri anda dan dosa seterusnya untuk anda tanggung kelak

















 

















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2024/02/apa-itu-personal-branding-yang-sebenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Re Re We Offer Corporate And Personal Loan

Re Re We Offer Corporate And Personal Loan

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 294 hits
ADS Private Finance Group LTD Level 30 The Leadenhall Building 122 Leadenhall Street London EC3V 4AB Dear I am Maxwell Jones Jr Manager with ADS Private Finance Group We are offering corporate and personal loans at 3 interest rate for the d...
Jokowi Harap Debat Pamungkas Pilpres Bahas Visi Misi Tak Terjebak Masalah Personal

Jokowi Harap Debat Pamungkas Pilpres Bahas Visi Misi Tak Terjebak Masalah Personal

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 160 hits
Menurut Jokowi akan lebih baik apabila debat terakhir Pilpres 2024 saling menyampaikan visi yang substansial dan berguna bagi masyarakat
Power To Grant Pardons Is Personal To The Monarch And Non Justiciable Hafiz Hassan

Power To Grant Pardons Is Personal To The Monarch And Non Justiciable Hafiz Hassan

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 232 hits
Whatever may be the announcement and how polarised netizens are over former prime minister Datuk Seri Najib Razak being granted a royal pardon let s not lose sight of its principle It was reiterated a year ago in the case of Datuk Seri Anwa...
Haiza Dedah Gaji Sebenar Jadi Dj Radio Tak Pernah Cecah Pun Puluhan Ribu

Haiza Dedah Gaji Sebenar Jadi Dj Radio Tak Pernah Cecah Pun Puluhan Ribu

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 249 hits
Isu gaji penyampai radio terutama berkaitan dengan kemelut Tyzo dan sebuah stesen radio swasta masih menjadi perbualan hangat di media sosial hingga hari ini Menurut Haiza isu gaji ini adalah perkara peribadi dan sulit yang melibatkan kerah...
Apa Itu Caviar Bagaimana Caviar Diproses Dan Harga Caviar Di Malaysia

Apa Itu Caviar Bagaimana Caviar Diproses Dan Harga Caviar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 346 hits
Apa Itu Caviar Bagaimana Caviar Diproses dan Harga Caviar di Malaysia 8 Bagi sebagian orang mungkin tidak pernah mendengar akan kata caviar Kaviar atau telur kaviar dikenali sebagai makanan istimewa atau makanan laut yang mewah daripada pel...
Ketua Kpk Wanti Wanti Pejabat Negara Soal Konflik Kepentingan Itu Wujud Nyata Korupsi

Ketua Kpk Wanti Wanti Pejabat Negara Soal Konflik Kepentingan Itu Wujud Nyata Korupsi

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 179 hits
Conflict of interest bukan lagi sekedar embrio korupsi melainkan wujud nyata perilaku korupsi itu sendiri kata Nawawi
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Proses Blog Recovery Www Siinurul Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayou Lagoon Park Resort

Iman Rabbit Farm

Buah Cempedak Buat Cempedak Goreng Simple Tapi Sedap

Rakam 16 000 Gambar Wanita Buang Hajat Pemuda Berusia 20 An Ditahan

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm

Tragedi Fru Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990