Apa Itu Penyakit Hati Dan Jenis Jenis Penyakit Hati
Assalamualaikum semua…
Topik baru hari ni saya nak cerita tentang Penyakit Hati yang semakin ramai hidapi tanpa mereka sedar. Siapa sini ada masalah ini? Mesti korang tak tahu sebab tak boleh dilihat dari luaran kan? ok jom saya jelaskan dalam istilah sains tau, bukan masalah hasad dengki, dendam kesumat tu ya. Belum sampai tahap ahkak nak buat tazkirah lagi. hehehehe…
Dulu, sewaktu suami saya mengalami masalah kolesterol tinggi dan juga hati berlemak (fatty liver), baru saya mengetahui lebih dalam tentang organ yang satu ini. Orang kata dah terhantuk baru terngadah. Syukur alhamdulillah itulah permulaan saya kenali Suplemen Shaklee juga.
Apa itu Penyakit hati atau liver disease dan apakah jenis yang merbahaya? Sebelum itu kita kenali dulu organ hati kita. Kalau tak kenal nanti tak faham pula maklumat maklumat selanjutnya.
Hati dan fungsi hati
Hati adalah organ terbesar didalam tubuh manusia. Hati sangat banyak fungsi pada tubuh manusia. Sangat penting mempunyai hati yang sihat dan normal. Antara fungsi penting hati ialah :
1.Organ mengeluarkan protien.
2. Penapis toksik dari darah.
3. Proses metabolisma kolesterol dan zat besi.
4. Organ yang merembeskan hempedu.
Hati juga adalah satu satunya organ dalaman yang boleh dijana semula melalui penghasilan sel. Walau bagaimanapun sekiranya hati mengalami kegagalan fungsi melebihi 75% iaitu tahap paling kronik dipanggil sirosis, pemindahan hati perlu dilakukan.
Jenis jenis Penyakit Hati
Di Malaysia dianggarkan 17% (2015) individu dewasa mengalami masalah hati dan angka ini dijangkakan meningkat berikutan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat dikalangan rakyat. Penyakit hati juga mempunyai pelbagai jenis. Antaranya yang biasa kita dengar ialah ”
Hepatitis A- Hepatitis yang disebabkan oleh virus hepatitis A
Hepatitis B- Hepatitis yang disebabkan jangkitan virus hepatitis B
Hepatitis C- Hepatitis yang disebabkan jangkitan oleh virushepatitis C
Fatty Liver – pengumpulan sel lemak dihati dan kecederaan sel hati (steatosis)
Terdapat juga punca masalah yang jarang berlaku seperti sirosis (sirosis biliari primer), radang dan kerosakan pada bahagian dalaman hati (sklerosis kolangitis primier) dan penyakit hati autoimun yang mana sel menyerang sel itu sendiri. Banyak sebenarnya masalah yang boleh terjadi kalau kita tidak menjaga organ yang satu ni kan. Saya pun baru tahu bila buat research dan pembacaan.
Itu tadi serba sedikit tentang penyakit hati. Jangan risau, jika masalah ini belum ditahap kronik atau mungkin baru merasa simptom simptom masalah hati, insyallah ianya boleh dirawat sehingga sembuh. Nanti saya akan sambung pada artikel seterusnya dengan lebih terperinci setiap jenis masalah hati.
Langkah langkah pencegahan dari masalah hati juga boleh dilakukan sekiranya anda ingin memastikan organ ini sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik. Yang paling penting, jaga pemakanan dan lakukan senaman secara konsistan. Pengambilan suplemen yang tepat juga sangat membantu untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum.
Ingin mendapatkan suplemen yang semulajadi, berkesan dan selamat? Boleh hubungi saya di 019-2423139 (Azmiah) untuk cadangan supplemen yang terbaik untuk anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetmommystory.com/2018/10/24/apa-itu-penyakit-hati-liver-disease-dan-jenis-jenis-penyakit-hati/