Apa Itu Mers Cov Punca Simptom Dan Rawatannya


MERS, juga dikenali sebagai Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) yang bermula di Arab Saudi dan beberapa Negara Timur Tengah yang lain, mula dilaporkan WHO pada September 2012.


Sehingga 2 Disember 2016, sejumlah 1841 kes MERS- CoV yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan di seluruh dunia melibatkan 27 buah negara, di mana 80% kes adalah dari negara Arab Saudi.

Individu dari seluruh dunia adalah berisiko mendapat jangkitan kerana bilangan yang mengerjakan haji dan umrah adalah yang tinggi.

Tindakan berwaspada adalah diperlukan untuk mencegah jangkitan MERS-CoV.

Kes MERS DI MALAYSIA

Di Malaysia, satu (1) kes kematian yang disahkan dijangkiti MERS-CoV melibatkan seorang lelaki Melayu warga Malaysia berusia 54 tahun, berasal dari Batu Pahat, Johor.

Hasil siasatan mendapati, beliau baru pulang ke Malaysia dari mengerjakan umrah dan tiba di Malaysia pada 29 Mac 2014.

Pada 8-9 April 2014, beliau mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.

Pada 10 April 2014, beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Keadaan beliau menjadi semakin tenat dan disahkan meninggal dunia pada 13 April 2014, jam 9:57 pagi.

Hasil siasatan mendapati punca kematian adalah Severe Pneumonia Secondary to MERS-CoV.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus meningkatkan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi potensi penularan jangkitan MERS-CoV di Malaysia di setiap peringkat fasiliti kesihatan.

Semua Pintu Masuk Antarabangsa di Malaysia juga telah mengedarkan 'Kad Amaran Kesihatan' (Health Alert Card – HAC) kepada pelawat yang tiba dari negara terlibat MERS-CoV yang mempunyai transmisi aktif seperti di negara-negara Timur Tengah dan Republik Korea.

Disemua pintu masuk ketibaan (gate) Antarabangsa utama negara iaitu KLIA, pihak kesihatan telah mengedarkan kad HAC bagi penerbangan yang tiba secara terus dari negara-negara Timur Tengah dan Republik Korea.

Tanda dan Gejala

MERS-CoV menyebabkan jangkitan saluran pernafasan akut dalam kalangan manusia.

Gejala utama adalah demam, batuk, dan kesukaran untuk bernafas.

Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru (pneumonia), namun jangkitan MERS-CoV adalah ringan.

Bagi individu yang kurang daya tahan jangkitan, gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak lazim (atypical) (WHO (2015).

Punca Jangkitan

Menurut WHO, punca dan cara jangkitan bagi pesakit MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti.

Pihak WHO juga menegaskan, buat masa ini tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya tidak diketahui dan tiada vaksin untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan MERS-CoV.

WHO juga tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalananan (travel advisory) atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat.

Pencegahan

Orang awam yang ingin mengerjakan Haji/umrah di Tanah Suci atau mengadakan lawatan ke mana-mana negara di rantau Timur Tengah yang melaporkan kejadian jangkitan MERS-CoV, hendaklah menitik beratkan perkara berikut:

1. Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan ( hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman.

2. Semasa dalam tempoh mengerjakan Haji/Umrah atau lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu.

3. Semasa dalam tempoh mengerjakan Haji/Umrah atau lawatan, elakkan dari menjamah makanan mentah atau tidak dimasak dengan sepenuhnya, menjamah buah-buahan mahupun sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu atau meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak terawat.

4. Mereka yang pulang ke Malaysia dari mengerjakan Haji/Umrah atau lawatan ke Negara-negara yang terlibat, khususnya dari negara di rantau Timur Tengah dengan gejala jangkitan respiratori (demam, batuk, selsema dan sakit tekak) adalah dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (medical mask).

Jika gejala yang dialami berterusan dan menjadi bertambah teruk, segera dapatkan rawatan perubatan serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

Kesimpulan

Secara amnya, semua Jemaah Haji/Umrah mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan virus MERS-CoV ini.

Kerjasama pihak agensi pelancongan khususnya yang menguruskan Jemaah Haji/umrah adalah perlu agar dapat memperkukuhkan kesedaran mengenai kejadian jangkitan MERS-CoV melalui hebahan maklumat secara berterusan kepada para Jemaah Haji/umrah yang diuruskan.

Bagi tujuan ini, agensi terbabit dipohon untuk merujuk kepada nasihat kesihatan sebagaimana yang disarankan di atas.

Pemantauan oleh KKM mengenai situasi kejadian penyakit ini adalah perlu bagi pengambilan langkah-langkah pencegahan dan kawalan sebagaimana yang disarankan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Awas! Kemunculan Penyakit Misteri Yang Lebih Bahaya Daripada Virus SARSApa Itu Virus Influenza, Punca, Simptom Dan Rawatannya
sumber: myhealth



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/02/apa-itu-mers-coronavirus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Coronavirus Simptom Dan Tanda Gejala Cara Cegah

Apa Itu Coronavirus Simptom Dan Tanda Gejala Cara Cegah

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 3590 hits
Apa itu Coronavirus Simptom dan Tanda Gejala Cara CegahApa itu Coronavirus Simptom dan Tanda Gejala Cara Cegah Wabak Novel Coronavirus mula menjangkiti manusia dan ia dilaporkan bermula di Wuhan China Apa itu Coronavirus Koronavirus Coronav...
Coronavirus Simptom Punca Dan Rawatan

Coronavirus Simptom Punca Dan Rawatan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 501 hits
Novel coronavirus adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan China pada Disember 2019 Pada mulanya kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempuny...
4 Risiko Yang Bakal Terjadi Kalau Kamu Masih Bungkus Makanan Pakai Plastik Bpa Nya Itu Lo

4 Risiko Yang Bakal Terjadi Kalau Kamu Masih Bungkus Makanan Pakai Plastik Bpa Nya Itu Lo

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 512 hits
Siapa yang suka bungkus makanan panas tapi nggak buru buru dipindah sampai makanannya adem Ih sereeem
Seberapa Mematikan Virus Corona Ini Perbandingannya Dengan Wabah Sars Dan Mers

Seberapa Mematikan Virus Corona Ini Perbandingannya Dengan Wabah Sars Dan Mers

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 218 hits
Wabah Virus Corona di Wuhan telah memicu kekhawatiran secara global karena virus ini telah menyebar ke seluruh Asia dan dunia
Nikmat Itu Terpapar Bila Kita Merendah Diri 9605

Nikmat Itu Terpapar Bila Kita Merendah Diri 9605

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 226 hits
Sikap sombong seseorang akan membuat kaburnya nikmat Allah dari hidupnya
Anak Kerap Mengadu Sakit Kepala Mama Papa Kena Periksa Punca Sebenar Risau Memudaratkan

Anak Kerap Mengadu Sakit Kepala Mama Papa Kena Periksa Punca Sebenar Risau Memudaratkan

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 328 hits
Anak sering sakit kepala pada usia muda mungkin jarang kedengaran namun jika ini yang berlaku mama papa memang kena ambil serius Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah migrain stress tekanan darah yang tinggi dan banyak lagi...
Ikan Yg Ribuan Tahun Lalu Menelan Nabi Yunus As Itu Ternyata Masih Hidup 9610

Ikan Yg Ribuan Tahun Lalu Menelan Nabi Yunus As Itu Ternyata Masih Hidup 9610

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 328 hits
Ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus As itu ternyata masih hidup sampai sekarang bahkan sampai hari kiamat hal ini sdh dijelaskan dalam al Qur an andai Yunus itu tidak beristighfar tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sam...
Viral Wanita Menjerit Kerana Kereta Ditunda Depressi Punca Segala

Viral Wanita Menjerit Kerana Kereta Ditunda Depressi Punca Segala

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 466 hits
VIRAL WANITA MENJERIT KERANA KERETA DITUNDA DEPRESSI PUNCA SEGALA Assalamualaikum wbt Aku tak tahu aku ni terlalu emosi atau sedang memahami keadaan Beberapa hari ni viral video seorang wanita yang mengamuk menjerit baling kon dan meludah d...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri