Apa Itu Insomnia Penyebab Dan Cara Mengatasinya



Ada masanya, anda akan berdepan kesukaran untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti dan akhirnya, ia akan menyebabkan anda berasa kelesuan apabila bangun pagi tanpa mengetahui punca insomnia terjadi
Tentang insomniaApa itu insomnia? Insomnia adalah istilah perubatan yang digunakan bagi merujuk kepada masalah berkaitan dengan tidur.
Terdapat beberapa keadaan yang sering dikaitkan dengan masalah insomnia. Antaranya adalah:Sukar untuk tidurSukar untuk kekal tidur (kerap terjaga)Bangun terlalu awalBangun dan berasa letihMenurut Persatuan Psikiatri Amerika (APA), insomnia adalah masalah tidur yang lazim dialami oleh individu di seluruh dunia
Malah, menurut APA, 1/3 daripada keseluruhan populasi orang dewasa melaporkan mereka mengalami simptom yang berkaitan dengan insomnia. Namun, daripada jumlah tersebut, hanya 6 hingga 10% yang serius sehingga didiagnosis dengan masalah insomnia.
Jika dilihat dari perspektif klinikal, masalah insomnia hanya didiagnosis jika penghidap memenuhi kedua-dua kriteria berikut:Sukar untuk tidur berlaku sekurang-kurangnya 3 malam seminggu dalam tempoh minimum 3 bulan.Kesukaran tidur tersebut mempengaruhi prestasi anda untuk menjalani kehidupan harian.Insomnia bukanlah sejenis penyakit yang boleh didiagnosis tanpa bantuan doktor. Namun, simptom dan rasa penat setelah bangun tidur boleh memberi klu kepada anda bahawa ada sesuatu yang tidak kena

Rujukan kepada doktor sangat penting memandangkan insomnia boleh menjadi simptom kepada pelbagai jenis penyakit kronik dan mental

Apakah Penyebab Insomnia?Oleh itu, mari kita fahami apa itu punca-punca terjadinya masalah insomnia?
1. Tekanan dan kebimbanganInsomnia boleh muncul apabila anda mengalami tekanan. Masalah di tempat kerja atau sekolah dan kebimbangan tentang pekerjaan, kesihatan, kewangan, keluarga, rakan, atau hubungan boleh menjejaskan tidur anda.

Penyakit yang dihidapi atau kematian orang tersayang atau mungkin isu yang melanda perkahwinan anda – antara isu dan masalah yang membuatkan otak anda bekerja pada waktu malam walaupun anda sedang berbaring di tempat tidur anda.

Dan apabila otak tidak dapat berehat, tidur adalah satu perkara yang mustahil dan menjadi punca insomnia.

Lebih memburukkan keadaan, masalah tidak mendapat tidur yang berkualiti boleh berterusan walaupun selepas masalah anda berlalu.

2. Perjalanan atau jadual kerjaCircadian rhythm mengawal kitaran bangun-tidur anda, membolehkan anda tidur dan bangun.

Sesetengah masalah boleh mengganggu fungsi ini, yang menyebabkan insomnia.

Sebagai contoh, anda melancong melalui pelbagai zon masa yang berbeza, dan anda mengalami jet lag yang teruk; anda bekerja hingga lewat malam atau anda memulakan kerja terlalu awal.

Disebabkan itu, adalah penting untuk merangka jadual waktu kerja yang sihat dan mengambil langkah untuk melegakan simptom jet lag.

Oleh itu, perbanyakan minum air.

3. Tabiat pemakananMinum kopi, teh, teh susu atau minuman tenaga pada waktu petang; atau makan terlalu banyak pada lewat makan boleh menimbulkan masalah untuk tidur.

Mengapa? Kafein boleh menyebabkan anda berjaga. Amalkan snek ringan sebelum tidur kerana jika anda makan terlalu banyak, ia akan menyebabkan perut anda tidak selesa apabila anda berbaring.

4. Persekitaran tidur yang tidak selesaPersekitaran yang tidak selesa juga boleh menyumbang kepada punca insomnia.

Katil atau bantal yang tidak selesa, mahupun bilik yang terlalu panas, sejuk, bising dan cerah juga boleh membuatkan anda sukar tidur.

Oleh itu, cuba ubah keadaan dan persekitaran tidur anda jika boleh. Tutup lampu, beli katil lain, tambahkan selimut lain, atau mungkin hidupkan penyaman udara.

5. Masalah kesihatanSesetengah masalah kesihatan boleh menyebabkan insomnia, seperti:
Masalah kesihatan mental seperti tekanan, gangguan bipolar, gangguan panik, gangguan tekanan pasca trauma, atau skizofren.Masalah kesihatan fizikal seperti penyakit kronik, penyakit jantung, kanser, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), diabetes, tiroid yang terlalu aktif, arthritis, asma, penyakit parkinson, penyakit alzheimer, dengkuran, tidur berjalan, dan tidur apnea.6. Ubat-ubatanUbat yang anda ambil mungkin mendatangkan kesan sampingan, termasuk insomnia.

Ubat-ubatan ini termasuk jenis antidepresen tertentu, ubat untuk tekanan darah tinggi, ubat sakit, ubat alergi, produk penurunan berat badan, ubat-ubatan untuk merawat asma, dan ubat perangsang yang digunakan untuk merawat gangguan hiperaktif (ADHD) atau narcolepsy.

7. UsiaApabila meningkat usia, akan berlaku perubahan pada tubuh. Dan masalah insomnia menjadi satu perkara biasa.

Perkara yang berlaku di sekitar anda boleh membuatkan anda lebih mudah terjaga.

Anda juga akan cenderung menjadi tidak aktif apabila sudah meningkat usia. Kekurangan aktiviti boleh menyumbang kepada kurang tidur, dan boleh menyebabkan masalah kesihatan kronik yang lain.
Tidak Boleh Tidur Punca Murung Dan 'Anxiety'?Rasa resah gelisah sebenarnya adalah tindak balas semula jadi badan terhadap tekanan di mana anda berasa takut akan apa yang mungkin terjadi seterusnya.

Keadaan ini menyebabkan simptom umum seperti:
Peningkatan kadar degupan jantungPernafasan menjadi lajuRasa letihSukar menumpukan perhatianSukar untuk tidur
Apabila masalah resah gelisah itu tidak dapat dikawal dan mula mempengaruhi aktiviti harian anda, ia boleh jadi penyakit resah yang turut dimanifestasikan dengan:
Simptom resah yang ekstremMengalaminya lebih dari 6 bulanMengganggu hubungan sosial dan romantik anda
Menurut Persatuan Kesihatan Mental Amerika, dianggarkan 2/3 rakyat Amerika mengalami stres sehingga menyebabkan mereka susah tidur. 
Mereka juga mendapati bahawa kesukaran untuk tidur boleh menyebabkan masalah seperti kemurungan dan keresahan.

Menurut Terbitan Kesihatan Harvard, masalah tidur mempengaruhi lebih daripada 50% orang dewasa yang didiagnosis dengan masalah keresahan umum.
Tidak cukup tidur boleh menyebabkan masalah keresahan, dan insomnia boleh menyebabkan simptom keresahan menjadi semakin teruk. Apa yang lebih menakutkan lagi adalah, masalah tidur seperti insomnia dan mimpi ngeri boleh berlaku disebabkan oleh keresahan.
Cara Mengatasi InsomniaInsomnia atau masalah tidur malam sering berlaku terutamanya dalam kalangan masyarakat. Kehidupan bandar yang semakin aktif pada hari ini membuatkan insomnia semakin berleluasa.

Jika tidak diuruskan, dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan tidak cukup tidur kronik yang tentunya memberikan impak pada psikologi dan fizikal. Tanpa tidur yang cukup, otak tidak dapat berfungsi sepenuhnya dan hari-hari yang dijalani menjadi kurang produktif.

Lalu, apa cara untuk mengatasi insomnia? 1. Bangun & kekal aktifJika anda tidak boleh tidur, daripada terus baring di atas katil, anda boleh bangun dan lakukan aktiviti lain seperti membaca atau mendengar musik yang menenangkan. Elakkan bermain telefon bimbit atau menonton televisyen kerana cahaya akan membuatkan anda lebih segar

Melakukan aktiviti fizikal dapat membantu anda untuk tidur lebih cepat dan lebih baik. Melakukan 30 minit aktiviti berjalan atau berbasikal antara idea yang baik. 
Tetapi elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti berat terlalu hampir dengan waktu tidur kerana ia akan menyebabkan tubuh anda bertenaga dan mengakibatkan anda tidak boleh tidur awal

3. Amalkan pemakanan sihat dan senamanPemakanan yang sihat dan senaman berkala membantu anda tidur dengan lebih mudah. Terlalu banyak makanan bergula atau bergaram boleh merangsang metabolisme anda, seterusnya mengganggu tidur

Sudah tentu! Kafein sebelum tidur perlu dielakkan. Selain membantu mudah tidur, mengambil minuman bergula secara umumnya tidak sihat sebelum tidur.
Setiap apa yang anda makan dan juga minum turut boleh mengganggu tidur anda
Elakkan kopi atau teh beberapa jam sebelum waktu tidur.Seimbangkan air yang anda ambil. Tidak mengambil air yang secukupnya boleh menyebabkan anda haus, manakala, mengambil terlebih air akan membuatkan kerap pergi ke tandas.Hindari minuman beralkohol.Jangan makan makanan yang berat sebelum tidur. Ini boleh membuatkan anda tidak selesa untuk berbaring. Pilih snek ringan untuk elakkan dari daripada lapar.
4. Hentikan suara-suara dalamanKebiasaannya, anda terlalu banyak berfikir tentang masalah kerja, keluarga atau perubadi. Bahkan berfikir tentang insomnia juga boleh menyebabkan insomnia. Sila ingat bahawa minda yang aktif tidak akan membenarkan badan anda tidur. Cuba hilangkan atau lupakan fikiran tersebut sebelum tidur

Teknik relaksasi seperti senaman pernafasan dan relaksasi otot secara progresif. Kaedah tersebut boleh merendahkan tahap keresahan seseorang semasa hendak tidur. Teknik relaksasi lain adalah mandi menggunakan air panas dan meditasi.

5. BerkongsiAkhir sekali, jika semua usaha anda masih gagal, kongsikan dengan orang terdekat sama ada keluarga, kawan-kawan atau doktor. Berkongsi masalah boleh membantu fikiran anda untuk lebih tenang. Selain mencari solusi, berkongsi itu sendiri mungkin merupakan solusi kepada insomnia yang anda sedang hadapi

6. Tukar tabiat tidurCuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Amalkan setiap hari selama seminggu; pada hujung minggu, atau pada hari kerja biasa, walaupun anda merasakan anda tidak mendapat tidur yang secukupnya

Ada masanya, adalah lebih baik untuk anda tidur hanya ketika anda keletihan. Anda juga boleh tidur lebih lambat dari biasa jika ia membantu anda tidur dengan lebih cepat

Elakkan menonton televisyen, menggunakan telefon, tablet atau komputer sebelum tidur. Ia akan menyebabkan otak akan bekerja walaupun anda sudah berbaring. 
Sebaiknya, cuba untuk rehatkan tubuh dan minda. Anda boleh mandi dengan air panas, mendengar muzik, atau minum segelas susu panas, ini antara aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti tidur anda

Jangan terlalu memaksa diri untuk tidur, hindari dari terlalu melihat jam. Jika anda tidak boleh tidur, bangun dan cuba untuk membaca buku, ia mungkin dapat membantu anda tidur lebih cepat

7. Cipta persekitaran tidur yang lebih baikPersekitaran tidur juga boleh menjejaskan tidur anda. Oleh itu, sebaiknya ubah suai suasana bilik tidur agar lebih menenangkan.Gunakan topeng mata (eye mask) untuk mengelakkan cahaya.Pastikan suhu bilik bersesuaian, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.Pertimbangkan untuk memakai fon telinga (ear phone) jika bilik anda bising.Gunakan tilam dan bantal yang anda gemari.Jika anda tidur bersama individu lain, pastikan anda berdua selesa.8. Kurangkan tidur waktu siangTidur waktu siang mempunyai kaitan dengan tidur malam. Jika anda terlebih tidur pada waktu siang, anda akan mendapat kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Jika anda perlu dan ingin tidur pada waktu siang, pastikan ia adalah sekejap

KesimpulannyaInsomnia adalah masalah yang lazim dialami terutamanya jika seseorang itu menghidap penyakit kronik atau mental

Bergantung kepada simptom mana yang dialami dahulu, seseorang itu mungkin berasa resah kerana tidak boleh tidur atau mereka tidak boleh tidur kerana berasa resah

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama, rujuk doktor perubatan bertauliah untuk tindakan selanjutnya


Rujukan :https://hellodoktor.com/tidur/insomnia/tidak-boleh-tidur/https://nigms.nih.gov/education/fact-sheets/Pages/circadian-rhythms.aspxhttps://hellodoktor.com/tidur/insomnia/5-cara-mengatasi-insomnia/https://hellodoktor.com/tidur/insomnia/apakah-penyebab-insomnia/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/10/apa-itu-insomnia-penyebab-dan-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui 4 Penyebab Kulit Kering Amp Cara Mudah Nak Mengatasinya

Ketahui 4 Penyebab Kulit Kering Amp Cara Mudah Nak Mengatasinya

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 219 hits
Bila bangun saja dari tidur terus rasa tak bersemangat Bukan sebab kena pergi kerja tapi sebab kulit terasa sangat kering sampai nampak kesan rekahan Kadang kadang tu bila cuaca terlampau panas kulit akan jadi pedih dan gatal gatal Bila gar...
Cara Elak Kena Add Dalam Group Channel Telegram Asing

Cara Elak Kena Add Dalam Group Channel Telegram Asing

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 376 hits
Cara Elak Kena Add Dalam Group Channel Telegram Asing Telegram adalah salah satu aplikasi media sosial yang mempunyai jutaan pengguna Bukan sekadar untuk berhubung malah Telegram mempunyai pelbagai fungsi untuk memudahkan pengguna mendapat ...
7 Cara Hilangkan Kekotoran Pada Baju Sekolah

7 Cara Hilangkan Kekotoran Pada Baju Sekolah

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 248 hits
7 CARA HILANGKAN KEKOTORAN PADA BAJU SEKOLAH Pergi sekolah kemain cantik lagi balik dah macam belacan pada baju putih sekolah Punyalah kan menyental setiap hari baju sekolah anak kalau boleh nak tukarkan baju baru setiap hari Nasib baik tak...
Cara Paling Mudah Nak Buat Ikan Percik Yang Simple Sedap

Cara Paling Mudah Nak Buat Ikan Percik Yang Simple Sedap

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 225 hits
Salah satu masakan ikan yang sedap adalah ikan percik Ikan percik sememangnya disukai ramai Rasanya sedikit berlemak kerana penggunaan santan dan jika anda suka pedas boleh lebihkan cili padi ke dalam masakan anda Kali ini kami akan kongsik...
Cara Padam Akaun Telegram Buat Selama Lamanya

Cara Padam Akaun Telegram Buat Selama Lamanya

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 247 hits
Apakah anda mahu memadam akaun Telegram akaun buat selama lamanya tetapi tidak menjumpai pilihan tersebut dalam aplikasi Telegram Anda sebenarnya hanya boleh memadam akaun anda melalui satu pautan saja Ya ia tidak boleh dilakukan d
Jenuh Mommy Ayah Pujuk Anak Tak Mahu Makan Ubat Ramai Suka Cara Shukri Yahya Pujuk Anak

Jenuh Mommy Ayah Pujuk Anak Tak Mahu Makan Ubat Ramai Suka Cara Shukri Yahya Pujuk Anak

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 158 hits
Momen memberikan anak ubat memang mencabar Ada anak yang suka dan pandai menyuapkan ubat sendiri ada pula yang begitu mencabar dan menolak mentah mentah Inilah yang dilalui oleh pasangan selebriti Shukri Yahya dan isterinya Tya Adnan yang b...
Anak Tak Pandai Bagi Rehat Pada Mak Ayah Doktor Kongsi Cara Isteri Jaga Anak Banyak Akal

Anak Tak Pandai Bagi Rehat Pada Mak Ayah Doktor Kongsi Cara Isteri Jaga Anak Banyak Akal

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 233 hits
Bukan mudah untuk menjaga anak anak tambahan pula yang masih dalam fasa nak membesar Ada saja kerenah yang kadang kadang tu boleh buat kita jadi nak marah Sebenarnya anak tak faham pun erti letih jadi pada mereka untuk biarkan ibu ayah dudu...
Tangan Tak Pijar Lepas Pegang Cili Cepat Cepat Buat Cara Ni Terus Hilang

Tangan Tak Pijar Lepas Pegang Cili Cepat Cepat Buat Cara Ni Terus Hilang

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 172 hits
Apa nak buat bila tangan pijar atau panas selepas memegang cili Kebiasaannya kita hanya membilas tangan dengan air sahaja atau ada juga yang turut mencadangkan dengan basuhan air garam Tip perkongsian dari pengguna Tik Tok jason jezi ini bo...
Cara Bermain Permainan Atas Talian Menggunakan Amp Quot Imessage Amp Quot Pada Iphone

Cara Bermain Permainan Atas Talian Menggunakan Amp Quot Imessage Amp Quot Pada Iphone

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 138 hits
Siapa sangka aplikasi iMessage pada iPhone bukan sekadar untuk menghantar pesanan malah ianya juga boleh digunakan sebagai platform untuk bermain permainan atas talian bersama kan rakan yang lain Kepada anda yang masih belum tahu akan fungs...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah