Apa Itu Ico
Apa Itu ICO | Initial Coin OfferingICO adalah singkatan kepada Initial Coin Offering atau dalam bahasa melayu Penawaran Awal Coin/Syiling dan semesatinya ianya merujuk kepada coin atau syiling dan dalam matawang digital ianya merujuk kepada Altcoin. Hampir sama seperti IPO, Initial Public Offering tetapi IPO merujuk kepada pemilikan saham sesebuah syarikat. Konsep asas ICO dan IPO hampir sama iaitu membeli pada waktu harga rendah, dan menjualnya pada waktu harga tinggi.
Pada hari ini jika anda perasan, terdapat banyak ICO ICO yang di tawarkan, hampir setiap hari ada sahaja ICO untuk coin atau mata wang digital baru yang di keluarkan oleh developer atau pembangun mata wang digital tersebut.
ICO pertama yang di tawarkan adalah pada tahun 2013 iaitu coin MasterCoin (OMNI).
Coin Ethereum adalah coin yang paling berjaya dalam penawaran ICO nya sewaktu kemunculannya yang mana pada hari ini (sewaktu post ini ditulis) harga Ethereum telah mencatat harga USD454.43 atau 0.05029430 coin. Sewaktu ICO untuk coin ethereum ini di tawarkan, harganya kurang dari USD5 per coin.
Apa tujuan ICO?
ICO kebiasaannya di tawarkan oleh developer satu satu coin cryptocurrency tersebut untuk mendapatkan dana bagi mengembangkan projek yang akan di jalankan ke atas coin crypto yang mereka hasilkan.
Apa Keuntungan ICO?
Bagi para developer, melalui ICO mereka dapat mengumpulkan dana dari penjualan coin mereka yang mana dana tadi akan di gunakan untuk projek projek coin mereka. Katakan sewaktu ICO, jumlah coin yang ditawarkan adalah 50,000 coin pada harga USD1 per Coin, jika kesemua coin tersebut di beli sewaktu ICO, berapakah dana yang dapat di kumpulkan oleh developer? USD50,000
Bagi para pembeli atau pelabur coin tersebut yang membeli sewaktu ICO, mereka akan mendapat keuntungan dari segi kenaikan harga coin tersebut apabila coin tersebut telah masuk ke dalam market atau Exchanger. Dalam contoh Ethereum, seawal kemunculannya pada tahun 2015, harganya kurang dari USD5, sekarang harga 1 coin Ethereum mencecah USD454. Jika sewaktu ICO, seseorang itu membeli 100 coin Ethereum pada waktu ICO dan menyimpannya hingga ke hari ini. Berapakah keuntungan yang telah di jana? 2015 - 2017.. hanya 2 tahun.
Sebab itu jika hari ini, terdapat banyak ICO ICO yang di tawarkan ke atas coin coin baru yang di hasilkan dan mereka yang tahu tentang ICO akan berebut rebut untuk mendapatkan coin tersebut sewaktu ICO di lancarkan.
Apa Risiko ICODi sebalik keuntungan yang bakal di perolehi dari ICO, ianya mengandung risiko yang amat besar kepada para pelabur. Salah satu risiko nya adalah SCAM. Di dalam ICO, pelabur akan menyerahkan wang atau bitcoin atau dana kepada developer tersebut dengan harapan harga coin tersebut akan naik, seandainya developer tersebut berniat untuk melakukan SCAM, pelabur akan alami kerugian 100% ke atas coin tersebut tanpa ada sebarang projek yang di jalankan ke atas coin tersebut. Umpama membeli coin yang tiada nilai
Untuk mengelakkan SCAM, adalah penting untuk menilai satu satu coin yang di tawarkan sewaktu ICO, kebiasaanya segala ciri-ciri coin, hala tuju coin, objektif penghasilan coin, siapa developer coin akan di ceritakan di dalam 'WhitePaper'
Bagaimana untuk mengetahui ICO ICO yang sedang di tawarkan dan bagaimana untuk menilai coin tersebut? Anda boleh layari web ICOreview, ICO-List dan beberapa lagi
*********************************************
Post ini adalah rentetan daripada program Laser Online yang mana pada waktu in, proses withdraw di hentikan sementara untuk Laser Online fokus di dalam ICO yang akan mereka lancarkan pada 1 Disember 2017
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://1001sumberincome.blogspot.com/2017/11/apa-itu-ico.html