Apa Itu Cryptocurrency Bitcoin






Sejak kebelakangan ini semakin ramai yang melibatkan diri dalan dunia pelaburan seperti saham, forex, fcpo dan yang sedang trending sekarang adalah mata wang digital crypto. Terdapat banyak mata wang digital yang tumbuh  bagai cendawan, tetapi tahukah anda, matawang digital pertama yang dihasilkan adalah BITCOIN dan ianya telah digunapakai secara meluas diseluruh dunia serta pemangkin kepada peningkatan mata wang crypto yang lain. Dengan peningkatan mendadak para pelabur crypto, ramai yang ingin memiliki matawang digital ini.  Namun bagaimana kita boleh memiliki Bitcoin ni? Adakah ia selamat ? Jom, kita selusuri hasil pembacaan maklumat di bawah.
Apa itu Bitcoin dan Apakah Sejarah Asal-Usulnya
Bitcoin dicipta pada tahun 2008 oleh seseorang atau sekumpulan pasukan yang menggunakan nama gelaran Satoshi Nakamoto disebaliknya. Walaubagaimanapun menjadi satu misteri, kerana tiada sesiapa pun dapat mengesan siapakan Satoshi ini sebenarnya. Terdapat ramai yang mengaku mereka adalah Satoshi, namun tiada bukti mengatakan ia adalah benar, malah usaha-usaha mengesan Satoshi sehingga kini masih gagal.
Bitcoin merupakan salah satu jenis mata wang digital (cryptocurrency) yang mula di dagangkan pada tahun 2009. Pada tahun 2010 terdapat peningkatan permintaan terhadap Bitcoin menyebabkan harga naik daripada $0.0008 kepada $0.08 seunit. Harga paling tinggi pernah dicapai ialah sebanyak $20,000 seunit pada tahun 2020, dan ini telah membuka mata ramai pelabur yang berminat beralih arah kepada pelaburan crypto.
Apakah Bitcoin Haram Atau Halal Di Malaysia
Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang ragu-ragu tentang keshariahan Bitcoin serta mata wang kripto yang lain seperti Ethereum, Ripple dan Litecoin.
Dibawah dikongsikan beberapa pandangan tentang keshariahan Bitcoin,agar kita dapat memahami seterusnya menambah ilmu pengetahuan kita. Hasil rujukan dari majalah labur.
Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Dalam satu pembentangan pada 29 November 2017, beliau menyimpulkan bahawa Bitcoin adalah patuh Shariah dan pelaburan dalam Bitcoin adalah harus, dan keuntungan yang diperoleh perlu dikenakan zakat.
Beliau telah menolak hujah mereka yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen Gharar (ketidakpastian) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem digital itu sendiri akan runtuh pada bila-bila masa. Bagi beliau itu adalah risiko yang perlu diketahui dan ditanggung oleh para pelabur.
Beliau berkata risiko tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan dengan Gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.
Contohnya pelaburan dalam emas, yang mana nilainya tidak stabil, namun ia tidak bermakna jual belinya perlu diharamkan. Langkah yang perlu diambil adalah memperkenalkan peraturan dan regulasi untuk mengawal kestabilan nilai dan mengurus transaksinya. Hal yang sama juga harus diperkenalkan untuk Bitcoin.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman (CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd)
Dalam beberapa perkongsian melalui media, Dr. Zaharuddin telah menyebut beberapa perkara penting berkenaan isu ini termasuklah mengakui telah mencuba sendiri Bitcoin ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang isu ini.
Menurutnya lagi, elemen Gharar tidak ditemui pada peringkat penciptaan dan penghasilan Bitcoin itu sendiri, tapi ditemui sewaktu peringkat transaksi di dalam ‘exchange’ di mana kita tidak boleh benar-benar memastikan transaksi itu benar-benar telah berlaku tanpa sebarang penipuan.
Walaubagaimanapun, beliau mengharuskan penyimpanan Bitcoin dan mengingatkan bagi sesiapa yang telah melibatkan diri dengan Bitcoin untuk membayar zakat simpanan apabila cukup setahun (Haul). Beliau turut menambah kepentingan kajian yang mendalam bagi sesiapa yang ingin melibatkan diri dengan Bitcoin atau mana-mana mata wang kripto agar tidak terjebak dengan skim penipuan dan SCAM yang banyak muncul atas nama pelaburan Bitcoin yang wujud di kalangan masyarakat.
Apakah Kegunaan Bitcoin
Kegunaan Bitcoin bukan sahaja ianya didagangkan di pasaran saham terbuka, tetapi sejak kebelakangan ini sudah mula boleh digunakan sebagai salah satu kaedah pembayaran apabila membuat transaksi pembelian. Ianya lebih mudah, cepat, dan selamat. Hanya memerlukan bebrapa minit sahaja untuk selesaikan transaksi.
Bitcoin juga dapat menampung/menyokong urusan transaksi-transaksi yang melibatkan jumlah yang besar dengan lebih cepat berbanding melalui proses sistem kewangan perbankan yang kebiasaanya memerlukan kelulusan pihak kewangan. Yang paling penting ialah tiada caj-caj mahal yang dikenakan oleh Bitcoin , tidak seperti kebiasaan kad debit,kad kredit,atau transaksi secara manual. Disebabkan ciri-ciri di atas, menyebabkan Bitcoin menjadi pilihan pelabur masa kini. Dan ianya sangat berharga.
Bagaimana Hendak Memiliki Bitcoin
Terdapat beberapa kaedah,antaranya  seperti berikut :
1. Bitcoin Mining/Perlombongan Bitcoin
Kaedah ini melibatkan teknologi programming komputer untuk melepasi algorithm matematik yang ada dalam rangkaian Bitcoin. Sekiranya berjaya menyelesaikan algorithm ini , anda akan diberi Bitcoin sebagai ganjaran. 
2. Membeli di Pasaran Saham Crypto 
Sekiranya anda merasakan Bitcoin akan terus cemerlang dan yakin akan memberi keuntungan , anda juga boleh membelinya di pasaran saham crypto.
3. Mendapatkan Melalui Konsep AirDrop Crypto
Airdrop crypto adalah konsep yang diperkenalkan oleh pengeluar token atau coin cryptocurrency baru, yang biasanya diberikan secara percuma, dimana peserta diminta melaksanakankan beberapa tugas. Selesai tugas , coin akan diberikan kepada mereka sebagai ganjaran.  Contoh tugasan adalah seperti like,share dan follow media social mereka. Air Drop biasanya dilakukan oleh pengeluar token/coin bagi memperkenalkan token mereka kepada public buat kali pertama. Dan konsep ini bertujuan sebagai strategi marketing untuk memperkenalkan coin mereka secara meluas.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2021/11/apa-itu-cryptocurrency-bitcoin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bitcoin Memegang Pada Tahap Psikologi 58 000

Bitcoin Memegang Pada Tahap Psikologi 58 000

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 182 hits
Bitcoin meningkat sebanyak 59 250 hari ini di sini ia telah menemui penawaran yang kukuh Kini ia didagangkan pada paras 57 633 57 jauh di atas paras rendah 55 918 80 hari ini Dalam jangka pendek trajektorinya kelihatan tidak jelas Secara te...
Bitcoin Bolehkah Emas Digital Membuat Mikrostrategi Dan Michael Saylor Trilion Dalam Tempoh Lima Tahun

Bitcoin Bolehkah Emas Digital Membuat Mikrostrategi Dan Michael Saylor Trilion Dalam Tempoh Lima Tahun

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 218 hits
Ketua Pegawai Eksekutif MicroStrategy Michael Saylor ialah salah satu penyokong terbesar Bitcoin serta salah seorang pelabur yang paling bijak dan bersemangat tinggi Pada hari yang lain syarikatnya telah membeli 7 002 bitcoin lagi untuk por...
Microstrategy Memperoleh 7 002 Bitcoin Lagi Bernilai 415 Juta Dan Michael Saylor Yakin Permodalan Bitcoin Akan Mencapai

Microstrategy Memperoleh 7 002 Bitcoin Lagi Bernilai 415 Juta Dan Michael Saylor Yakin Permodalan Bitcoin Akan Mencapai

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 194 hits
Microstrategy tidak kekal di luar tetapi membuat satu lagi pembelian bitcoin yang hebat Microstrategy dan pengarahnya Michael Saylor adalah antara penyokong bitcoin yang paling bersemangat Syarikat itu menyimpan dan membeli bitcoin walaupun...
Bitcoin Pasaran Kekal Mengukuh Meskipun Dalam Keadaan Pemulihan Yang Goyah Dan Situasi Tidak Menentu

Bitcoin Pasaran Kekal Mengukuh Meskipun Dalam Keadaan Pemulihan Yang Goyah Dan Situasi Tidak Menentu

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 161 hits
Bitcoin berjaya mengimbangi semula separuh daripada kerugiannya pada Jumaat lalu hanya dalam masa dua hari Begitu juga pasaran yang telah ditarik semula dari paras rendah dan pulih semasa dagangan Isnin Varian koronavirus baharu Omicron men...
Kelemahan Bitcoin Boleh Berakhir Tidak Lama Lagi

Kelemahan Bitcoin Boleh Berakhir Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 176 hits
Bitcoin telah mula berkembang semula selepas mendapat sokongan padu Harga bertukar kepada menaik tetapi kami masih memerlukan pengesahan yang kukuh sebelum mempertimbangkan untuk membeli Dalam jangka pendek tekanan menurun kekal tinggi oleh...
Solana Boleh Menjadi Kuasa Ketiga Pasaran Kripto Setanding Dengan Bitcoin Dan Ethereum

Solana Boleh Menjadi Kuasa Ketiga Pasaran Kripto Setanding Dengan Bitcoin Dan Ethereum

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 228 hits
Sejak beberapa minggu lalu Bitcoin telah mengurangkan daya tarikan pelaburannya dengan ketara memberi laluan kepada altcoin Sebab kepada situasi ini dipanggil sebagai teknologi kontrak pintar yang paling menguntungkan dilaksanakan dalam mat...
Bitcoin Terdedah Untuk Terus Bergerak Lebih Jauh

Bitcoin Terdedah Untuk Terus Bergerak Lebih Jauh

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 163 hits
Bitcoin bergerak lebih rendah selepas kegagalannya untuk membuat paras tinggi baru yang lebih tinggi Dalam jangka pendek tekanan kekal tinggi jadi kami tidak boleh mengecualikan potensi penurunan Ia didagangkan pada 56 437 63 ketika penulis...
Analisis Bitcoin Mingguan

Analisis Bitcoin Mingguan

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 142 hits
Bitcoin setakat ini telah berjaya membuat kenaikan yang kukuh dari AS 29 000 kepada AS 68 900 Kami menganggap bahawa langkah menaik ini telah selesai dan ia telah berakhir Harga kini berkemungkinan besar dalam fasa pembetulan dan kami menja...
Ramai Ibu Beli Suplemen Untuk Naikkan Berat Anak Dietitian Jelaskan Itu Silap

Ramai Ibu Beli Suplemen Untuk Naikkan Berat Anak Dietitian Jelaskan Itu Silap

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 375 hits
Saya beli suplemen sebab anak tak cukup makan dari sumber real foods Saya bagi anak suplemen nak naikkan selera makan Saya bagi anak suplemen sebab sekarang banyak penyakit luar sana Ada ke mommies tergolong dalam kumpulan di atas Jika ada ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka