Apa Itu Credit Guarantee Corporation
APA ITU CREDIT GUARANTEE CORPORATION(CGC)?
Untuk menyokong penyampaian inisiatif PRIHATIN, portal IMSME.COM.MY yang dikendalikan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) dengan sokongan Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk menerima permohonan pinjaman PKS yang telah diumumkan dalam pakej Prihatin PKS . Jadi, selain daripada memohon pinjaman terus daripada institusi perbankan, para pengusaha PKS juga ada pilihan untuk membuat permohonan pinjaman melalui portal IMSME. Portal ini juga menyediakan khidmat myKNP, iaitu khidmat nasihat pembiayaan untuk PKS.
APA ITU CGC?
Credit Guarantee Corporation(CGC) adalah sebagai peneraju penyedia jaminan kredit kepada PKS di negara ini untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai cagaran yang mencukupi atau tidak mempunyai cagaran atau rekod pretasi untuk memperoleh akses kredit, di samping melengkapkan usaha Kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan sektor perniagaan yang penting bagi menjana ekonomi.
CARA CGC MEMBANTU PKS
CGC membantu PKS dengan menyediakan lindungan jaminan bagi mereka yang hanya mempunyai sedikit perlindungan serta kemudahan kredit yang tidak dilindungi bernilai sehingga RM15 juta.
Pelbagai skim jaminan CGC dirangka bagi membantu PKS untuk memperoleh pembiayaan sehingga mencukupi jumlah yang diperlukan.
KEISTIMEWAAN SKIM JAMINAN CGC
Apabila anda memohon pinjaman atau sebarang kemudahan kredit lain yang dilindungi CGC, institusi pemberi pinjaman akan institusi yang memberi pinjaman akan memproses dan membuat penilaian, dan kemudiannya menggariskan langkah yang perlu untuk mendapatkan pinjaman berjamin CGC atau kemudahan kredit yang diperlukan. Anda tidak perlu membuat perrmohonan yang berasingan.
Jaminan CGC menyediakan keyakinan kepada institusi pemberi pinjaman, dan membolehkan anda mendapatkan pembiayaan berdasarkan daya maju perniagaan anda dan memaksimumkan nilai cagaran yang ditawarkan, jika ada.
CGC sentiasa peka mengenai trend dan perubahan dalam perniagaan dengan memenuhi keperluan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia, apabila diperlukan.
SYARAT KELAYAKAN MENDAPAT PINJAMAN BERJAMIN CGC
Anda layak sekiranya anda ialah warganegara Malaysia atau merupakan sebuah syarikat yang di bawah kawalan pemastautin
yang menjalankan perniagaan berdaftar atau berlesen di Malaysia
memperoleh pulang balik jualan tahunan atau pinjaman perniagaan sedia ada yang memenuhi keperluan skim tersebut.
CARA MEMOHON KEMUDAHAN CGC
Anda boleh mengunjungi cawangan CGC yang berhampiran untuk menyerahkan permohonan BizMaju, BizSME, Tabung Projek Usahawan Bumiputera Dana–i (TPUB-i), BizMula-i dan BizBina-i sahaja.
Bagi kemudahan kredit lain yang dilindungi oleh CGC, institusi yang memberi pinjaman akan memproses dan membuat penilaian, dan kemudiannya menggariskan langkah yang perlu untuk mendapatkan lindungan jaminan CGC yang diperlukan. Anda tidak perlu membuat permohonan yang berasingan.
Buat masa ini, CGC mempunyai 16 cawangan di seluruh negara. Pada masa yang sama, CGC diwakili oleh kesemua bank komersial melalui rangkaian lebih daripada 2,600 cawangan di seluruh negara. Oleh itu, bantuan CGC sentiasa tersedia berhampiran anda.
FI DAN CAJ YANG DIKENAKAN APABILA MEMOHON SKIM CGC
CGC tidak mengenakan bayaran pemprosesan dan pembaharuan untuk skim kami.
Bagi pelanggan yang telah menerima skim pembiayaan terus kami misalnya BizMula-i dan BizWanita-i, pembiayaan akan dikenakan duti setem seperti Akta Setem 1949 (Disemak 1989), kos dan caj berkaitan dengan dokumentasi pembiayaan.
PERBEZAAN CGC DENGAN INSTITUSI KEWANGAN
CGC ialah sebuah institusi jaminan kredit dan bukan pemberi pinjaman.
Peranan CGC adalah sebagai pemberi jaminan kredit untuk meningkatkan daya maju kredit peminjam untuk memudahkan beliau diterima oleh pihak bank.
Institusi kewangan memberikan pinjaman dan mengagihkan dana kepada peminjam.
The post APA ITU CREDIT GUARANTEE CORPORATION(CGC)? appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/apa-itu-credit-guarantee-corporationcgc.html