Apa Itu Coronavirus Virus Yang Mengancam Ekonomi Dunia




Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan penularan satu wabak yang dikenali sebagai coronavirus, dikatakan berpunca dari Wuhan, China. Wabak berkenaan telah meragut nyawa 6 individu dan menjangkiti hampir 300 orang menjelang cuti Tahun Baru Lunar.

Menjelang pagi Rabu, coronavirus dikhabarkan telah tersebar sehingga ke luar Asia, iaitu di Washington, Amerika Syarikat. Di samping itu, terdapat 15 kakitangan perubatan yang telah dijangkiti wabak tersebut sekaligus menimbulkan kebimbangan lalu mendorong pihak berkuasa lapangan terbang di seluruh dunia untuk meningkatkan pemeriksaan pelancong yang datang dari China.

Bukan itu sahaja! Ianya juga boleh menjejaskan ekonomi seperti mana yang berlaku akibat daripada wabak SARS yang menyerang dunia sekitar tahun 2003.


Apakah itu Coronavirus?

Coronavirus merupakan sejenis virus yang menyebabkan radang paru-paru, dikatakan berasal dari pasaran makanan laut di bandar Wuhan, China. Wabak berkenaan dilaporkan menular pada akhir Disember 2019.

Tambahan daripada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa ianya muncul daripada sumber haiwan. Namun, Suruhanjaya Kesihatan China mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa sumber virus berkenaan masih belum diketahui dan laluan penyebarannya belum dikesan sepenuhnya.

Antara gejala wabak berkenaan ialah mengalami demam dan kesukaran untuk bernafas. Apa yang membimbangkan lagi ialah tiada vaksin untuk virus itu buat masa ini.


Dari mana asalnya Coronavirus?

Sehingga Selasa petang, pihak berkuasa telah mengesahkan lebih 300 kes yang kebanyakannya berlaku di wilayah Hubei dan ibu kota Wuhan, iaitu sebuah bandar yang terdiri daripada 11 juta orang penduduk. Selain itu, wabak tersebut turut merebak ke beberapa bandar lain iaitu 14 kes di wilayah selatan Guangdong, 5 kes di Beijing, 5 kes di wilayah timur Zheijang, 2 kes di Shanghai dan Tianjin.
Di samping itu, kes yang sama juga dilaporkan di Thailand, Korea Selatan dan Jepun. Terbaru, Taiwan mengesahkan kes pertama mereka pada malam Selasa yang melibatkan seorang wanita berusia 55 tahun yang beru pulang dari Wuhan.

Oleh yang demikian, WHO telah memberi amaran bahawa coronavirus berkemungkinan akan tersebar ke negara-negara lain. Jadi, mereka akan menubuhkan sebuah jawatankuasa kecemasan mengenai virus berkenaan pada hari ini untuk mempertimbangkan pengisytiharan kecemasan kesihatan antarabangsa.


Adakah wabak ini akan menjejaskan ekonomi?

Seorang pakar ekonomi menegaskan bahawa jika kebimbangan pengguna semakin meningkat, maka ianya akan memberikan impak yang besar terhadap ekonomi. Hal ini demikian kerana wabak berkenaan akan menjadi penghalang kepada individu untuk menjalankan aktiviti ekonomi.

Sebagai contoh, ketika penularan wabak SARS, para pelancong tidak lagi berkunjung ke kawasan wabak manakala rakyat cenderung untuk hanya bekerja dari rumah dan tidak mendedahkan diri kepada kawasan tumpuan ramai seperti pusat beli-belah dan restoran.
Rentetan daripada itu, pertumbuhan pelancong domestik telah jatuh sebanyak 45% dan pulangan daripada aktiviti pelancongan telah menjunam sebanyak 64% pada suku kedua tahun 2003.

Walau bagaimanapun, wabak baru ini dikatakan kurang serius berbanding SARS kerana tindakan kerajaan yang begitu memberangsangkan untuk menanganinya. Jadi, impaknya terhadap ekonomi tidaklah seperti wabak SARS. Kini, tinjauan yang dijalankan mendapati pertumbuhan penggunaan masih kekal pada trend 7%.

Sumber Asal ; Intraday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/01/apa-itu-coronavirus-virus-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dunia Cari Ali Mohamed Zaki Pembasmi Virus Corona Di Arab Saudi

Dunia Cari Ali Mohamed Zaki Pembasmi Virus Corona Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 268 hits
Sebelum menteror China Virus Corona ternyata telah menghampiri Arab Saudi dan ilmuwan muslim bernama Ali Mohamed Zaki PhD dari Rumah Sakit Dr Soliman Fakeeh di Jeddah Arab Saudi berhasil membasminya Tak heran saat ini dunia membutuhkan pemi...
Bank Dunia Revisi Pertumbuhan Ekonomi Global Sri Mulyani Mulai Waspada

Bank Dunia Revisi Pertumbuhan Ekonomi Global Sri Mulyani Mulai Waspada

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 243 hits
Tapi dengan pattern selama ini kita lihat ketidakpastian akan muncul terus Jadi kita harus tetap waspada terhadap itu Artinya warning 2020 risiko yang muncul di 2020 akan tetap dinamis seperti di 2019 kata Sri Mulyani
Terbaru Status Coronavirus Di Malaysia China Dan Dunia

Terbaru Status Coronavirus Di Malaysia China Dan Dunia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 1821 hits
Kematian akibat wabak Coronovirus di China meningkat kepada 56 orang dengan lebih 2 000 dijangkiti di seluruh dunia Selain negara Malaysia berapa kes juga dikesan di Thailand Jepun Korea Selatan Amerika Syarikat Vietnam Singapura Nepal Pera...
Bagaimana Dan Mengapa Virus Wabak Coronavirus Bermula Di Wuhan

Bagaimana Dan Mengapa Virus Wabak Coronavirus Bermula Di Wuhan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 1689 hits
Wuhan mungkin bukan sebuah bandar besar Cina yang terkenal seperti Beijing atau Shanghai tetapi di sinilah tempat bermula di mana wabak coronavirus muncul Wuhan sebenarnya merupakan sebuah bandaraya metropolis yang padat penduduk dan mempun...
Virus Corona Mewabah Di China Hingga Mengancam Indonesia Ini Fakta Fakta Virus Baru Yang Ditakuti Ini

Virus Corona Mewabah Di China Hingga Mengancam Indonesia Ini Fakta Fakta Virus Baru Yang Ditakuti Ini

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 312 hits
Virus Corona mulai mewaah di China sejak jelang Imlek 2020 Bebeberapa negara termasuk Indonesia sudah mengantisipasi virus jenis baru ini dengan memasang alat pendekti panas tubuh di pintu kedatangan bandara Wilayah Wuhan China tengah digem...
Remaja Rebah Dan Meninggal Dunia Di Kedai Akibat Coronavirus Adalah Palsu

Remaja Rebah Dan Meninggal Dunia Di Kedai Akibat Coronavirus Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 668 hits
Innalillahiwainnalillahirojiun dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali Baru baru ini ada satu video yang tular di media sosial mengenai seorang remaja perempuan rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian Mangsa yang bernama Nur I...
Pengajaran Dari Wabak Virus Wuhan Coronavirus

Pengajaran Dari Wabak Virus Wuhan Coronavirus

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 829 hits
KUTIPLAH PENGAJARAN DARI WUHANJangan kita terlalu gembira atas sesuatu musibah yg menimpa sesuatu kaum Sering sy terjumpa reaksi emoji gelak dlm posting2 berita mengenai apa yg berlaku di Wuhan Tak kurang komen2 padan muka dan sebagainya Ga...
Jungkir Balik Ekonomi Dunia Di Awal 2020

Jungkir Balik Ekonomi Dunia Di Awal 2020

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 291 hits
Ekonomi dunia nampaknya masih menghadapi kondisi sulit memasuki awal 2020 Sempat sejuk setelah China dan Amerika Serikat melakukan persetujuan termin pertama untuk meredakan perang dagang pada akhir 2019 ekonomi dunia kemudian digemparkan o...
Apa Itu Virus Corona Penyebab Pneumonia Wuhan

Apa Itu Virus Corona Penyebab Pneumonia Wuhan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 892 hits
informasitips com Virus Corona atau Koronavirus adalah keluarga virus yang menjadi penyebab berbagai penyakit mulai dari flu biasa hingga penyakit flu parah seperti MERS ataupun SARS Saat ini mungkin saja ada virus corona jenis baru yang be...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang