Apa Itu Ciri Matched Content Dan Kelebihannya
Apa itu Ciri Matched Content Dan Kelebihannya?. Agak lama MYiDEAKiNi tidak bersiaran di blog dengan artikel-artikel terkini dan sensasi, bukan? Blog yang agak suam-suam suku ibarat hidup segan mati tak mahu. Artikel kali ini MYiDEAKiNi ingin berkongsikan tentang ciri "Matched Content" serta kelebihanya dimana mungkin ianya memberikan anda manfaat yang sangat berguna. Bagi anda yang telah berjaya mempunyai akaun adsense, MYiDEAKiNi ucapkan TAHNIAH! Yang masih belum berjaya sehingga kini, teruskan usaha tanpa jemu. Ciri matched content ini adalah salah satu bentuk iklan yang terdapat dalam Google AdSense. Penggunaan jenis iklan ini adalah bergantung kepada trafik dan halaman unik yang tinggi pada sesebuah blog mahupun laman sesawang. Jika dalam akaun Google AdSense anda tidak terdapat bentuk iklan ini, anda masih belum lagi mencukupi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak google AdSense
Apa itu Ciri Matched Content?Matched Content adalah ciri AdSense yang akan menunjukkan artikel yang relevan dan disokong secara konteks di bahagian bawah halaman web anda. Ciri-ciri ini bertujuan untuk meningkatkan trafik dan jumlah pembaca menghabiskan masanya di laman web anda kerana mereka akan disajikan dengan lebih banyak kandungan tajuk artikel menarik untuk dibaca apabila mereka selesai membaca satu cerita
Beginilah ciri Matched Content Google AdSense
Penggunaan Ciri Matched Content Terhadap BlogJika akaun Google AdSense anda sudah mempunyai ciri iklan ini, gunalah sebaik mungkin kerana ianya sangat memberikan impak yang sangat tinggi pada blog trafik dan juga pages. Selain itu cirinya yang sangat menarik minat pembaca blog anda untuk meneruskan carian dengan menggunakan ciri matched content ini
1,000 Halaman yang unik1,000 lawatan halaman setiap hariImej unik pada kebanyakkan laman sesawangKebiasaanya blogger akan meletakkan ciri ini dibahagian bawah halaman web bagi tujuan pembaca atau pelawat menghabiskan masanya untuk membaca blog artikel yang berkaitan dengannya
Perkara Penting yang perlu anda tahu tentang penggunaan ciri Matched Content dalam blog.Ciri ini akan memaparkan tajuk kandungan yang relevan kepada pembaca dan pelawat blog anda dimana ianya boleh membantu meningkatkan trafik paparan halaman dan masa di laman blog anda.Anda boleh meletakkan ciri matched content pada mana-mana blog atau laman sesawang jika akaun Google AdSense anda telah layak dan mencukupi syarat yang ditetapkan akan mempunyai ciri ini.Ciri ini adalah untuk blog atau laman sesawang. Contohnya, jika anda mempunyai dua blog atau laman sesawang abc.com dan xyz.com, maka ciri yang akan dihasilkan untuk setiap blog atau laman sesawang akan berada di dalam blog atau laman sesawang tersebut. Ciri ini akan mempunyai iklan Google dan paparan tajuk yang berkaitan.Ciri ini berfungsi pada telefon pintar, tablet dan desktop.Blog atau laman sesawang yang kebanyakkannya artikel tidak mempunyai imej, ciri ini akan memaparkan iklan dalam format teks sahaja.Dasar Program AdSense masih digunapakai untuk blog atau laman sesawang yang mengandungi ciri Matched Content yang sesuai.Tidak layak pada mereka yang menggunakan ciri ini untuk dijadikan eksperimen.Jadi kesimpulannya, penggunaan ciri matched content ini banyak membantu anda dari segi trafik dan juga menambah pendapatan anda dalam Google AdSense. Jangan sia-sia kan peluang ini untuk meningkatkan pendapatan sampingan dengan menggunakan platfrom blog atau laman sesawang. Yang sedihnya, MYiDEAKiNi masih belum lagi layak untuk mempunyai ciri ini dan akan berusaha untuk mempunyai ciri matched content ini dalam akaun nanti. In Shaa Allah :)Apa itu Ciri Matched Content & Kelebihannya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2019/07/apa-itu-ciri-matched-content-dan-kelebihannya.html