Apa Istimewanya Waytha Moorthy


Walaupun bertalu-talu desakan dihala kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menggugurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kerana disifatkan sebagai gagal menjalankan tugas dengan betul, tetapi setakat ini tiada tindakan diambil.

Ini sesuatu yang pelik daripada Dr. Mahathir kerana jika menyusuri corak kepemimpinan beliau ketika kali pertama menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003, kesilapan yang dilakukan sehingga menjejaskan imej kerajaan tadbirannya dianggap sebagai satu `dosa besar’.

Dr. Mahathir tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya. Ini sekali gus menyuntik rasa `seram’ dalam kalangan menteri Kabinet serta penjawat awam untuk melakukan sebarang kesilapan, apatah lagi `bermusuh’ dengan rakyat.

Namun, perkara itu tidak berlaku hari ini, apabila Dr. Mahathir setakat artikel ini ditulis masih belum membuat keputusan sama ada mahu menggugurkan Waytha Moorthy atau tidak, meskipun kemarahan rakyat semakin memuncak terhadap pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu.

Desakan bukan hanya dalam kalangan pihak pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat, tetapi juga daripada `anak-anak buah’ Dr. Mahathir iaitu Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang sehingga ke tahap menghantar memorandum mendesak supaya Waytha Moorthy dilucutkan jawatan.

Tindakan Armada yang diketuai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu nampaknya lebih rasional dan melihat isu ini telah memberi kesan negatif kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Hakikatnya Dr. Mahathir tidak perlu teragak-agak untuk membuat keputusan kerana Waytha Moorthy bukanlah sebahagian daripada kepemimpinan PH dan tiada kaitan pun dengan parti itu. Waytha Moorthy merupakan pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jadi tiada isu pun keputusan menggugurkan Waytha Moorthy itu akan memberi kesan kepada hubungan dalam kalangan kepemimpinan PH. Buatlah keputusan segera wahai Perdana Menteri, jangan sampai rakyat muak dengan kerajaan PH.

Bagi Waytha Moorthy pula, biar pun Dr. Mahathir belum membuat sebarang keputusan, namun sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya memahami desakan yang disuarakan kebanyakkan rakyat dan meletak jawatan dengan sendirinya.

Beliau telah diberikan layanan yang baik oleh Dr. Mahathir sehingga dilantik menjadi Senator, diberi peluang memegang jawatan menteri penuh menjaga portfolio Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial. Ini dilihat sebagai `sumbangan’ Dr. Mahathir untuk memadam skeptikal rakyat terhadap Waytha Moorthy yang didakwa memperjuangkan satu kaum sahaja.

Lagi pun, Waytha Moorthy bukan tidak pernah melakukannya, pada era pentadbiran Barisan Nasional (BN), beliau telah meletak jawatan sebagai Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Apa salahnya melakukannya sekali lagi, jadilah seorang yang berjiwa besar, letaklah jawatan segera.
Oleh : Syukri Shaari

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2018/12/apa-istimewanya-waytha-moorthy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 617 hits
HIMPUNAN AMAN Keadilan Untukmu ADIB Desakan Pecat P Waytha Moorthy Tarikh 25 12 2018Hari SelasaMasa 04 00 Petang1 Lokasi Berkumpul Masjid Bandar Diraja KlangJalan Pasar Kawasan 18 41300 Klang Selangor2 Lokasi Berhimpun Dataran SeniKawasan 1...
Waytha Moorthy Ganabatirau Perlu Bertanggungjawab Kematian Adib

Waytha Moorthy Ganabatirau Perlu Bertanggungjawab Kematian Adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 349 hits
Peguam Negara pihak berkuasa perlu bertindak tegas tanpa pilih kasih10 Rabiulakhir 1440H Selasa Pemuda Ikatan Muslimim Malaysia menuntut keadilan dengan kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dibelasah perusuh di Kuil S...
Waytha Moorthy Hilang Kredibiliti Dalam Kabinet Kj Utusan Online

Waytha Moorthy Hilang Kredibiliti Dalam Kabinet Kj Utusan Online

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 319 hits
Waytha Moorthy hilang kredibiliti dalam Kabinet Politik Utusan OnlineBuat sekian kali saya merasa setuju dengan pandangan Kadir Jasin Waytha Moorthy hilang kredibiliti dalam Kabinet21 Disember 2018 2 49 PM WAYTHA MOORTHY dan A Kadir Jasin U...
Pm Terus Didesak Pecat Waytha Moorthy

Pm Terus Didesak Pecat Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 251 hits
ZWANDDIN HAMZAH berucap dalam himpunan KeadilanBuatAdib di Ipoh Perak semalam IPOH 22 Dis Himpunan KeadilanBuatAdib di Padang Ipoh hari ini antara lain menggesa orang Melayu dan Islam untuk bangkit menuntut kerajaan bagi mengheret dalang ya...
Waytha Moorthy Tu Baik Dan Bagus Syed Saddiq Sahaja Bermasalah Siti Kasim

Waytha Moorthy Tu Baik Dan Bagus Syed Saddiq Sahaja Bermasalah Siti Kasim

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 586 hits
Waytha Moorthy baik Syed Saddiq sahaja bermasalah kata Siti KasimTindakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Ssyed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong desakan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy meletakkan jawatan tidak ...
215706 Tandatangan Petisyen Tuntut Waytha Moorthy Letak Jawatan Dipecat

215706 Tandatangan Petisyen Tuntut Waytha Moorthy Letak Jawatan Dipecat

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 338 hits
Petisyen menuntut pelucutan jawatan P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator memperoleh 215 706 tandatangan setakat pukul 5 petang Petisyen tersebut dilancarkan pada 17 November lalu oleh Gerakan Pengundi Seda...
Waytha Moorthy Is The Real Victim Not Fireman Adib Says Hindraf

Waytha Moorthy Is The Real Victim Not Fireman Adib Says Hindraf

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 411 hits
Minister in the Prime Minister s Department P Waytha Moorthy has been blamed for the events that led to the death of firefighter Muhammad Adib Mohd Kassim Minister in the Prime Minister s Department P Waytha Moorthy is being made a scapegoa...
Gantikan Waytha Moorthy Dengan Nurul Izzah Amanah

Gantikan Waytha Moorthy Dengan Nurul Izzah Amanah

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 257 hits
Ketika penolakan rakyat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy dilihat berterusan Pemuda Amanah Terengganu tampil mencadangkan agar Nurul Izzah Anwar dilantik menggantikan senator terbabit Ketuanya Mohd Hasbie Muda berk...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Menginap Di Rekta Habitat Pulau Gadong Melaka

Cerita Air Kencing Harimau

Restoran Makanan Tempatan Dan Antarabangsa Di Dalam Putrajaya Marriot Hotel

Asal Usul Kampung Keledek Kuala Lipis

Kembali Ke Sekolah Program Jualan Rahmah Madani 2025

Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists