Apa Halangan Anwar Dan Takhta Pm Yang Diimpikan




Jauh lagikah jawatan perdana menteri dari Anwar Ibrahim
Jawatan PM pernah tercicir daripada tangannya meskipun hanya selangkah lagi daripada jawatan itu ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri pada 1990-an. Beliau dipenjarakan atas tuduhan salahlaku seksual
Anwar tercicir lagi jawatan PM pada 2013 ketika mengetuai Pakatan Rakyat. Pakatan pembangkang ketika itu hampir menewaskan BN. Waktu itu, beliau adalah ketua pembangkang
Ketika Pakatan Harapan berjaya menewaskan Barisan Nasional pada 2018, jawatan PM tercicir lagi daripada tangan Anwar kerana beliau masih dalam penjara, sekali lagi kerana salahlaku seksual. Kali ini, beliau menerima pengampunan selepas PH menawan Putrajaya
Cuma yang tidak sangka, situasi Anwar kembali ke zaman 1990-an apabila jawatan PM kembali ke tangan Tun Dr Mahathir Mohamad
Kini, Anwar berpeluang lagi menjadi PM. Beliau hanya perlu menunggu persaraan Mahathir. Manifesto PH cukup manis baginya kerana ia menyatakan gilirannya menjadi PM adalah selepas Mahathir
Bezanya kali ini, beliau bukan sebahagian daripada kabinet Mahathir mahupun timbalan bekas bosnya. Beliau hanyalah presiden PKR
Apakah Anwar akan tercicir lagi jawatan PM kali ini? Inilah persoalan yang sedang mengugat emosi dan suhu politik negara melebihi Covid-19
Jadi apakah yang berada antara Anwar dan jawatan PM yang diimpikannya selama ini
Mahathir berulang kali menyatakan beliau akan menyerahkan kuasa seperti dijanjikan. Dan beliau berhasrat untuk menyerahkannya selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November 2020. Apakah tarikhnya? Tiada tertera di mana-mana tulisan ataupun manifesto. Jika ada di manifesto, inilah titiknya
Jadi, Mahathir bukanlah penghalang antara Anwar dan jawatan PMnya
Cuma, untuk ini berlaku dengan lancar, ada syaratnya. Dan syaratnya mudah, iaitu PH hanya perlu bersatu-padu menyokong Anwar sebagaimana mereka menyokong Mahathir
Selesai cerita. Apa yang cuba dilakukan oleh pembangkang hanyalah membazir masa
Tapi, syarat mudah itu jugalah yang menjadi masalah terbesar bagi Anwar
PH terdiri daripada 4 parti komponen. Antara 4 parti komponen ini, secara persepsi umumnya DAP, Amanah dan PPBM tidak kelihatan mengalami perpecahan
Secara persepsi umumnya juga, hanya PKR yang dipimpin Anwar kelihatan berpecah-belah ekoran pergelutan antara Anwar dan Timbalan Presidennya Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraidah Kamaruddin, kedua-duanya menteri di kabinet Mahathir
Sedihnya, persepsi umum terhadap perpecahan PKR inilah yang menjadi batu penghalang sebenar antara Anwar dan impiannya menjadi PM. Inilah juga yang menjadi sumber spekulasi dan pintu terbuka kepada pelbagai gerakan politik di belakang takbir
Jika parti yang dipimpin Anwar ini betul-betul utuh dan tidak berpecah, percayalah apa-apa taktik pembangkang mahupun undi percaya atau tidak percaya tidak mampu menghalang Anwar daripada menjadi PM
Meskipun PKR dipersepsikan berpecah, Anwar juga sering menyebut beliau mempunyai sokongan yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 112 sokongan ahli parlimen yang mendokong beliau menjadi PM
Kumpulan pro-Anwar perlu yakin kenyataan Anwar itu benar. Ini bermakna nasi sudah menjadi bubur ataupun “game over” untuk sesiapa saja yang ingin menghalang Anwar daripada menjadi PM
Oleh itu, kumpulan penyokongnya untuk berhenti membuat forum sana sini menghentam dan memberi kata dua kepada Mahathir, merancang pelan B atau pelan C atau mengutuk cadangan yang mengikut saluran demokrasi seperti undi percaya kepada PM di Parlimen
Anwar boleh menasihatkan kumpulan penyokongnya untuk berhenti. Ini kerana apa yang dilakukan kumpulan penyokong beliau, secara persepsinya, merosakkan nama baik beliau sendiri dan juga memberikan persepsi beliau terlalu meminta-minta untuk jawatan PM tersebut
Oleh itu, yang menjadi penghalang antara Anwar dan impiannya menjadi PM sebenarnya hanyalah Anwar sendiri
Sejauh manakah Anwar dapat mengukuhkan PKR untuk bersatu setia terhadapnya dan membuktikan kebenaran kenyataannya ada lebih 112 ahli parlimen yang menyokongnya menjadi PM bagi menggantikan Mahathir adalah jarak antara Anwar dan impiannya menjadi PM
Pendek kata, hanya Anwar yang boleh menyebabkan jawatan PM sekali lagi tercicir daripada tangannya sendiri. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/02/apa-halangan-anwar-dan-takhta-pm-yang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Percaya Dalam Perang Politik Anwar Perlu Tangkas Bertindak

Usul Percaya Dalam Perang Politik Anwar Perlu Tangkas Bertindak

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 269 hits
Usul Undi Percaya yang akan dibentangkan Pas di Parlimen biar pun pelik namun tidak boleh diambil mudah Timbalan Pengerusi DAP Pahang M Manogaran berkata sekali pun usul itu mungkin ditolak Speaker dan tidak akan dibahaskan tetapi calon PM ...
Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 304 hits
February 11 2020 7 16 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Usul undi percaya PAS bagi menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri adalah usaha untuk memecah belahkan Pakatan Harapan kata Anwar Ibrahim Presiden PKR ...
Geng Anwar Cuak Ker Usul Sokong Mahathir Ditolak

Geng Anwar Cuak Ker Usul Sokong Mahathir Ditolak

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 285 hits
Tindakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon menolak usul Pas untuk melakukan undi percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak demokratik Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa...
Anwar Kesal Adun Pujut Hilang Kelayakan

Anwar Kesal Adun Pujut Hilang Kelayakan

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 198 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di Hotel Grand Bluewave Shah Alam Selangor foto AFIQ RAZALI SHAH ALAM Presiden PKR Datuk Seri A...
Anwar Mesti Dihalang Dari Jadi Pm8p

Anwar Mesti Dihalang Dari Jadi Pm8p

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 224 hits
Md Zulaimi KazinGabungan UMNO dan PAS dalam muafakat Nasional dilihat memberi kesan yang cukup besar dari segi sokongan rakyat berdasarkan keputusan PRK yang mutakhir ini Cameron Highland dan Tg Piai cukup luar biasa sokongan yang mereka da...
Usul Sokong Pm Akan Gagal Anwar Ibrahim

Usul Sokong Pm Akan Gagal Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 233 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Sepetang Alumni Yayasan Anda Akademik di Restoran D saji Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Usul sokongan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan usah...
Janganlah Gawat Sangat Anwar Ibrahim Hahaha

Janganlah Gawat Sangat Anwar Ibrahim Hahaha

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 295 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa usul undi percaya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu dibawa Pas ke Dewan Rakyat bertujuan untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan Anwar berkata beliau perc...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan