Apa Hadi Nak Sebenarnya


 

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, baru-baru ini menyatakan kekesalan serta kekecewaan (dan tentunya kemarahan) kerana “kini terserlah bahawa agama Islam yang dikatakan di bawah naungan raja-raja melalui pentadbiran khusus – yang dinamakan majlis agama Islam – tidak boleh bertindak mengatasi undang-undang ciptaan manusia”.
Bahkan katanya lagi “hukum yang nyata daripada hukum Islam boleh dibatalkan oleh mahkamah dan para hakim” (Perlu ditekankan ‘hukum yang nyata daripada hukum Islam’ itu ialah menurut pandangan atau tafsiran beliau walapun diakui Hadi memang arif dalam soal agama. Namun bukan itu soalnya untuk artikel ini).
Tetapi bak kata Raja Bahrin Shah, pengerusi Amanah Terengganu, isu yang ditimbulkan Hadi ini wujud sejak Merdeka lagi dan terus berulang pada situasi hari ini.
Raja Bahrin mengingatkan semula bahawa Hadi pernah bercakap mengenai isu ini dengan “berapi-api” sebagai pemimpin pembangkang dahulu dan kini “nadanya hampir sama walaupun sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan yang berkuasa”.
Kata beliau, isu yang dibangkitkan mesti ditangani dengan penuh sabar dan bijak tanpa emosi yang kadangkala boleh menimbulkan kekacauan. Lalu beliau menasihati Hadi, selaku duta khas bertaraf menteri, juga Ahli Parlimen kerajaan “cubalah cadangkan penyelesaian jangka panjang”.
Nasihat yang bagus pada hemat saya tetapi tidak tahulah sama ada akan dituruti Hadi kerana nasihat datang daripada pemimpin Amanah dan kita tahu perasaan PAS terhadap parti itu.
Apa pun kenyataan Hadi itu muncul beberapa hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan agar tiga kanak-kanak – adik-beradik – diserahkan kepada ibu mereka. Kes ini kita semua sudah maklum kerana mendapt liputan meluas media.Reaksi Dewan Ulama PAS Pusat ialah mendesak pihak berkuasa agama di setiap negeri segera meminda syarat pertukaran agama dengan keizinan ibu ATAU bapa dan bukan ibu DAN bapa seperti yang wujud di sesetengah negeri (berdasarkan Perlembangaan).
Memang mudah membuat desakan seperti itu. Bagaimanapun menurut Perlembangaan pertukaran agama membabitkan kanak-kanak secara “unilateral” tidak boleh dilakukan. Maksudnya pertukaran agama kanak-kanak wajib mendapat izin ibu dan bapa. Dua-duanya sekali. Bukan seorang. Itu undang-undangnya. Perlembagaan adalah perundangan tertinggi atau “supreme” di negara ini.
Bicara tentang isu ini terlalu sensitif, kata Pengarah Operasi Ilham Centre, Mohd Azlan Zainal. Namun “kita boleh terus mempertahankan hak tetapi seluruhnya itu tetap dibatasi dengan undang-undang Perlembagaan yang kita terima bersama secara asasnya. Bebas kita tidaklah sehingga menafikan hak yang lain dikala dia berhak,” kata beliau.
Saya setuju dengan pendapat Azlan. Mungkin Perlembangaan kita tidak sempurna (Apa pun ciptaan manusia tidak ‘perfect’). Suka atau tidak Perlembagaan yang sedia ada dan diguna pakai untuk sekian lama mesti dihormati.
Pada hari yang sama Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan arahan mengembalikan hak penjagaan tiga kanak-kanak kepada ibu mereka, sembilan hakim Mahkamah Persekutuan pula sebulat suara mengisytiharkan bahawa tidak berperlembagaan untuk Dewan Undangan Negeri Selangor memberi kuasa semakan kehakiman atau “judicial review” kepada Mahkamah Tinggi Syariah di negeri itu.
Dalam konteks ini Dewan Ulama PAS “menggesa pindaan perlembagaan dalam jadual kesembilan senarai negeri untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah bidang kuasa melakukan ‘judicial review’ berhubung kes berkaitan umat Islam khususnya berkaitan pertukaran agama”.
Adakah pindaan yang dinyatakan itu memadai? Ada lagi kah yang mungkin PAS mahu? Isunya disini ialah bak kata Raja Bahrin mencari jalan untuk menyelesaikan “konflik undang-undang” antara undang-undang Islam negeri dan undang-undang sivil – sesuatu yang bagi saya tidak pernah cuba dilakukan oleh kerajaan pusat (yang saya ulangi PAS menganggotainya).
Menurut beliau, Hadi sendiri ada menyatakan terdapat “pertembungan kuasa” raja-raja Melayu di peringkat negeri dan mahkamah persekutuan.
Oleh itu apa yang PAS mahu dan boleh lakukan? Sekadar menuding jari dan menuduh itu tidak betul dan ini mesti lakukan tanpa menjelas dengan sejelasnya apa yang mesti dilakukan tidak memadai. Kata orang “talk is cheap”.
Bagi saya, berdasarkan apa yang dilaungkan oleh PAS selama ini, apa yang perlu mereka lakukan ialah meminda Perlembagaan secara ‘total’, sesuai dan seiring dengan desakan dan tuntutan mereka.
Mereka sekarang, seperti dikatakan berulang kali, sudah ada dalam kerajaan. Boleh lah mereka pinda Perlembagaan. Betul? Tidak betul. PAS perlu sokongan dan persetujuan semua parti rakan dalam kerajaan. Saya kira bukan sahaja kawan-kawan bukan Islam yang tidak setuju, kemungkinan besar yang Melayu Islam pun akan keberatan. PAS tidak tahu ini semua? Saya kira mereka tahu. Tetapi mereka tetap mendesak dan menuntut. Mengapa? Kita masing-masing ada pendapat tersendiri.
Lantas PAS mesti menguasai kerajaan untuk mencapai hasrat mereka. Boleh kah itu terjadi? Kalau boleh bagaimana? Atau PAS sendiri jadi kerajaan secara mutlak . Boleh?
Jika boleh pinda lah Perlembagaan. Tetapi ciptalah Perlembangaan yang adil seadil-adilnya. Saksama untuk rakyat Malaysia, Islam dan bukan islam. Mampu?
Oh ya Raja Bahrin mengimbau kembali bahawa “Hadi dan PAS pernah juga membawa isu seperti RUU355 semasa menjadi pembangkang tetapi walaupun telah menjadi kerajaan isu tersebut telah diam begitu sahaja”. Iya tak ya juga.
Pun begitu diberitakan Naib Presiden PAS yang kini menjadi Menteri Agama dalam kerajaan Naib Presiden Umno akan mengadakan perbincangan meja bulat dengan beberapa pakar undang-undang, ahli akademik dan mufti “hari Rabu malam Khamis akan datang”.
Mereka akan membincangkan isu yang disebut tadi iaitu membabitkan tiga anak mualaf yang dikembalikan kepada ibu mereka yang bukan beragama Islam. Tujuan perbincangan? “Mencari penyelesaian isu tersebut, ” Idris dilapor berkata.
Bagi saya, eloklah Idris bertanyakan Hadi apa penyelesaian yang patut diusulkan, supaya mesyuarat itu tidak lagi menjadi forum untuk mengumumkan kenyataan yang lazim didengar wartawan yakni ‘kita akan kaji’, atau ‘ kerajaan setuju tubuh jawatankuasa…’
Hadi pula patut bertapak di bumi nyata dan usulkan secara terbuka apa yang tersirat dalam hatinya supaya jelas kepada semua rakyat – Islam dan bukan Islam. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/apa-hadi-nak-sebenarnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Impian Nak Jadi Jurutera Tak Kesampaian Kini Berniaga Sambal Acar Ikan Masin Pendapatan Cecah Rm4 000 Sebulan

Impian Nak Jadi Jurutera Tak Kesampaian Kini Berniaga Sambal Acar Ikan Masin Pendapatan Cecah Rm4 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 230 hits
February 20 2022 Impiannya mahu menjadi jurutera tetapi graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Robotik dan Automasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka Nur Ashikien M Azhar terpaksa akur dengan persaingan tinggi lebih lebih lagi...
Ingin Mula Hidup Baru Usahawan Kontroversi Safiey Ilias Nak Jual Kereta Mustang Pula

Ingin Mula Hidup Baru Usahawan Kontroversi Safiey Ilias Nak Jual Kereta Mustang Pula

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 146 hits
Ingin Mula Hidup Baru Usahawan Kontroversi Safiey Ilias Nak Jual Kereta Mustang Pula Selepas mengambil keputusan menjual rumahnya yang terletak di Sunway Montana di sini dengan harga RM2 1 juta usahawan kontroversi Safiey Ilias mahu menjual...
Nak Bocor Apa Orang Awam Pun Tahu Kewangan Negara Tengku Zafrul

Nak Bocor Apa Orang Awam Pun Tahu Kewangan Negara Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 122 hits
Nak bocor apa orang awam pun tahu kewangan negara Tengku Zafrul Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan beliau tidak pernah menyorokkan sebarang maklumat malah berulang kali sudah dinyatakan kepada Jemaah Menteri dan or...
Nak Sokong Lagi Umnno

Nak Sokong Lagi Umnno

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 131 hits
Busuk Punya Game Pelbagai move dan game UMNO buat Macam macam strategi dan kaedah digunapakai demi memastikan Johor jadi milik UMNO Ramai sangat pakar yang menawarkan diri untuk jadi hero Ada lebih dari 4 team yang sedang bergerak di Johor ...
Dari Sibu Ke Kota Bharu Doa Pemuda Nak Jumpa Ibu Kandung Akhirnya Termakbul Selepas 21 Tahun Menahan Rindu

Dari Sibu Ke Kota Bharu Doa Pemuda Nak Jumpa Ibu Kandung Akhirnya Termakbul Selepas 21 Tahun Menahan Rindu

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 212 hits
Siapa sangka berkat usaha dan doa yang dilakukan Mohammad Ashraf Daniel selama ini akhirnya membawa kebahagiaan apabila dia berjaya berjumpa dengan ibu kandungnya Ashraf yang terpisah dengan ibu kandungnya sejak lahir menjumpai syurganya it...
Kerja Pengerusi Mpn Tak Selesai Nak Jadi Penasihat Johor

Kerja Pengerusi Mpn Tak Selesai Nak Jadi Penasihat Johor

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 89 hits
Kerja pengerusi MPN dah sukses ke belum Selain seorang pengkhianat bersiri rekod dia ialah ramai rakyat bunuh diri terpaksa naik bendera putih untuk surrender Rekod dia juga ialah pertumbuhan ekonomi Malaysia serta pelaburan asing terjatuh ...
Alhamdulillah Untuk Hadiah Paling Bermakna Isteri Hamil Fizo Omar Teruja Nak Timang Baby

Alhamdulillah Untuk Hadiah Paling Bermakna Isteri Hamil Fizo Omar Teruja Nak Timang Baby

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 144 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Fizo Omar yang bakal menimang cahaya mata keduanya tidak lama lagi selepas isterinya Fazeera Nazri mengumumkan kehamilan dirinya Menerusi Instagram isteri kesayangan Fizo itu berkongsi video kejutan yang diamb...
Hiburan Tak Adil Netizen Nak Kecam Pelakon Tular Adegan Panas Sebuah Drama Caprice Beri Pandangan

Hiburan Tak Adil Netizen Nak Kecam Pelakon Tular Adegan Panas Sebuah Drama Caprice Beri Pandangan

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 246 hits
Sejak beberapa hari yang lalu menjadi topik hangat dikalangan netizen apabila tular di media sosial sebuah adegan panas dalam drama Love In Lockdown AdvertisementIni kerana babak di dalam kereta yang memaparkan pelakon utama iaitu Siti Sale...
Peminat Tak Setuju Dengan Barisan Pelakon Omniscient Reader S Viewpoint Tapi Kenapa

Konsortium Mahb Jangan Politikkan Dana Antarabangsa Blackrock

Amalan Menyambut Kelahiran Bayi

When Elite And Masses Don T See Eye To Eye On Israel Boycott

Bolehkah Hamil Walaupun Dara Tak Pecah

Bukit Aman To Summon All Officers Probing Assault Case Igp

20 Sekolah Terbaik Keputusan Spm 2023 Mengikut Gred Purata Sekolah

Lirik Lagu Sebenar Puteri Khareeza



5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan

5 Faktor Paling Menakutkan Golongan Ibu Bapa Dalam Abad ke 21

Bandar Kantubek Lokasi Terbesar Tapak Pelupusan Bakteria Berbahaya Dunia

5 Pengajaran Bodoh Yang Kita Boleh Belajar Dari Filem Adiwira Barat

Resepi Sotong Masak Hitam Lauk Legend Orang Johor Nostalgia Habis


Menulis Biar Dari Hati

Wanita Racun Kekasih Kerana Gelap Mata Dengan Harta Rm141 Juta

What Does Umno S Willingness To Take Back Sacked Members Signal Analysts Weigh In

Six Mps Who Back Pm Anwar No Longer Bersatu Members Says Party Deputy President

Tiktok Didakwa Sedang Menyediakan Algoritma Khas As Daripada Sumber Kod App

Vaksin Si Bulus Seawal Usia Dua Bulan