Apa Guna Belanjawan Paling Besar Jika Kebocoran Berlarutan


 
Rosli Khan -November 6, 2021 

Persoalan utama mengenai belanjawan terbesar negara (RM332.1 bilion) ialah kenapa kerajaan Keluarga Malaysia umum belanja begitu tinggi walaupun tahu pendapatannya jauh daripada mencukupi.
Anggaran kutipan pendapatan cuma RM234 billion, tetapi nak belanja hampir RM100 bilion lebih daripada jumlah itu. Dalam erti kata yang lain, wang dalam dompet cuma RM234 tetapi mahu belanja RM332. Jadi terpaksa berhutang sebanyak RM98.
Begitu juga dengan Bajet 2022; perlu berhutang lagi sebanyak RM98 billion untuk membiayai semua projek dan program yang diumumkan. Itu belum kira hutang beratus bilion ringgit yang sedia ada dan perlu ditanggung.
Justeru, adakah belanjawan sebegini masuk akal?
Belanjawan defisit
Ini kali ke-22 Malaysia membentangkan belanjawan defisit, perbelanjaan melebihi kutipan tahunan. Semenjak 1998 lagi, Malaysia berbelanja melebihi hasil kutipan tahunan.
Ini amatlah tidak meyakinkan kerana hutang negara akan terus memuncak dengan tiada cara yang dibentangkan untuk membayar semula hutang-hutang tersebut.Persoalan dari sudut ekonomi pula ialah, kenapa negara mesti terus berbelanja sedangkan pendapatan yang diunjurkan tidak seberapa, cuma RM234 bilion sahaja. Kenapa tidak adakan belanjawan yang selaras dengan pendapatan?
Jumlah hutang negara semasa telah sampai ke kemuncak yang paling tinggi, mencapai hampir 63.3% peratus dari KDNK. Tetapi strategi kewangan untuk menambah pendapatan tahunan tidak begitu jelas atau kurang memuaskan.
Kerajaan hari ini lagaknya seperti tergesa-gesa untuk terus berbelanja. Apakah mereka terdorong untuk benar-benar membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik?
Atau apakah kerana dorongan politik semata? Apakah belanjawan ini bertujuan memenangi minda dan hati kaum tertentu supaya memilih pemerintah pada PRU yang hampir tiba?
Dorongan berbaur politik sebegini tidak harus berlaku apabila menggubal belanjawan dan menguruskan pentadbiran negara.
Semua kaum dicukai
Cukai yang dikutip setiap tahun adalah hasil kutipan dari semua kaum termasuk di Sabah dan Sarawak.
Begitu juga dengan kutipan hasil bumi negara yang dikutip dari penjualan minyak mentah di wilayah Sabah, Sarawak dan negeri Terengganu.

Hasilnya adalah untuk dinikmati oleh semua kaum di seluruh negara. Jadi apabila belanjawan digubal, ia bukan untuk hanya sesuatu kaum, agama, atau parti politik semata-mata.
Jumlah cukai untuk 2022 hanyalah RM171.374 billion tetapi perbelanjaan operasi ialah sebanyak RM233.5 billion.
Sampai bila negara mesti berbelanja wang yang tidak dimilikinya? Jelasnya negara berhutang lagi untuk menampung perbelanjaan yang berlebihan dan membuka ruang kepada pembaziran dan pemborosan.
Ia semata-mata untuk menanggung beban berikut:

Apa yang terkandung di bawah kategori ‘Lain-lain’ sebanyak RM81.257 bilion tidak dinyatakan dengan jelas. Mungkin untuk membayar hutang, faedah, tanggungan 1MDB, dan berbagai lagi.
Jadi negara berhutang untuk membayar hutang?
Persoalan lain yang timbul dari angka-angka belanjawan ini membuat kita tertanya-tanya:
RM40 billion diberi untuk program Semarak Niaga Keluarga Malaysia?Gaji perkhidmatan awam yang terlalu ramai jumlahnya dan ditambah dengan peruntukan khas.Agensi agama seperti Jakim diperuntukkan dengan wang sejumlah RM1.5 bilion, melebihi belanjawan untuk sesuatu negeri?RM30 bilion disenaraikan untuk tanggungan pelaburan yang tidak jelas tentang penglibatan agensi kerajaan.Kerajaan akan mengeluarkan Sukuk Kelestarian sebanyak RM10 bilion untuk projek-projek sosial dan alam sekitar.Cuma RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan yang mana wangnya masih tiada dan perlu dipinjam.Kebocoran memanjang
RM620 juta kebocoran seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara tidak dibahas di Parlimen dengan bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut.
Rumah Keluarga Malaysia yang atapnya sedang tiris atau bocor mesti dibaiki. Atau cari siapa yang bertanggungjawab ‘menebuk atap’ rumah tersebut.
Kita semua tahu siapa yang bertukang, siapa yang menebuk, dan siapa yang masuk mencuri melalui lubang atap Rumah Keluarga Malaysia ini, sehingga berlaku banyak kebocoran dan ketirisan.
Kebocoran dan ketirisan perlu dibaiki, ditangani, atau dihentikan dengan segera…kalau tidak rumah akan terus rosak dan dimasuki pencuri lagi.
Sekiranya Ketua Eksekutif Rumah Keluarga Malaysia tidak mengambil tindakan segera, lebih banyak wang yang diperuntukkan untuk membaiki, membeli peralatan baharu akan hilang dan dicuri lagi.
Pengalaman lalu membuktikan peruntukan belanjawan yang untuk pembelian barangan atau perbelanjaan untuk rakyat yang memerlukan bantuan, kerap diseleweng dengan licik dan secara berterusan.
Terlalu banyak agensi dan jabatan yang terlibat sehinggakan Kementerian Kewangan sendiri akan ‘kehilangan ingatan’ dan cara untuk memantau perbelanjaan yang diluluskan itu.
Beberapa tahun dari sekarang Ketua Audit Negara akan melaporkan perkara yang sama, tentang kebocoran dan perbelanjaan yang hilang dan tidak dapat diaudit dengan jaya.
Oleh kerana itu, rumah yang dinamakan Keluarga Malaysia ini mempunyai masalah besar selagi segala jenis kebocoran tidak diperbaiki.
Kenapa penghuni rumah, iaitu rakyat, mesti memberi kepercayaan kepada kumpulan yang dikatakan mencuri wang negara? Ini paling tidak rasional.
Mereka yang mencuri mesti dihukum, dipenjara terlebih dahulu, tidak kira sama ada mereka itu dari kalangan bangsawan, kaum serumpun, atau dari golongan yang berpengaruh suatu masa dulu.
Begitu juga dengan kumpulan yang menunggang agama untuk meraih sokongan. Demi politik wang, mereka dikatakan melindungi pencuri dan penyamun.
Mereka ini juga mesti ditolak dari menjadi sebahagian dari kumpulan yang memerintah. Apakah mereka ini semua tiada akal dan buta, tidak dapat melihat kebocoran yang berlaku?
Ada kalangan mereka juga pernah terlibat dalam menebuk atap rumah supaya pencuri dapat masuk dengan senang untuk mencuri dan menggunakan tebukan yang sama sebagai jalan keluar.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/apa-guna-belanjawan-paling-besar-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Sendiri Pani Puri Sedap Paling Simple Guna Resipi Mudah Ni

Buat Sendiri Pani Puri Sedap Paling Simple Guna Resipi Mudah Ni

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 584 hits
Pani Puri atau nama lainnya Gol Gappa adalah salah satu makanan jalanan atau street food popular masyarakat India Enak dan sangat mudah cara penyediaannya Ia sesuai dinikmati bila bila masa Memang kenalah dengan selera orang Malaysia yang b...
Rupanya Guna Cara Tanam Gantung Patutlah Cili Tumbuh Subur Besar

Rupanya Guna Cara Tanam Gantung Patutlah Cili Tumbuh Subur Besar

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 341 hits
Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar Tapi kalau kena tekniknya sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita Sekali tanam tak jadi itu biasa tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri Menerusi perkongsian pet...
Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 409 hits
Gara gara mengecam tindakan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza beriadah menggunakan basikal dan melalui laluan yang salah akhirnya individu ini terciduk kerana dikritik kembali oleh peminat penyanyi lagu Cindai itu Dakwa ind...
Kawan Paling Rapat Di Dunia Boleh Jadi Musuh Di Akhirat Habib Ali Zaenal

Kawan Paling Rapat Di Dunia Boleh Jadi Musuh Di Akhirat Habib Ali Zaenal

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 345 hits
Sendainya ketika aku di dunia besahabat dengan Rasul ini Seandainya aku di dunia tidak bersahabat dengan si fulan itu itu sahabat aku ketika di dunia Sahabat rapat kemana mana pergi berjalan bersama mungkin tidak ada batasan untuk dia pakai...
10 Ebook Yang Paling Ramai Orang Cari Bulan Lalu

10 Ebook Yang Paling Ramai Orang Cari Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 248 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Harapnya anda sentiasa dalam keadaan yang sihat gembira Minggu ini budak budak sekolah cuti panjang sebab ada perayaan Deepavali Dengar kata ramai yang ambil kesempatan untuk pulang ke kampung Anda pun na...
10 Cara Paling Ampuh Untuk Lupakan Awek Lama

10 Cara Paling Ampuh Untuk Lupakan Awek Lama

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 441 hits
Lelaki mana tak pernah crush aku sendiri pun pernah crush Bohonglah kalau korang cakap tak pernah patah hati melainkan kalau korang memang seorang yang memang telah memasang niat untuk tidak bercinta dengan mana mana perempuan sebelum berge...
Jokowi Peringkat Ke 13 Dalam Jajaran Tokoh Muslim Paling Berpengaruh 2022

Jokowi Peringkat Ke 13 Dalam Jajaran Tokoh Muslim Paling Berpengaruh 2022

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 206 hits
Presiden Jokowi masuk dalam jajaran 500 tokoh muslim paling berpengaruh di dunia tahun 2022 Dalam daftar itu Presiden Jokowi menempati peringkat 13 Tak hanya Jokowi terdapat dua ulama asal Indonesia yakni Ketua PBNU Said Aqil Siradj dan ang...
Cara Nak Buat Apam Tapai Nasi Paling Mudah Perap Sekejap Terus Kukus Mudahnya

Cara Nak Buat Apam Tapai Nasi Paling Mudah Perap Sekejap Terus Kukus Mudahnya

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 316 hits
Cuti panjang hujung minggu ini apa kata anda sediakan kuih untuk sajian sekeluarga Nak mudah tapi lain dari yang lain Apam tapai nasi ini paling unik enak dan mudah nak cuba Jom cuba resipi apam tapai nasi ini Lain dari yang lain Jom cuba r...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba