Apa Dah Jadi Bekas Menteri Gesa Putrajaya Saman Goldman Sachs Kerana Salah Nasihat 1mdb


Pasukan khas dicadang dibentuk bagi mendapatkan semula segala aset dan wang berkaitan 1MDB.
PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan II Johari Abdul Ghani mencadangkan kepada Putrajaya supaya menyaman Goldman Sachs atas keputusan salah menasihatkan 1MDB hingga menyebabkan kerugian RM28 bilion (AS$6.5 bilion).

Johari berkata, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap bank pelaburan berkenaan dan sekiranya tidak dilakukan, Putrajaya tidak mempunyai pilihan lain kecuali menambah hutang negara dan menanggung hutang sebanyak RM28 bilion berkenaan.

“Terdapat 3 sumber khusus untuk mendapatkan semula aset dan dana 1MDB. Langkah pertama melalui tindakan undang-undang terhadap Goldman Sachs. Kedua penyelesaian pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) melalui mahkamah timbang tara.
“Seterusnya mendapatkan aset dan wang daripada individu yang menerima manfaat tidak sepatutnya daripada 1MDB,” katanya dalam wawancara bersama TV3, pada 15 Mei lalu.
Pada September tahun lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Goldman Sachs, John Waldron berkata bank itu berusaha menyelesaikan isu berkaitan 1MDB dan memulangkan wang melibatkan firma itu kepada negara.

Bekas menteri kewangan II Johari Abdul Ghani
Namun pada Mac lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memetik 2 sumber yang mengetahui mengenai perkara itu berkata jabatan berkenaan menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

Goldman Sachs dan beberapa eksekutifnya antara individu didakwa berhubung peranan mereka sebagai penaja jamin dan pengatur 3 jualan bon berjumlah AS$6.5 bilion untuk 1MDB.

Johari berkata, beliau sendiri sudah bertemu dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bagi memberikan nasihat kepadanya mengenai tindakan yang perlu dilakukan Putrajaya bagi mendapatkan kembali wang 1MDB.

“Kita perlu berjuang dengan apa saja cara,” katanya.
Bahkan beliau turut meminta Putrajaya bertindak tegas untuk tidak menerima sebarang penyelesaian dengan mudah. Baginya, nilai aset dan jumlah wang yang dikembalikan kepada negara perlulah setimpal dan wajar.

“Saya ingat pasal kerajaan ini baru, jadi dia masih tidak faham keseluruhan gambaran berhubung kes ini. Jadi, apa yang saya hendak tekankan, kita jangan buat penyelesaian kalau tidak tahu gambaran keseluruhan sebenar kes.“Gambaran keseluruhan sebenar kes perlu kita tahu baru kita boleh berunding. Kalau kita pergi berunding, tetapi kita tidak tahu gambaran keseluruhan sebenar kes, nanti orang akan mengubah kita, ini sangat penting,” katanya.
Johari turut mencadangkan satu pasukan khas dibentuk bagi mendapatkan semula segala aset dan wang berkaitan 1MDB, termasuk melantik wakil kerajaan untuk berbincang bersama DoJ.

Beliau turut menyatakan kesediaan membantu Putrajaya mendapatkan semula aset dan wang 1MDB.

“Saya kaji semua masalah ini dan cuba dapatkan gambaran tentang semua perkara ini dan sebab itu saya tidak bersetuju dengan penyelesaian dengan IPIC, saya tidak tandatangan sebarang dokumen dengan IPIC sebab saya percaya boleh dapat duit balik,” katanya.
Semasa Putrajaya dipimpin Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, keutamaannya adalah untuk mendapatkan kembali dana itu, yang dipercayai hilang melalui 1MDB termasuk menuntut pampasan AS$6.5 bilion daripada Goldman Sachs kerana penglibatannya dalam hal 1MDB.

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/05/apa-dah-jadi-bekas-menteri-gesa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasihat Dan Amaran Berakhir Pkp Boleh Dilaksanakan Semula Kata Menteri

Nasihat Dan Amaran Berakhir Pkp Boleh Dilaksanakan Semula Kata Menteri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 406 hits
KERAJAAN memutuskan fasa nasihat dan amaran berakhir hari ini dan mereka yang didapati melanggar peraturan serta prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikenakan tindakan undang undang Menteri Kanan Kluster Ke
Pemain Badminton Indonesia Mengaku Rasuah Bekas Menteri Sukan

Pemain Badminton Indonesia Mengaku Rasuah Bekas Menteri Sukan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 502 hits
Seorang pemain badminton Indonesia yang pernah bergelar juara dunia 2005 dan juara Olimpik 2004 itu mengaku sebagai perantara dalam kes rasuah bekas Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi yang memegang jawatan tersebut dari tahun 20...
Kediaman Milik Bekas Timbalan Menteri Kpdnhep Terbakar

Kediaman Milik Bekas Timbalan Menteri Kpdnhep Terbakar

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 411 hits
KUCHING 7 Mei Kediaman milik bekas timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen di Jalan Nyiur di sini terbakar kira kira pukul 4 54 petang tadi Penolong Pengarah Operasi Jabata...
Pkr Sabah Gesa Bekas Ketua Wanita Tinggalkan Parti Dengan Cara Terhormat

Pkr Sabah Gesa Bekas Ketua Wanita Tinggalkan Parti Dengan Cara Terhormat

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 513 hits
Bekas ketua wanita PKR Sabah Rahimah Majid KOTA KINABALU PKR Sabah hari ini memberi amaran kepada bekas ketua wanitanya Rahimah Majid yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap presiden parti itu sehari selepas beliau mendakwa Anwar Ibrahi...
Bekas Menteri Akan Dipanggil Selepas Pembantu Ditahan Dalam Kes Babit Pemaju Kl

Bekas Menteri Akan Dipanggil Selepas Pembantu Ditahan Dalam Kes Babit Pemaju Kl

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 403 hits
May 17 2020 5 41 PMPolis dijangka menyoal siasat pegawai DBKL dan seorang bekas menteri di bawah kerajaan PH KUALA LUMPUR Bukit Aman memulakan siasatan ke atas dakwaan rasuah membabitkan seorang bekas menteri di bawah kerajaan Pakatan Harap...
Bekas Ketua Menteri Ali Rustam Tyt Melaka Yang Baharu

Bekas Ketua Menteri Ali Rustam Tyt Melaka Yang Baharu

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 678 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam dikatakan bakal menjadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang baharu Sekiranya benar pelantikan TYT Ke 7 itu melakar sejarah kerana selepas 63 tahun apabila menjadi anak negeri yang...
Yang Kalah Saman Balak Rm1 Bilion Kerajaan Pas Terengganu

Yang Kalah Saman Balak Rm1 Bilion Kerajaan Pas Terengganu

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 542 hits
She SalTetapi KERAJAAN PAS KEDAH PULA KECOH DENGAN SAMAN BALAK RM1 BILION YANG TAK UJUD Rakus sungguh lebai ni Kerajaan PAS yang baharu beberapa hari membentuk kerajaan di Kedah hendak membuka semula konsesi balak konon untuk mengelak bayar...
Pelakon Zarina Anjoulie Fail Saman Fitnah Rm3 Juta Terhadap Amyza Aznan

Pelakon Zarina Anjoulie Fail Saman Fitnah Rm3 Juta Terhadap Amyza Aznan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 419 hits
Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap rakannya Amyza Aznan berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional daripada kerajaan kesan waba...
Zarina Anjoulie Saman Amyza Aznan Rm3 Juta Gara Gara Covid 19

Zarina Anjoulie Saman Amyza Aznan Rm3 Juta Gara Gara Covid 19

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 540 hits
Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap rakan seperjuangannya Amyza Aznan berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional oleh kerajaan b...
Terculik Sana Tertukar Sini

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day