Apa Beza Kehidupan Seorang Blogger Single Vs Blogger Yang Sudah Berkahwin


Assalamualaikum
Bismillah

Sejak 2 bulan tak update blog, aku punya semangat mahu menulis blog pun merundum. Alhamdulillah, sekarang dah ada laptop tetapi semangat nak menulis tu tiba-tiba hilang. 
Terlalu lama senyap, nak kumpul momentum untuk naik balik pun payah juga ya. Bukan tak ada idea. Aku punya draft kat nota tu banyak sangat benda nak kongsikan di blog ini

Sejujurnya tak tahu macam mana mahu mula balik. Sejak kahwin memang banyak yang berubah. Mungkin inilah yang dinamakan proses 'adaptation'. Haha~ 
Alhamdulillah, suami aku seorang yang sangat memahami kerjaya sebagai seorang blogger dan sangat supportive. Malah selalu tanya bila aku nak start buat kerja blog? Hahaha~
Sejak dah bergelar isteri ini macam tak percaya saja sebenarnya dah bersuami. Jodoh sampai pada waktu yang tepat dan perjalanan Allah SWT tu sangat cantik. 
Oleh kerana semangat menulis blog itu jatuh, jadi mungkin dengan bercerita santai macam ini mood menulis tu pun kembali. 
Jadi sajalah nak berkongsi perasaan from single to married nie macam mana. Salah satu yang aku suka selepas kahwin ini aku banyak belajar memasak hahaha~


Dulu sebelum kahwin bukannya tak rajin memasak cuma selepas kahwin rajin memasak tu berkali-kali ganda. Alhamdulillah. Jadi buat yang risau pandai masak atau tidak macam aku dulu. Automatik memang jadi pandai masak juga sebab kalau tak masak, suami nak makan apa kan? haha.. 
Yang penting rajin saja. Pandai masak tapi malas pun tak boleh juga kan

Mungkin selepas ini tak lama lagi blog ini penuh dengan entri resepi pula. Hari-hari pun ada saja resepi baru nak buat cuma belum rajin lagi nak tulis kat blog. 
Sebenarnya banyak sangat yang berubah sejak aku kenal dengan suami. InsyaAllah, perubahan ke arah yang lebih baik. Tak tahu nak ucap syukur macam mana lagi dengan Allah SWT kerana mempertemukan kami berdua sehinggalah dapat bersama

Persoalan hidup yang selama ini aku cari terjawab selepas kahwin. MasyaAllah memang hebat rencana Allah SWT. 
Memang betul apa yang kita inginkan selama ini mungkin tidak baik buat kita. Tetapi apa yang Allah berikan InsyaAllah itulah yang terbaik. Samada ujian kesenangan dan kesusahan, kehilangan ataupun kehadiran seseorang dalam hidup kita. Semuanya bukan kebetulan

Apa beza kehidupan seorang blogger Single vs blogger yang sudah berkahwin?
Banyak sangat perbezaannya. Salah satunya adalah masa! Dulu sebelum kahwin nak bangun lewat pun takda masalah. Dah kahwin bukan tak boleh bangun lambat, tetapi sayang suami kan. Dulu bolehlah stay up sampai tengah malam. Sekarang cubalah stay up kalau ada suami. Hahaha~
Selain itu, aku ini dulu kalau buat kerja blog tak tengok masa tau. Orang email tengah malam kalau aku belum tidur pun boleh sempat lagi nak reply. Dah berumahtangga memang tak buat macam tu lah

Alhamdulillah, syukurlah sebab selalu ada yang bagi nasihat dan teguran mana yang baik dan buruk. Sebelum ini bukan tak tahu mana yang baik atau buruk. Cuma mungkin rasa benda tu takpa kot sebab bukannya ada apapun. 
Tetapi apabila dah bersuami, banyak benda yang perlu dijaga. 
Rutin harian pun banyak yang berubah selepas kahwin ni. Dulu memang sibuk lah nak urus adik-adik pergi sekolah, kemas rumah lagi sebab ibu bapa bekerja. Jadi masa berblog pun memang pada sebelah malam. 
Apabila dah kahwin, tinggal pun berjauhan dengan keluarga, banyak sangat yang berubah dari segi pengurusan masa. Kiranya lebih ikut masa suami lah. Dan lebih banyak masa senggang pada waktu pagi. Malam memang tak nak berblog sebab tu aku jarang dah reply message macam sebelum ini. 
Kedua, sebelum berkahwin lebih fokus kepada keluarga. Ibu dan bapa kita. Kalau ramai adik-beradik lagi macam aku, memang kena urus adik-adik. 
Nak ambil job menulis apapun family tak kisah sangat juga as long apa yang aku buat tu benda yang baik. Setiap perbuatan kita memang tanggungjawab kita, jadi kena pandailah fikir sendiri kan mana baik dan buruk. 
Dah kahwin, fokus utama memang suami saja. Apa-apa perkara kena bincang, minta pendapat, dan buat keputusan bersama. 
Tak boleh buat keputusan sesuka hati. Apa sahaja keputusan pasti bagi impak yang besar dalam rumahtangga walaupun hal yang remeh-temeh

Misalnya nak buat review produk kena minta izin suami okay tak ambil job ini. Ataupun apa-apa job menulis memang banyak bincang dengan suami dulu. Bukan tak boleh buat keputusan sendiri, tetapi sebaik-baiknya minta pendapat suami lah kalau aku. 
Tiada yang banyak berubah sangat sebenarnya. Cuma nak menyesuaikan diri lagi dengan persekitaran baru dan ambil masa untuk cari masa yang sesuai apabila berblog. Biasalah kerja blogger ini tak macam kerja yang ada masa pejabat. Kita yang kena urus masa sendiri

Aku cuma kongsikan sahaja buat kenangan di sini. Lain hari bolehlah baca balik. Aku percaya masa berblog bagi wanita yang berkerjaya mahupun suri rumah yang mempunyai anak pun berbeza. 
Sekian itu sahaja perkongsian hari ini. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/02/single-vs-married-life.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
I Could Only See My Kids For An Hour Laments Single Mum

I Could Only See My Kids For An Hour Laments Single Mum

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 278 hits
Loh Siew Hong is upset she was only able to see her children for about an hour despite earlier promises GEORGE TOWN A single mother who has to contend with her children being converted to Islam without her permission was today dealt another...
Let Single Mum Have Kids But They Must Remain Muslims Says Penang Mufti

Let Single Mum Have Kids But They Must Remain Muslims Says Penang Mufti

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 197 hits
Wan Salim Wan Mohd Noor said reversing the conversion of the three children will muddy the good ties between Hindus and Muslims in the country GEORGE TOWN The mother in the centre of a unilateral conversion case Loh Siew Hong should be give...
Popular Dengan Lagu Way Back Home Shaun Akan Kolaborasi Dengan Yuna Untuk Single Baru

Popular Dengan Lagu Way Back Home Shaun Akan Kolaborasi Dengan Yuna Untuk Single Baru

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 188 hits
Penyanyi dan penulis lagu Korea Shaun akan bekerjasama dengan penyanyi popular Malaysia Yuna untuk projek kolaborasi akan datang Menurut Shaun dan Yuna akan mengeluarkan single kolaborasi So Right yang pernah di hint oleh Shaun pada bulan D...
I Just Want To Cry Single Mom Barred From Seeing Kids After Reunion

I Just Want To Cry Single Mom Barred From Seeing Kids After Reunion

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 200 hits
Single mother Loh Siew Hong is still not united with her three children despite finally tracking down their location after they were taken away by her estranged husband and unilaterally converted to Islam three years ago The three children ...
Welfare Dept To Care For Single Mum S 3 Children Till Court Hearing

Welfare Dept To Care For Single Mum S 3 Children Till Court Hearing

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 223 hits
The three children will now be staying at Rumah Taman Sinar Harapan a welfare department facility in Jitra Kedah GEORGE TOWN The children of a divorcee who were allegedly under the care of religious authorities in Perlis have been placed wi...
Senarai Famous Blogger Malaysia Tahun 2022

Senarai Famous Blogger Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum Pertanyaan yang kerap Fiza dapat bila publish artikel di FB Macam mana nak jadi blogger Macam mana nak buat blog Sebenarnya nak buat blog itu senang tapi nak maintain menulis di blog itu yang agak sukar dan kalau boleh janga...
Yay Jovian X Siti Nurhaliza 3 Ply Monogram Mask Hadiah Dari Blogger Ako Retna Dah Sampai

Yay Jovian X Siti Nurhaliza 3 Ply Monogram Mask Hadiah Dari Blogger Ako Retna Dah Sampai

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 265 hits
Yay Jovian X Siti Nurhaliza 3 Ply Monogram Mask Hadiah dari Blogger Ako Retna Dah Sampai Alhamdulillah rezeki menjadi salah seorang Itupun nama dah dekat nak hujung hujung Pernah jadi top pengomen dan Julai kat blog beliau Barang apa Nona d...
Miliki Sabu Seorang Polisi Pengawal Pribadi Gubernur Kepri Dipecat

Miliki Sabu Seorang Polisi Pengawal Pribadi Gubernur Kepri Dipecat

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 143 hits
Polisi berinisial ARG yang menjadi pengawal pribadi Gubernur Provinsi Kepulauan Riau Ansar Ahmad dipecat karena terlibat kasus kepemilikan sabu seberat 6 7 kilogram
Cemburu Istri Didekati Seorang Pria Ajak 2 Orang Tikam Teman

Cemburu Istri Didekati Seorang Pria Ajak 2 Orang Tikam Teman

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 138 hits
Edhy sapaan akrabnya mengungkapkan motif IK menikam korban diduga cemburu karena istrinya didekati IK mendapatkan kabar jika istrinya selingkuh dengan korban
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet