Apa Beza Air Ketuban Tanpa Darah Bercampur Darah Betul Ke Keadaan Air Ketuban Memberikan Tahap Kesakitan Berbeza


Kata orang, keadaan air ketuban ketika hendak bersalin akan memberikan tahap kesakitan yang berbeza. Sejauh manakah pernyataan ini benar? Perkongsian Dr Norkedah Rahani, doktor kanan perbidanan dan sakit puan Hospital Pusrawi Kuala Lumpur.

AIR KETUBAN TANPA DARAH
MITOS: Ibu mengalami pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.
FAKTA: Tiada fakta dan kajian yang menyokong fakta ibu mengalami pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.
Kontraksi dengan lelehan air ketuban ialah keadaan di mana ibu mengalami air ketuban pecah dalam bentuk air jernih dan tidak berbau. Jika ia berlaku sebelum kontraksi (37minggu ke atas) maka ia dinamakan premature rupture of membrane iaitu koyakan pada lapisan kantung ketuban.
Koyakan ini boleh berlaku melebihi 24 jam sebelum waktu bersalin dan melibatkan kira-kira 10% ibu yang mengandung di mana kebocoran air ketuban dan cairan faraj tanpa ada rasa sakit kontraksi. Jika berlaku melebihi 24 jam sebelum kontraksi untuk bersalin tindakan selanjut perlu dilakukan untuk mempercepatkan kelahiran dengan kaedah cetusan kelahiran iaitu indius pecah. Hal ini jika tidak ditangani segera, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada bayi dan uri.
AIR KETUBAN BERCAMPUR DARAH
MITOS: Ibu yang mengalami keluarnya darah dan bersama air ketuban keadaan dikatakan akan mengalami rasa kontraksi yang lebih kuat dan menyebabkan proses kelahiran mengambil masa yang lama.
FAKTA: Mitos ini tidak benar. Kecepatan proses kelahiran tidak bergantung dengan keadaan-keadaan ini. Dalam perubatan, doktor tidak boleh membuat jangkaan tentang tempoh kelahiran yang bakal dialami oleh pesakit menerusi tanda-tanda awal kelahiran seperti ini.
Memang terdapat keadaan di mana ibu-ibu mengalami pendarahan pada awal proses kelahiran yang keluar bersama dengan air ketuban. Ia disebabkan oleh terbukanya pintu rahim. Kemungkinan besar ia adalah mucus plug yang berbentuk jeli yang berfungsi menghalang bakteria dan jangkitan kepada bayi di dalam kandungan.
3 tanda perlu ke hospital
Ibu-ibu yang mula mendapat tanda-tanda kelahiran perlu segera ke hospital. Jangan lupa membawa kad rawatan antenatal dan beg hospital bersama. Berikut antara tanda-tanda yang perlu diambil serius.
Keluar air ketuban iaitu air jernih yang tak berbau. Bila ibu hamil merasakan adanya cairan yang keluar dan keluarnya tidak dapat ditahan, itu menandakan bahawa air ketuban sudah pecah. Normalnya, cairan ketuban tidak berbau, bersih dan jernih. Segera ke hospital apabila air ketuban sudah pecah walau pun anda tidak merasakan kontraksi sebelumnya. Pecahnya air ketuban yang tidak disertai kontraksi dan rasa memulas, menandakan bahawa ibu hamil mengalami ketuban pecah awal sebelum tanda-tanda persalinan muncul. Segera ke hospital kerana anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Sakit kontraksi yang berulang-ulang dalam tempoh 30 minit sekali. Ia adalah rasa mulas dan nyeri di bahagian bawah punggung atau pinggang serta kekejangan yang tidak kunjung hilang walau pun anda telah cuba mengubah posisi. Ia berlaku secara teratur dengan jarak yang semakin pendek (3-5 minit), dan tempoh sekitar 45 hingga 60 minit. Keluar darah berserta lendir. Ia menandakan terlepasnya sumbatan tebal (mucus plug) pada leher rahim yang menandakan telah terjadi pembukaan dan penipisan pada serviks. Pengeluaran darah dan lendir dapat terjadi beberapa hari sebelum kelahiran. Hubungi doktor segera sekiranya terjadi perdarahan yang hebat. Mucus plug ialah lendir yang kental yang berfungsi menyekat sebarang jangkitan uterus kepada uterus dan kandungan. Saiznya kira-kira empat hingga lima sentimeter di dalam servis atau dua sudu besar apabila terkeluar di awal proses kelahiran.
 
The post Apa Beza Air Ketuban Tanpa Darah & Bercampur Darah? Betul Ke Keadaan Air Ketuban Memberikan Tahap Kesakitan Berbeza appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/apa-beza-air-ketuban-tanpa-darah-bercampur-darah-betul-ke-keadaan-air-ketuban-memberikan-tahap-kesakitan-berbeza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui Punca Darah Dalam Air Kencing

Ketahui Punca Darah Dalam Air Kencing

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 437 hits
FMT Reporters Menyedari kewujudan darah dalam air kencing anda semestinya sesuatu yang merisaukan baik untuk lelaki wanita muda mahupun tua Dalam kelas perubatan punca punca kewujudan darah dalam air kencing dibahagikan kepada dua iaitu dar...
Tak Perlu Khuatir Jika Terminum Air Bercampur Dengan Mayat Hukumnya Adalah Harus Mufti N9

Tak Perlu Khuatir Jika Terminum Air Bercampur Dengan Mayat Hukumnya Adalah Harus Mufti N9

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 299 hits
Susulan penemuan mayat dalam tangki air di FELDA Palong 12 penduduk di sekitar mula bimbang dengan kesucian air di kawasan itu dan mula membeli air mineral dalam kuantiti yang banyak Keadaan itu juga turut menjejaskan perniagaan kedai makan...
Kebaikan Minum Air Putih Pada 4 Waktu Yang Betul Baru Cantik Dan Sihat

Kebaikan Minum Air Putih Pada 4 Waktu Yang Betul Baru Cantik Dan Sihat

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 304 hits
Kebaikan Minum Air Putih Pada 4 Waktu Yang Betul Baru Cantik Dan Sihat Minum air pun ada caranya bukan ma in sebarang je Sebab tu orang tua pesan jangan minum air selepas makan kerana akan menyebabkan perut bunc it Sebenarnya pan tang laran...
Hujah Tmj Betul Betul Tak Cerdik

Hujah Tmj Betul Betul Tak Cerdik

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 471 hits
Kumpulan peguam Lawyers for Liberty mengkritik hujah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menentang usaha Malaysia meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa Hujah seperti ini betul betul tak cerdik dan tidak mata...
Siapa Cakap Ibu Mengandung Tak Perlu Pakai Tali Keledar Keselamatan Ikut Cara Yang Betul Ini

Siapa Cakap Ibu Mengandung Tak Perlu Pakai Tali Keledar Keselamatan Ikut Cara Yang Betul Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1131 hits
The ReporterSiapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan Jika ada mungkin anda perlu membaca penjelasan daripada doktor ini ya kerana keselamatan ibu mengandung dan kandungannya adalah wajib diutamakan lebih lebih lag...
Kecoh Acap Tiada Di Gopeng Kalau Betul Dia Di Johor Ini Komen Mengejut Abang Acap

Kecoh Acap Tiada Di Gopeng Kalau Betul Dia Di Johor Ini Komen Mengejut Abang Acap

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 661 hits
HARI ke 18 misi pencarian peserta larian Gopeng Ultra Trail 2019 Mohamad Ashraf Hasan dihangatkan dengan pelbagai spekulasi dan teka teki mengenai lokasi sebenar pemuda itu hingga pasukan sukarelawan menemui jalan buntu Kenyataan beberapa s...
Hukum Shaf Wanita Bercampur Dengan Laki Laki

Hukum Shaf Wanita Bercampur Dengan Laki Laki

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 280 hits
Jika shaf shalat wanita bercampur dengan shaf laki laki tanpa ada hajat hukumnya makruh akan tetapi shalatnya sah Karena perintah agar shaf wanita terpisah berada di belakang shaf laki laki hanya bersifat istihbab bukan perkara yang wajib y...
Berstoking Masa Pantang Bukan Sebab Angin Masuk Pakai Ted Stoking Banyakkan Bergerak Elak Darah Beku

Berstoking Masa Pantang Bukan Sebab Angin Masuk Pakai Ted Stoking Banyakkan Bergerak Elak Darah Beku

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 319 hits
Pemakaian stoking oleh ibu ketika berpantang adalah amalan yang baik tapi tidaklah wajib Pastikan anda memilih stoking yang sesuai supaya ia tidak mengganggu pengaliran darah Perkongsian daripada jururawat Puan mengenai amalan memakai stoki...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas