Apa Berlaku Pada Dan Sebelum 13 Mei 1969


Oleh : Arif Atan

Apa berlaku pada dan sebelum 13 Mei 1969?

Bandingkan sejumlah penulisan dalam Malaysiakini semalam dengan disertasi MA Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya bertajuk "13 Mei 1969 : Sejarah Hitam Hubungan Kaum Melayu dan Cina di Kuala Lumpur" (2006) oleh Abdul Rahman bin Ibrahim.




Disertasi ini kemudiannya dibukukan dengan judul "13 Mei 1969 di Kuala Lumpur" dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2011.

Dan dalam disertasi ini tidak ada ungkapan, "Tidak semua faktanya dapat disahkan" seperti awal-awal dinyatakan dalam nota editor Malaysiakini.

Dalam Bab 6 ada didokumentasikan pengalaman sejumlah individu yang diwawancara. Mereka terdiri daripada lapan orang Melayu, dua Cina dan seorang India.

Kita boleh nilaikan penulisan ilmiah tersebut jauh berbeza dengan cara laporan Malaysiakini dalam siri mengimbau 13 Mei itu.

Kita juga boleh mengesan bagaimana PUNCA meletusnya pergaduhan kaum itu serta bentuk perkauman yang wujud pada waktu itu.

Lihat saja pada peta di bawah, siapa yang melakukan perarakan provokasi dan siapa yang melakukan perarakan balas. Liputan kawasan perarakan juga memberi gambaran kepada kita siapa yang membakar api kemarahan.

Pada masa sama, pemetaan kawasan terlibat dengan pertumpahan darah itu juga boleh dikenalpasti. (Dalam salinan kembali ini, saya hurufbesarkan tempat terlibat).

Tidak berpakaian batik

Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang ketika itu berjawatan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) memberitahu beliau, isterinya orang Inggeris dan anak mereka Susan Karen Radzi berjaya meloloskan diri dari Panggung Federal walaupun mulanya ditahan secara kasar oleh lelaki bersenjata parang.

Tanpa menyebutkan identiti kaum lelaki bersenjatakan parang yang merupakan antara berpuluh-puluh orang bersenjatakan besi runcing, parang, lembing, botol dan besi paip yang sebelum itu memecahkan pintu tingkat bawah pawagam tersebut, apa yang ditulis ialah:

"Mungkin kerana beliau (Radzi) tidak berpakaian batik dan berkulit cerah, tambahan pula isterinya seorang wanita Irish, lelaki bersenjata itu melepaskannya."

Menarik juga pengalaman pekerja LOMBONG SUNGAI BESI Mines Tin Dredging Limited turut dirakamkan.

Mat Aini Haji Kassim yang ketika ditemubual berusia 65 tahun berkata, sentimen perkauman telah lama dirasai sebelum tercetusnya 13 Mei ketika beliau bekerja di lombong yang terdiri daripada majoriti pekerja Cina itu.

Menurutnya, mandur lombong berbangsa Cina dikenali sebagai Yap Kiau agak kasar dan keras terhadap pekerja Melayu sebaliknya bersikap lebih lunak dan lembut dalam memberikan layanan kepada pelombong Cina.

Katanya lagi, dalam tempoh berkempen PRU 1969, walaupun tiada insiden buruk berlaku antara pelombong Melayu dan Cina tetapi suasana mesra yang wujud sebelumnya agak terganggu.

Seorang lagi pekerja lombong itu ialah Tuan Haji Samad Mat Sah, 72 tahun. Berperanan sebagai Ketua Pelombong Melayu, ujarnya, dalam tempoh satu hingga dua minggu menjelang Pilihan Raya 1969, memang terasa wujud rasa resah dan saling curiga antara pelombong Melayu dan Cina.

Hinggakan pihak pengurusan lombong mengeluarkan arahan melarang semua pelombong Melayu dan Cina berbual atau berbincang apa sahaja topik melainkan hal-hal kerja ketika bertugas.

Seorang lagi yang ditemubual, Hamzah Singah, 62 tahun memberitahu ketika itu parti pembangkang hangat menggembar-gemburkan hal berkaitan hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Rapat umum parti pembangkang ketika itu banyak dihadiri oleh kaum Cina.

Chong Thean Huat dari Kepong yang turut terlibat dalam perarakan mayat Lim Soon Seng pada 9 Mei 1969 pula bercerita tentang pergaduhan antara orang Cina dengan orang Melayu tercetus di JALAN PEEL, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, KAMPUNG BARU, KAMPUNG PANDAN dan KAMPUNG KERINCHI. Bagi Chong Thean Huat, pergaduhan Melayu dan Cina di Kuala Lumpur berpunca dari Kampung Baru.

Ramasamy yang ketika tragedi berdarah itu berlaku tinggal di kuarters KTM SENTUL. Beliau sendiri melihat depan mata bagaimana kumpulan orang Cina berarak membawa senjata tajam seperti pedang dan lembing berpakaian ala ninja dan dalam keadaan seperti mahu mengamuk.

Katanya, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina di PASAR SENTUL. Banyak tompokan darah di atas jalan raya.

Kesat dan lucah

Pengalaman individu yang ditemubual pengkaji itu juga menjelaskan kepada kita bahawa pertempuran berdarah orang Cina dan Melayu bukan secara tiba-tiba tercetus pada 13 Mei 1969.

Tuan Haji Azahari Mohd Nor, 59 tahun ketika ditemubual berada di Kampung Pandan di rumah ibunya semasa peristiwa itu berlaku. Katanya, dua atau tiga hari sebelum berlakunya pertumpahan darah itu, berlaku kejadian orang Cina di PASAR PUDU memaki hamun orang Melayu dengan kata-kata kesat dan lucah.

Begitu juga semasa mengadakan perarakan, ada dalam kalangan mereka yang meludah ke arah orang Melayu yang lalu di tepi jalan dan ada juga yang kencing dari atas lori.

Haji Azahari juga berkata, kumpulan orang Cina dari AMPANG cuba masuk ke kawasan Kampung Pandan. Beliau yang menyertai kumpulan berkawal di kampung itu berjaya menghalau mereka.

Menurut Tuan Haji Dr Mohd Nor Omar, 52 tahun pada waktu berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, beliau masih berusia 16 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Alam Shah di Jalan Tenteram, CHERAS.

Pada malam kejadian, Haji Dr Mohd Nor bersama-sama pelajar tingkatan lima dan enam berkawal di kawasan sekolah. Namun, mereka kemudiannya lari masuk ke bilik asrama apabila ada orang Cina cuba memanjat pagar sekolah. Ketika itu, beliau dapat melihat kepulan asap di banyak tempat di kawasan Cheras dan sekitarnya.

Tuan Haji Mohd Ariff Ab. Ghani ketika itu tinggal di KAMPUNG DATUK KERAMAT. Ketika kejadian beliau yang pandai silat terus ke Kampung Baru dan berkampung di Balai Datuk Harun. Katanya, banyak mayat bergelimpangan di atas jalan raya dekat PANGGUNG ODEON.

Dalam bukunya terbitan 1992, Tan Sri Aishah Haji Abdul Ghani juga ada merakamkan detik-detik cemas rusuhan 13 Mei 1969.




Ketika memandu kereta bernombor BJ 863 dari dusun durian di Batu 9, Gombak mahu pulang ke rumahnya di Jalan Daud, Kampung Baru, Tan Sri Aishah melihat ratusan anak muda Melayu membawa parang, lembing, dan kapak berarak menuju ke sebuah kilang di SETAPAK sambil melaungkan kata-kata:

"Orang Melayu sudah cukup sabar, mereka ini perlu diajar".

Tan Sri Aishah juga berasa marah apabila teringat akan bahasa kesat yang dilemparkan oleh orang Cina di PASAR CHOW KIT terhadap orang Melayu.

Namun, Tan Sri Aishah memberitahu beliau berjaya menyelamatkan seorang pemuda Cina yang bertugas dengan Tentera Laut Diraja Malaysia lari lintang-pukang tanpa berkasut terus masuk ke rumahnya untuk mendapatkan perlindungan. Sebelum itu, pemuda Cina tersebut pulang bercuti dan pergi menonton wayang di PANGGUNG FEDERAL.

Tan Sri Aishah juga menyelamatkan beberapa kanak-kanak Cina. Salah seorang budak perempuan Cina itu telah dihantar ke rumah keluarganya di Sungai Besi oleh suaminya.

Kata Tan Sri Aishah, sekitar jam 6 petang pada 13 Mei 1969, api menjulang tinggi dan beberapa buah kenderaan dibakar. Menjelang senja keadaan semakin huru-hara. Rumah beliau di JALAN DAUD pula menjadi tempat orang ramai mencari perlindungan. Kira-kira jam 11 malam, Tan Sri Aishah melihat sendiri bangunan empat tingkat di PASAR CHOW KIT dibakar. Api yang marak boleh dilihat di rumahnya di Kampung Baru.

Tan Sri Aishah menceritakan peristiwa sedih tentang kanak-kanak cacat di KAMPUNG PASIR yang tidak dapat melarikan diri bersama-sama keluarganya ketika rumahnya dibakar.

Juga seorang ibu Melayu dari Kajang kehilangan dua anak lelakinya yang dibunuh di Panggung Federal Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, usah lagi memarakkan api perkauman dengan menyusun naratif seolah-olah orang Melayu begitu zalim sehingga tiba-tiba sangguh membunuh kaum lain manakala orang Cina pula begitu terlalu serba-serbi teraniaya lagi tertindas semasa peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Hari ini selepas 50 tahun Tragedi 13 Mei, buktikan keikhlasan kita sebagai warganegara Malaysia yang tidak lagi berkiblatkan Tanah Besar China atau India.

Setiap rakyat Malaysia mesti hidup saling menghormati, fasih dan menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam segala urusan harian termasuk ketika bercakap di khalayak ramai, mengamalkan Rukun Negara, menghormati semangat Perlembagaan, mengagihkan kek ekonomi, tidak mencampuri urusan agama Islam, bersekolah di Sekolah Kebangsaan serta bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/apa-berlaku-pada-dan-sebelum-13-mei-1969.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengenang Pembunuhan Dan Huru Hara 13 Mei 1969

Mengenang Pembunuhan Dan Huru Hara 13 Mei 1969

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 569 hits
Rencana berikut mengisahkan insiden berdarah rusuhan 13 Mei 1969 Episod gelap ini terlalu memedihkan sehingga dianggap tabu dan rahsia Kami singkap semula kisah ini untuk bacaan generasi rakyat Malaysia yang lahir selepas rusuhan yang berla...
50 Tahun Tragedi 13 Mei 1969

50 Tahun Tragedi 13 Mei 1969

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 681 hits
Insiden berdarah 13 Mei 1969 yang berlaku hanya tiga hari selepas pilihan raya umum ke 3 menjadi detik hitam yang tidak dapat dipadam dalam lipatan sejarah negara Biarpun berpuluh tahun berlalu 13 Mei masih digunakan sebagai senjata oleh se...
Provokasi Dap Punca Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 Abu Zahar

Provokasi Dap Punca Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 Abu Zahar

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 677 hits
KUALA LUMPUR Peristiwa hitam yang membadai negara menyaksikan pertembungan berdarah antara kaum ketika 13 Mei 1969 berpunca daripada provokasi dan tindakan biadap anggota parti tamak haloba DAP Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Z...
Emas Menolak Momentum Harga Yang Lebih Rendah Tetapi Harga Boleh Berbalik 17 Mei 2019

Emas Menolak Momentum Harga Yang Lebih Rendah Tetapi Harga Boleh Berbalik 17 Mei 2019

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 409 hits
Pasaran dagangan harga Emas didorong lebih rendah dengan ketara selepas mencapai kawasan harga AS 1300 dengan sesi penutupan harian ekoran daripada laporan ekonomi AS yang positif membantu dolar untuk mendapatkan momentum Harga jatuh Harga ...
Analisis Aud Chf Untuk 17 Mei 2019 Aud Kehilangan Momentum

Analisis Aud Chf Untuk 17 Mei 2019 Aud Kehilangan Momentum

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 316 hits
Pasangan mata wang AUD CHF telah didagangkan dalam arah aliran menurun selepas menembusi di bawah kawasan sokongan 0 7050 dengan sesi penutupan harian Laporan ekonomi yang lebih buruk daripada jangkaan dari Australia meletakkan mata wang ne...
Polri Sebut Terduga Teroris Bogor Berencana Ledakkan Bom Depan Kpu Saat 22 Mei

Polri Sebut Terduga Teroris Bogor Berencana Ledakkan Bom Depan Kpu Saat 22 Mei

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 197 hits
Menurut Brigjen Dedi adanya gembar gembor pergerakan massa ke Jakarta pada 22 Mei mendatang justru menjadi momentum bagi para teroris untuk mencari eksistensi
Hendropriyono Minta Provokator Aksi 22 Mei Wajib Ditangkap Dan Diasingkan

Hendropriyono Minta Provokator Aksi 22 Mei Wajib Ditangkap Dan Diasingkan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 191 hits
Kepala Badan Intelijen Negara era awal Presiden Megawati Soekarnoputri AM Hendropriyono percaya pemerintah sudah mengantisipasi untuk menghadapi aksi 22 Mei mendatang Sebab pemerintah sudah mengidentifikasi orang orang yang berpotensi menja...
Bitcoin Dikejutkan Kenaikkan Harga Dengan Penurunan Kuat Di Bawah As 7500 17 Mei 2019

Bitcoin Dikejutkan Kenaikkan Harga Dengan Penurunan Kuat Di Bawah As 7500 17 Mei 2019

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 418 hits
Pasaran dagangan Bitcoin baru baru ini merosot merendahkan kecenderungan menaik Harga berada di bawah kawasan AS 7500 dengan momentum yang kuat Tekanan penurunan meningkat apabila momentum menaik lemah Penganalisis tidak meramalkan lantunan...
Sandiaga Pesan Ke Peserta Aksi 22 Mei Tidak Anarkis Dan Provokatif

Sandiaga Pesan Ke Peserta Aksi 22 Mei Tidak Anarkis Dan Provokatif

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 195 hits
Ya semuanya tentunya dalam koridor hukum taat konstitusi dan para aparat jangan terlalu berlebihan karena masyarakat ini masyarakat yang cinta damai Mereka semua ingin mengutarakan ekspresi dilindungi undang undang juga kata Sandiaga di Rum...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin