Apa Barang Yang Paling Lama Terperap Dalam Cart Anda
Sumber imej: sini
Hi
Korang mesti ada barang yang korang perap je dalam bakul/cart Shopee@Lazada@Zalora kan
Ke aku sorang je? Ahahaha
Meh aku senaraikan barang-barang yang lama terperap dalam cart aku, tak tau la bila nak check-out tuuu
1. Tempered Glass
Al-kisahnya tak tau la aku ni jenis ganas ke, clumsy ke, handphone aku selalu jatuh lepas tu mula lah tempered glass aku tu terkopak/retak sikit, dekat tepi la selalunya. Aku plak jenis tak suka tengok keretakan tu so aku pun belilah yang baru kat kedai.
Tapi biasalah, kat kedai kan selalu mahal, paling murah pun RM 10. Ada aku jumpa kat Giant Nilai, murah 2 ringgit je tapi jenuh la aku nak gi sana je semata-mata, aku ni bangsa Joho. HAHAHA.
Dekat Shopee/Lazada aku nampak murah-murah je, bawah 2 ringgit pun ada time promo, tapi masalahnya aku tak reti nak pasang! Takut aku salah pasang kangg tak memasal kena beli phone baru pulak! Hahhaha overthinking
Anyway aku baru je lepas kena scam. Baru-baru ni aku gi satu kedai tu, kedai besar, cantik.. Aku cakaplah nak tukar tempered glass kan... Pastu aku gi jalan-jalan la kat kedai tu, aku tak tengok la masa staff dia tukar tu kan. Silap aku jugak laaaa. Lepas tu dia panggil cakap dah siap, aku pun bayar la RM 15. Sekali balik aku tengok bukan tempered glass ye, tapi yang plastik tu je.. Sediiihh. Tapi tu bukan pertama kali aku gi kedai tu, dah 2-3x aku tukar kat situ (nampak tak betapa banyak kali tempered glass aku retak), tapi kalini kena scam plak. Pasrah jela
2. Retinol Innisfree
Walaupun jenama retinol ni ada Free di dalam, tetapi retinol ni mahal (pada aku) dan tak free ye hahahaha.. Teringin nak pakai retinol (almaklumlah umur memang dah patut pakai retinol), tapi kenapa yang ni mahal bangat
Aku memang suka pakai produk-produk Innisfree ni tapi yang ni aku rasa mahal sangat plak. Kalau ada size kecik 15ml ke mungkin takdelah terperap lama sangat dia ni dalam bakul aku
3. Komik-Komik Junji Ito
Aku dah ada 2-3 komik dia ni dan memang aku minat sangat lah. Hajat di hati nak lengkapkan semua siri. Tapi dia macam dalam dilema sangat, sama ada nak beli physical book ke atau pun nak baca online je? Hahahaha
Okay itu jelah setakat ni, ada lagi sebenarnya tapi yang paling lama 3 benda ni la hehehe. Cuba share apa barang yang korang perap lama-lama masih fikir-fikir nak beli ke tak
Okay bye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://razfira.blogspot.com/2022/08/apa-barang-yang-paling-lama-terperap.html