Anzalna Nasir Suami Beri Restu



Biarpun si comel baru menginjak usia dua tahun pada 31 Mei lalu, aktres jelita, Anzalna Nasir tidak kisah mendedahkan cinta hatinya kepada dunia pengiklanan atau komersial.
Anzalna atau nama penuh, Nur Anzalna Mohd Nasir memberitahu, kebanyakan tawaran mempromosikan produk yang diterima menggandingkan dirinya dan anak, Mohamad Eidrees.
Namun, jelas Anzalna, 33, bukan bermakna dia bersetuju dengan setiap tawaran yang datang. Sebaliknya, Anazalna menapis setiap tawaran dan apa yang lebih penting, mendapat restu dan persetujuan suami, Hanif Zaki.
"Sejak kebelakangan ini, saya banyak menerima tawaran yang mahukan Eidrees tampil bersama.
"Selain restu suami, saya perlu menggunakan dahulu produk diberi sebelum menandatangani kontrak," katanya kepada BH Online.
Anzalna berkata, pandangan suami amat penting berikutan Hanif lebih mengetahui apa yang terbaik dengan kebanyakan tawaran membabitkan produk bayi dan kanak-kanak.
Berkongsi keletah anak di lokasi penggambaran, Anzalna berkata, biarpun kali pertama beraksi di hadapan kamera, dia kagum dengan kerjasama Eidrees.
"Sepanjang penggambaran Eidrees tidak merengek, sebaliknya sangat selesa.
"Saya mengambil kira keselesaan anak, terutama untuk penggambaran yang mengambil masa lama atau membabitkan lokasi di luar daerah.
"Setakat ini, kami sudah menjayakan penggambaran kira-kira tiga produk bersama. Alhamdulillah, semuanya lancar," katanya.
Anzalna berkata, dia sangat menitikberatkan tahap profesionalisme syarikat produksi yang menjalankan kerja penggambaran.
"Bagi saya, apabila bekerja dengan golongan profesional, mereka membantu memudahkan lagi kerja kita. Mereka tahu bagaimana hendak mengendalikan talent terutama mood anak kecil," katanya.
Selepas lebih dua tahun berehat daripada dunia lakonan, pelakon Memori Cinta Suraya ini mengaku belum bersedia kembali ke set penggambaran.
Buat masa ini, Anzalna selesa memilih penggambaran untuk iklan televisyen (TV) dan media sosial kerana tidak menuntut masa lama di lokasi.
Anzalna berkata, sejak dalam proses berpantang, banyak tawaran berlakon diterima, terutama daripada penerbit yang lazim bekerja dengannya.
Namun, wanita kelahiran Pulau Pinang ini terpaksa menolak pelawaan secara baik. Anzalna mahu memberikan perhatian untuk membesarkan anak tersayang.
Gara-gara lama tidak muncul di TV, ramai menyangka Anzalna yang menceburkan diri dalam dunia seni sejak hampir sedekad lalu, tidak lagi berminat untuk meneruskan karier lakonan. Hakikatnya, kepentingan Eidrees melebihi segala-galanya.
"Insya-Allah apabila tiba masa, saya kembali. Mungkin saya ingin menunggu Eidrees boleh bercakap baru menimbangkan hasrat kembali berlakon.
"Memang saya rindu berlakon kerana ia memberi kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Namun, ia menuntut pengorbanan masa yang lama. Saya terpaksa mengorbankan minat untuk membesarkan anak," katanya.
Anzalna juga mahu menikmati hidup bersama keluarga kecil sepuas-puasnya.
"Saya berterima kasih kepada syarikat produksi yang tidak jemu mencuba nasib sejak saya masih berpantang. Saya tersentuh dan segan terpaksa menolak pelawaan mereka.
"Alhamdulillah, mereka faham situasi saya yang terpaksa mengetepikan kepentingan diri demi anak," katanya.
Anzalna yang menguruskan sendiri rumah tangga mengaku tidak mempercayai orang lain untuk menjaga anaknya. Dia mahu melihat Eidrees membesar di hadapan mata.
Jika terpaksa keluar bekerja, dia dan suami bergilir menjaga Eidrees atau meminta bantuan ahli keluarga.
"Saya bersyukur keluarga kami berdekatan. Jika saya dan suami terpaksa keluar bekerja, kami meminta ahli keluarga menjaga Eidrees.
"Belum masa ini, kami menyerahkan Eidrees kepada pengasuh atau pembantu rumah," katanya.
Mencipta nama selepas menyertai pencarian bakat Dewi Remaja bagi edisi 2009/2010. Menyertai program pencarian remaja itu bersama Neelofa, Izara Aishah dan Syatilla Melvin.
Antara drama lakonan Arluna, Dendam Aurora dan Mami Mamu Gosip.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/06/anzalna-nasir-suami-beri-restu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Doakan Eidrees Sempena Hari Lahir Anak Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim

Terima Kasih Doakan Eidrees Sempena Hari Lahir Anak Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 291 hits
Cara kita meraikan hari lahir buat anak tersayang berbeza beza Bagi pelakon Anzalna Nasir dia dan suami memilih untuk meraikan hari bermakna kelahiran anaknya itu bersama anak anak yatim Sempena hari lahir anaknya Mohammad Eidrees yang kini...
Wanita Diceraikan Suami Gara Gara Pembedahan Kelopak Mata Gagal

Wanita Diceraikan Suami Gara Gara Pembedahan Kelopak Mata Gagal

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 277 hits
CHINA Seorang wanita diceraikan oleh suaminya kerana pembedahan kelopak matanya gagal Sin Chew Daily melaporkan wanita dipanggil Jin itu menghabiskan sebanyak 20 000 yuan untuk pembedahan kelopak mata tersebut Jin menyatakan bahawa terdapat...
Hal0h Hal0h Hal0h Dayah Kongsi Video Sweet Dengan Suami T0kti Pula Masuk Komen

Hal0h Hal0h Hal0h Dayah Kongsi Video Sweet Dengan Suami T0kti Pula Masuk Komen

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 325 hits
Bagi yang sudah lama mengikuti media sosial penyanyi terkenal negara Dato Sri Siti Nurhaliza pastinya anda sudah cukup kenal dengan kehadiran seorang gadis muda di sampingnya Bekas graduan bidang nursing itu adalah merupakan pengasuh bagi a...
Hiburan Sentiasa Cantik Depan Suami Walaupun Duduk Di Rumah Memey Suhaiza Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia

Hiburan Sentiasa Cantik Depan Suami Walaupun Duduk Di Rumah Memey Suhaiza Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 652 hits
Pelakon jelita Memey Suhaiza tampil mencuri perhatian netizen apabila dia kelihatan cantik dan manis meskipun hanya duduk di rumah sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini Menerusi sebuah hantaran di Instagramnya Memey ada mem...
Gocoh Kerana Rakam Pertengkaran Suami Isteri 14 Individu Ditahan

Gocoh Kerana Rakam Pertengkaran Suami Isteri 14 Individu Ditahan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 308 hits
FMT ReportersKetua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata semua suspek berusia 20 hingga 54 tahun dengan 11 daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau PETALING JAYA Seramai 14 individu ditahan lewat malam tadi ekoran pergaduhan yang te...
Suami Kelar Leher Isteri Sampai Mati Sebelum Kelar Leher Sendiri Padahal Baru 2 Minggu Berkahwin

Suami Kelar Leher Isteri Sampai Mati Sebelum Kelar Leher Sendiri Padahal Baru 2 Minggu Berkahwin

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 270 hits
Suami kelar leher isteri sampai mati sebelum kelar leher sendiri padahal baru 2 minggu berkahwinMayat sepasang suami isteri ditemui dalam keadaan mengerikan di kediaman mereka di Desa Cot Jabet Kecamatan Gandapura Kabupaten Bireuen Aceh pad...
Terima Lamaran Orang Lain Wanita Ditikam Suami Cemburu

Terima Lamaran Orang Lain Wanita Ditikam Suami Cemburu

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 271 hits
Seorang lelaki berusia 46 tahun di Luwu Utara Indonesia nekad menikam isterinya sendiri dipercayai kerana cemburu lapor portal Kumparan Ketua Polis Baebunta Iptu Rodo Manik berkata bahawa peristiwa kejadian itu bermula ketika suspek terdeng...
Video Isteri Serbu Bilik Hotel Nampak Suami Sedang Berasmara Bersama Perempuan Lain Atas Katil

Video Isteri Serbu Bilik Hotel Nampak Suami Sedang Berasmara Bersama Perempuan Lain Atas Katil

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 374 hits
Viral di media sosial video yang menunjukkan seorang wanita bersama dengan beberapa individu menyerbu suaminya yang sedang asyik bermadu asmara dengan wanita lain di dalam bilik hotel Serbuan itu turut dirakam oleh si isteri yang menunjukka...
Trend Isteri Seronok Jaja Foto Sebelum Amp Selepas Nikah Para Suami Buat Ramai Kesal

Trend Isteri Seronok Jaja Foto Sebelum Amp Selepas Nikah Para Suami Buat Ramai Kesal

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 267 hits
Seakan menjadi trend pula di aplikasi TikTok apabila ada segelintir isteri yang memuat naik gambar suami masing masing dengan menggunakan kapsyen before kahwin dan after kahwin sebagai satu bentuk hiburan sesama mereka Walaupun niat asal mu...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Online Presence Is Critical For Business

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Inovasi Teknologi Untuk Seragam Kerja Ramah Lingkungan

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord