Perlukah Anwar melayan semua tuntutan ini?Dalam hal ini, Anwar perlu tegas dengan pendiriannya seperti sebelum ini yang meminta Azmin dan Zuraidah agar hadir mesyuarat PKR jika ada apa-apa perkara mahu dibincangkan.Tidak harus ada mesyuarat lain selain mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan mesyuarat Biro Politik dalam PKR.Jika sekali Anwar melayan permintaan mereka ini, di lain kali mereka akan terus mengada-ngada untuk menuntut diadakan mesyuarat berasingan kalau ada sebarang masalah yang timbul.Bayangkan, jika kemudiannya pihak lain juga menuntut perkara yang sama iaitu mesyuarat berasingan dengan Anwar?Apa jadi kepada PKR akhirnya?Sudah tentunya akhir PKR akan jadi caca marba dan mesyuarat MPP atau Biro Politik hilang fungsinya.Lagi pula, sikap Zuraidah mengugut tidak akan menghadiri mesyuarat PKR selagi pertemuan yang diminta tidak ditunaikan hanya menunjukkan sikap biadap dan kurang ajarnya.Di mana beliau belajar orang bawahan boleh mengugut seorang Presiden?Kalau tidak berminat lagi dengan PKR, silalah cari wadah lain yang sesuai untuk meneruskan perjuangan.Anwar harus terus dengan jadual mesyuarat MPP serta Biro Politik seperti biasa dan jika ada sesiapa terus tidak hadir mesyuarat tanpa alasan yang munasabah, tindakan sewajarnya sudah boleh diambil terhadap mereka.Cukuplah bagi muka kepada mereka yang sudah besar kepala ini.PKR harus ditekankan dengan disiplin kepada semua ahli dan pimpinannya agar ia terus berwibawa sebagai parti yang memenangi paling banyak kerusi dalam gabungan PH.Lebih-lebih lagi pentingnya disiplin itu ialah kerana Anwar adalah bakal Perdana Menteri selepas Tun Mahathir Mohamad ini. (Shahbudindotcom 17/09/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |