Anwar Tak Akan Biar Zahid Tumbang Demi Survival Politik Dan Kerusi Pm


agendaily.com08/01/2023
Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya akan menyokong anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden UMNO demi survival politik dan kerusi Perdana Menteri yang telah lama diidam-idamkan.
Oleh KP

UMNO yang kononnya digelar ‘parti keramat Melayu’ itu sekali lagi bakal menahan gelombang dahsyat rakyat, setelah mereka ‘melacurkan’ prinsip perjuangan, selain dilihat telah menipu rakyat, khususnya akar umbi, apabila bekerjasama dengan DAP serta Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berhadapan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, UMNO sudah patah taringnya untuk berhadapan ahli, penyokong dan rakyat dalam menjawab pembohongan ‘No Anwar No DAP’.

Desakan-desakan supaya Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan, juga tidak dipedulikan, malah beberapa pemimpin veteran yang lantang menegurnya turut dipecat, selain bahagian UMNO digantung.

Dengan hanya menang 26 daripada 120 kerusi yang ditandingi pada PRU-15 lalu – kekalahan paling teruk dalam sejarah sejak PRU pertama 1955 – apakah UMNO mampu bangkit secepat itu untuk menghadapi PRN enam negeri yang dijangka diadakan dalam tempoh empat lima bulan lagi?

Jika setelah kalah teruk dalam PRU-14 pada 2018 lalu, sehingga UMNO hilang kuasa pemerintahan negara gara-gara seorang pemimpinnya – Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam skandal 1MDB – parti itu masih tidak mampu bangkit menghadapi PRU-15, adakah dalam PRN yang semakin hampir ini mereka berupaya memberi saingan.

Hanya dengan meletakkan pemimpin lain – contohnya Khairy Jamaluddin atau Datuk Seri Hishammuddin Hussein – menggantikan Zahid dan membatalkan kerjasama dengan PH, khususnya DAP, besar kemungkinan UMNO akan beroleh simpati dan sokongan orang Melayu semula.

Tetapi, mustahil Zahid akan melepaskan kerusi presiden, apa lagi kini beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri – jawatan yang mengikat beliau kepada cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang enggan namanya disiarkan mengakui Zahid tidak akan turun daripada kerusi presiden.

Malah, menurutnya jika pertandingan bagi jawatan itu dibenarkan dalam pemilihan parti tahun ini, Zahid akan mendapat sokongan padu daripada rakan politik daripada PKR dan AMANAH.

Katanya, Anwar tidak akan membenarkan Zahid kalah – jika ada pertandingan – dan digantikan pemimpin lain, khususnya mereka yang lantang menolak kerjasama dengan PH dan DAP.

“Kekalahan Zahid akan menjejaskan kerajaan pimpinan Anwar… itu saja. Pentaksub presiden dan pastinya, Anwar bersama rakan lain, kecuali DAP, akan berusaha sedaya upaya mengekalkan Zahid.

“Zahid kena terus mengetuai UMNO supaya dapat kekal menyokong Anwar,” kata ahli MT itu yang juga ketua UMNO bahagian.

Beliau mengakui akar umbi semakin tidak pedulikan apa yang akan berlaku kepada UMNO pada masa depan.

“Maklumat yang diperoleh mengatakan akan ada undi protes daripada akar umbi dan penyokong UMNO dalam PRN enam negeri berkenaan tidak lama lagi. Sama ada mereka tidak keluar mengundi atau memilik menyokong Perikatan Nasional sebagai tanda protes.

“Apa lagi isu pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada PRN itu akan mencetuskan rasa tidak puas hati akar umbi. Adakah UMNO akan berkempen sepentas dengan PKR, AMANAH dan DAP?

“Adakah pemimpin UMNO akan turun berkempen meminta pengundi Melayu memilih calon PKR dan AMANAH, atau merayu mereka mengundi calon Melayu daripada DAP?

“Apa pun, jika Zahid kekal presiden, UMNO terus bekerjasama dengan PH dan DAP, minta maaf… saya tidak nampak UMNO mampu memberi saingan kepada PAS dan Bersatu dalam PRN akan datang.

“Malah, kerusi-kerusi yang kini dimiliki UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN), khususnya di Selangor dan Negeri Sembilan, dijangka terlepas kepada Perikatan Nasional.

“Demikian juga beberapa kerusi PKR dan AMANAH di kawasan majoriti kaum Cina yang kini menganggap mereka telah tertipu apabila PH mengambil UMNO sebagai rakan, sedangkan sebelum ini mereka ditanam doktrin mengatakan UMNO adalah parti penyamun dan perasuah.

“Kita akan lihat nanti (dalam PRN) bagaimana keadaan UMNO, BN dan PH seterusnya dalam merebut 245 kerusi DUN di enam negeri berkenaan,” katanya tidak yakin UMNO mampu merampas Kedah, Kelantan dan Terengganu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/anwar-tak-akan-biar-zahid-tumbang-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Lah Zahid Ada Telur Biar Kerusi Presiden Timbalan Dipertandingkan

Kalau Lah Zahid Ada Telur Biar Kerusi Presiden Timbalan Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 204 hits
Zahid Hamidi begitu gembira apabila Anwar Ibrahim menang undi percaya di Dewan Rakyat Presiden UMNO itu juga menyifatkan kerajaan PH BN yang terbentuk hari ini sebagai satu ketentuan Allah Beliau juga berkata BN dan UMNO mengalami kekalahan...
Zahid Yakin Perjanjian Kerjasama Antara Gabungan Politik Mampu Bertahan

Zahid Yakin Perjanjian Kerjasama Antara Gabungan Politik Mampu Bertahan

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 181 hits
TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yakin perjanjian persefahaman kerjasama antara gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan baru baru ini mampu bertahan untuk tempoh jangka panjang Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional...
Anwar Tiba Di Sabah Untuk Selesaikan Kemelut Politik

Anwar Tiba Di Sabah Untuk Selesaikan Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 186 hits
Willie JudeKOTA KINABALU Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di Magellan Sutera Harbour di sini untuk bertemu dengan pemimpin Sabah bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di negeri ini Beliau tiba...
Anwar Enggan Mengantara Krisis Sabah Walaupun Zahid Terkesan

Anwar Enggan Mengantara Krisis Sabah Walaupun Zahid Terkesan

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 415 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikatakan enggan menjadi perantara dalam krisis politik Sabah keluh seorang sumber dalam Umno selepas beliau menyuarakan sokongan kepada Hajiji Noor untuk terus memimpin negeri itu s...
Sabah Politics Anwar Moots Creation Of Unity Govt Zahid

Sabah Politics Anwar Moots Creation Of Unity Govt Zahid

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 180 hits
Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi said Prime Minister Anwar Ibrahim has suggested the creation of a unity government in Sabah to solve the political impasse in the state Zahid who is also Umno president said the suggestion would invo...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20

Perlis Pun Kalah Hanya 10 Penduduk Direkodkan Kampung Bandar Terus Bertahan Dengan Warisan Sejarah

Mpob Dan Sumisaujana Bekerjasama Untuk Mengkomersialkan Poliol Berasaskan Sawit Untuk Kegunaan Industri Global