Anwar Sedia Tunggu Sikit Lagi Selepas Dua Dekad Menunggu



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia menunggu enam bulan lagi sebelum mengambil alih sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan yakin beroleh sokongan mencukupi di Parlimen bagi tujuan itu.

Dr Mahathir mengetuai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan menang besar pada pilihan raya umum Mei 2018, menerusi kerjasama dengan beberapa musuh tradisi, termasuk Anwar, bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak yang kini berdepan tuduhan rasuah berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir sebelum ini berjanji untuk menyerahkan portfolio Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya, namun mengubah pendirian untuk kekal sebagai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya hingga November ini, bagi menganjurkan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Pemimpin berusia 94 tahun itu turut berkata, Anwar perlu memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sudah menunggu selama 20 tahun, lanjutan enam bulan lagi bukan satu masalah.

“Jika ada permintaan untuk kembali ke Parlimen, sudah pasti ia boleh dilakukan, namun PH memiliki kuasa majoriti ketika ini. Walaupun bukan anggota PH, sebahagiannya akan menyokong Perdana Menteri.

“Saya juga diberi jaminan itu. Mereka menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan akan meneruskan sokongan itu apabila saya dilantik,” katanya dalam wawancara dengan Reuters hari ini.

Beliau turut menyuarakan keyakinan akan menerima sokongan semua rakan sekutu gabungan PH, sama seperti yang diberi kepada Dr Mahathir.

Anwar sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tempoh 22 tahun Dr Mahathir menyandang portfolio Perdana Menteri keempat, namun dipecat selepas terbabit dalam pertelingkahan susulan Krisis Kewangan Asia.

Menurut Anwar, beliau sedia melupakan kisah silam yang penuh kepahitan dan sanggup memberi ruang kepada Dr Mahathir untuk meneruskan sumbangan memajukan negara, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kehadiran beliau akan membantu meningkatkan keyakinan ramai dan menyumbang kepada kestabilan serta keamanan negara.

“Tidak akan wujud sebarang perbezaan ketara dalam dasar politik. Akan wujud penekanan berbeza, namun atas kapasiti peribadi, saya mengalu-alukan kehadiran dan sumbangan beliau,” katanya.

Anwar juga memberitahu, akan berusaha memulihkan hubungan antara India dan Malaysia yang sedikit keruh selepas kritikan Dr Mahathir berhubung dua dasar baharu dilaksanakan New Delhi, yang menjejaskan dagangan minyak sawit antara kedua-dua negara lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/02/anwar-sedia-tunggu-sikit-lagi-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 20 Tahun Anwar Sedia Tunggu 6 Bulan Lagi Jadi Pm

Selepas 20 Tahun Anwar Sedia Tunggu 6 Bulan Lagi Jadi Pm

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 207 hits
SHAH ALAM Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia menunggu enam bulan lagi sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau juga yakin akan beroleh sokongan yang mencukupi di Parli...
Anwar Sedia Tunggu Tapi Rakyat Bersediakah

Anwar Sedia Tunggu Tapi Rakyat Bersediakah

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 244 hits
Apabila ditanya oleh wartawan tentang isu peralihan kuasa PM Anwar sentiasa konsisten dengan jawapannya iaitu akhirnya Majlis Presiden PH yang akan menentukan Apabila didesak tentang bagaimana jika Tun M menyerahkan jawatan PM kepada beliau...
Lepas 2 Dekad Menanti Anwar Tak Kisah Tunggu Beberapa Bulan Lagi

Lepas 2 Dekad Menanti Anwar Tak Kisah Tunggu Beberapa Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 183 hits
Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan berkata beliau tidak keberatan untuk menunggu enam bulan lagi sebelum dapat menjadi perdana menteri apabila Dr Mahathir Mohamad berundur dari jawatan berkenaan Dalam temu bual dengan Reuters presiden PKR it...
Imam Terkejut Isteri Sebenarnya Lelaki Selepas Dua Minggu Bernikah

Imam Terkejut Isteri Sebenarnya Lelaki Selepas Dua Minggu Bernikah

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 375 hits
Seorang imam digantung jawatan selepas didapati bersalah berkahwin dengan lelaki lain tanpa pengetahuan imam iu sendiri Menurut akhbar Uganda Daily Monitor imam dari Masjid Noor Kampisyi di daerah Kayunga Sheikh Mohammed Mutumba dikatakan t...
Kedah Negeri Kedua Selepas Pulau Pinang Sedia Kemudahan Perpustakaan Digital

Kedah Negeri Kedua Selepas Pulau Pinang Sedia Kemudahan Perpustakaan Digital

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 330 hits
ALOR SETAR 3 Feb Kedah muncul negeri kedua selepas Pulau Pinang dalam penyediaan kemudahan perpustakaan awam digital kepada rakyat Perpustakaan Digital Kedah akan beroperasi Oktober tahun ini bagi memudahkan orang ramai mengakses bahan baca...
Dua Beranak Bertemu Selepas 35 Tahun

Dua Beranak Bertemu Selepas 35 Tahun

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 215 hits
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi HARI ini menjadi hari bersejarah buat dua beranak apabila dipertemukan semula selepas 35 tahun berpisah Abu Hasan Razali 60 disatukan dengan seorang daripada dua anaknya iaitu Khairunnisah 35 Menurut Abu Hasan da...
Anwar Bersetuju Selepas November 2020

Anwar Bersetuju Selepas November 2020

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 352 hits
Dalam kenyataan petang ini Anwar berkata beliau cenderung agar Mahathir terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik hujung tahun ini Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Pres...
Cara Dapatkan Adsense Balik Selepas Tukar Domain

Cara Dapatkan Adsense Balik Selepas Tukar Domain

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 322 hits
AssalamualaikumBismillahAku rasa bersyukur sangat sebab dah dapat balik akaun adsense selepas tukar domain hari tu Aku punya mood blogging beberapa minggu ini memang down jugalah apabila aku tukar domain Apatah lagi bila nak submit domain b...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara