Anwar Sebagai Pm Buka Peluang Hubungan Dengan Malaysia Kata Pengarang Kanan Akhbar Israel



Esther Solomon membandingkan Anwar Ibrahim dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang mempunyai pendirian tegas terhadap dasar Israel di banyak forum antarabangsa. Pengarang kanan sebuah akhbar Israel berpengaruh berkata pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri boleh membuka lembaran baru dalam hubungan antara negara Yahudi itu dengan Malaysia, di mana setiap kerajaan ditubuhkan sebelum ini tegas mengutuk Zionisme dan secara terbuka menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Ketua pengarang akhbar berbahasa Inggeris Haaretz, Esther Solomon turut membandingkan Anwar dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang jelas melemparkan kutukan terbuka terhadap dasar Israel di forum antarabangsa sehingga menyebabkan beliau dilabel sebagai “anti semitik”.
“Berbeza dengan Mahathir sebelum ini, PM Malaysia yang baru Anwar Ibrahim tidak menggelar dirinya sebagai seorang yang ‘bangga sebagai anti semitik’; malah musuhnya menyelar beliau sebagai ‘agen’ Yahudi dan/atau Kristian.
“Israel akan menyukai hubungan yang lebih erat dengan Kuala Lumpur. Mungkin ini adalah peluang?” soalnya mengulas di Twitter sambil berkongsi laporan Haaretz mengenai pelantikan Anwar.
Ulasannya mengundang banyak balasan dari rakyat Malaysia, walaupun kebanyakannya adalah balasan ringkas yang mendakwa tidak ada negara bernama Israel, dan ada juga yang berpendapat bahawa sebarang isyarat diplomatik kepada Israel akan membunuh karier politik Anwar.
Perdebatan panjang mengenai dakwaan wujud hubungan Anwar dengan Israel dibangkitkan semula sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, apabila pesaingnya di Tambun, Ahmad Faizal Azumu, mencabar beliau untuk menyatakan PKR tidak disusupi anasir Israel.
Apa yang dibangkitkan Faizal itu adalah susulan penahanan puluhan rakyat Malaysia yang dikatakan diupah oleh agensi perisikan Israel, Mossad untuk menculik seorang pereka program komputer Palestin yang dikehendaki negara itu September lalu.
Beberapa hari selepas suspek didakwa di mahkamah atas tuduhan menculik, muncul gambar di media sosial yang menunjukkan salah seorang daripada mereka, rakyat Malaysia bernama Raibafie Amdan, mengibarkan bendera PKR dalam gambar yang diambil beberapa tahun sebelum itu.
PKR kemudiannya menafikan Raibafie merupakan ahli parti itu.
Insiden tersebut turut membangkitkan semula kenyataan kontroversi Anwar ketika diwawancara Wall Street Journal pada 2012, di mana beliau berkata akan “menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”.
READ MORE HERE
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/11/27/anwar-sebagai-pm-buka-peluang-hubungan-dengan-malaysia-kata-pengarang-kanan-akhbar-israel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Ds Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai Pm Malaysia Ke 10

Tahniah Ds Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai Pm Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 282 hits
Tahniah DS Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai PM Malaysia Ke 10Alhamdulillah akhirnya Malaysia dah berPM setelah beberapa hari PM dan AM saling bertukar ganti dan dan bertukar shif Tahniah dan takziah diucapkan kepada DS Anwar Ibrahim yang akhi...
Malaysia Berhasrat Perkukuh Hubungan Dengan Somalia Kata Pm

Malaysia Berhasrat Perkukuh Hubungan Dengan Somalia Kata Pm

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 218 hits
MALAYSIA berhasrat untuk terus meneroka cara memperkukuh hubungan dua hala dengan Somalia kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim nbsp Anwar berkata demikian ketika membalas ucapan tahniah daripada Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud atas pel...
Mengapa Anwar Ibrahim Perlu Ditabalkan Sebagai Pm Malaysia Kali Ini

Mengapa Anwar Ibrahim Perlu Ditabalkan Sebagai Pm Malaysia Kali Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 291 hits
MOHAMED HANIPA MAIDINDalam PRU15 ini pada hemat saya hanya tiga gabungan parti politik sahaja yang dilihat bersaing agak secara saksama meskipun wujudnya gabungan parti politik seperti Gabungan Tanah Air atau parti yang agak berpengaruh khu...
Tiada Keputusan Lantikan Pm Tunggu Jawapan Agong Kata Anwar

Tiada Keputusan Lantikan Pm Tunggu Jawapan Agong Kata Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 224 hits
freemalaysiatoday com November 22 2022 6 09 PMPETALING JAYA Tiada keputusan rasmi setakat ini berhubung pelantikan perdana menteri ke 10 kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Beliau berkata segala keputusan akan diserahkan kepada hem...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Terus Sabar Menanti Anwar

Terima Kasih Rakyat Malaysia Terus Sabar Menanti Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 259 hits
SHAH ALAM Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang terus sabar menanti kesudahan pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Perdana Menteri ke 10 Jelas Presiden Parti Keadilan Raky...
Rasmi Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Rasmi Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 364 hits
TERKINI YDP Agong berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke 10 dijadual 5 petang ini di lstana Negara menurut sebuah kenyataan oleh Istana Negara YDP Agon...
Anwar Akan Gugurkan Segala Kes Di Mahkamah Muhyiddin Buka Rahsia Zahid Hamidi

Anwar Akan Gugurkan Segala Kes Di Mahkamah Muhyiddin Buka Rahsia Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 253 hits
Keputusan rasmi bagi penamaan calon Perdana Menteri yang ke sepuluh masih lagi menjadi tanda tanya hingga kini apabila Yang Di pertuan Agong telah melanjutkan tarikh proses hingga esok
Bukit Aman Siasat Haji Hadi Dakwa Anwar Ejen Israel

Bukit Aman Siasat Haji Hadi Dakwa Anwar Ejen Israel

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 272 hits
MalaysiakiniPresiden PAS Abdul Hadi Awang akan disiasat atas tuduhan memfitnah dan mengganggu kententeraman awam dengan kenyataannya yang mendakawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel Bukit Aman dalam satu kenyataan hari ini b...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Just Because

Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin