Anwar Sahkan Dakwaan Ditawar Jadi Pm Jika Terima Umno





Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan dakwaan yang mengatakan beliau ditawarkan jawatan perdana menteri sebagai pertukaran untuk menerima Umno.

"Ya," tulisnya dalam ulang ciap, laporan yang memetik Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai perkara itu.

Pengesahan itu juga dilihat selari dengan kenyataan Anwar dalam satu klip video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

"Kita diberi peluang untuk bersekongkol dengan kelompok lama yang telah merosakkan negara kita. Kita memilih untuk kekal dengan prinsip. Yang meninggalkan kita, mengkhianati amanah perjuangan kita," katanya dalam  video berkenaan.

Dalam siaran Facebook pagi tadi, Nik Nazmi mendakwa tawaran kepada Anwar itu dibuat sebelum krisis politik minggu lalu.

"(Anwar) mendedahkan sebelum krisis ada tawaran kepadanya untuk menjadi perdana menteri dengan syarat dia meninggalkan sekutu politik kita di Pakatan Harapan dan menerima pemimpin dari Umno en blok, termasuk mereka yang menghadapi tuduhan rasuah.

"Anwar enggan mengkhianati mandat rakyat semata-mata demi mendapatkan jawatan perdana menteri," tulisnya.

Nik Nazmi tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Ketika ditanya pada sidang media hari ini, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, bagaimanapun, berkata beliau tidak mengetahui perkara itu.

"Bila (tawaran dibuat kepada Anwar)? Saya tidak dapat memberi komen mengenai spekulasi, khabar angin. Jika ada fakta, saya akan ulas. Tidak dalam pengetahuan saya," kata Annuar.

Minggu lepas, seterus Anwar, Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya meninggalkan PKR untuk menumbangkan PH serta menubuhkan kerajaan baru bersama Bersatu, BN, dan PAS.

Gerakan yang dikenali sebagai 'Langkah Sheraton' itu pada mulanya digerakkan dengan alasan untuk menghalang Anwar menggesa Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan.

Bagaimanapun, gerakan itu telah menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan kerana enggan bekerjasama dengan Umno.

Anwar kemudian memberi sokongan kepada Mahathir, namun tidak sempat untuk menghalang Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri bagi menerajui gabungan kerajaan Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, Umno, dan PAS - dengan sokongan GPS.

Sementara itu, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Yang di-Pertuan Agong telah mengarahkan Muhyiddin membentuk kabinet yang inklusif.

Bagaimanapun, satu sumber berkata MCA masih membahaskan sama ada mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan kerana takut dianggap mengambil alih kuasa melalui pintu belakang.

MCA mempunyai dua Ahli Parlimen, presiden parti Wee Ka Siong (Air Hitam) dan Wee Jeck Seng (Tanjung Piai). Kedua-dua parlimen itu di Johor.

https://m.malaysiakini.com/news/513223

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/anwar-sahkan-dakwaan-ditawar-jadi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Dapat Terima Kerjasama Dengan Umno Syed Saddiq Sedia Dipecat

Tak Dapat Terima Kerjasama Dengan Umno Syed Saddiq Sedia Dipecat

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 346 hits
PUTRAJAYA Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedia berdepan apa jua tindakan diambil terhadapnya termasuk pemecatan oleh Presiden parti berkenaan Bagaimanapun beliau menegaskan diri...
Berakhirnya Impian Jadi Pm8 Anwar Perlu Salahkan Diri Sendiri Bukan Umno Bukan Pas

Berakhirnya Impian Jadi Pm8 Anwar Perlu Salahkan Diri Sendiri Bukan Umno Bukan Pas

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 286 hits
Kamarul Yusoff Selain daripada DAP yang menjadi punca kepada tindakan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU pada 23 Februari 2020 membuat keputusan untuk membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan satu lagi pihak yang menjad...
Umno Kelantan Terima Tok Pa

Umno Kelantan Terima Tok Pa

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 237 hits
UMNO Kelantan tetap menerima Ali Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan hati terbuka sebagai satu pasukan walaupun pernah terguris hati Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pengorbanan perlu dilakukan ...
Kalau Muhyiddin Boleh Terima Umno Satu Parti Kenapa Nak Pelik Jika Zahid Najib And The Gang Dilantik Tpm Dan Menteri

Kalau Muhyiddin Boleh Terima Umno Satu Parti Kenapa Nak Pelik Jika Zahid Najib And The Gang Dilantik Tpm Dan Menteri

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 559 hits
Lim Guan Eng ada kes semasa dilantik Menteri Kewangan Tommy Thomas kroni DAP semasa dilantik sebagai AG Azmin dikekalkan walau ada kes Kita setuju JUGA kalau tiada siapapun dilantik sebagai langkah penjimatan Dan mengelak salahguna kuasa
Nak Kutuk Saya Buat Apa Tanya Anwar Kepada Mahathir Yang Pelik Macai Ph Salahkan Umno Pas

Nak Kutuk Saya Buat Apa Tanya Anwar Kepada Mahathir Yang Pelik Macai Ph Salahkan Umno Pas

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 310 hits
Akhir terbongkar dalam video Anwar cakap salah orang itu salah orang ini Mereka yang bercakaran antara satu sama lain tapi yang peliknya macai PH menyalahkan UMNO PASInilah JAHATnya macai PHMR Yang menipu akhirnya akan terbongkar jua Untuk ...
Umno Ada Dua Puak Satu Tak Mau Dap Satu Tak Mau Anwar Bungkus

Umno Ada Dua Puak Satu Tak Mau Dap Satu Tak Mau Anwar Bungkus

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 290 hits
Meanwhile Mahathir is in a dilemma despite public expressions of support
Anwar Sahkan Bertemu Dr Mahathir Semalam

Anwar Sahkan Bertemu Dr Mahathir Semalam

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 277 hits
PETALING JAYA Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad pada semalam Dipercayai ini menjadi pertemuan pertama antara kedua dua pemimpin ...
Saya Tak Boleh Terima Pemimpin Umno Yang Ada Kes

Saya Tak Boleh Terima Pemimpin Umno Yang Ada Kes

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 310 hits
FAKTA 1 Saya tak boleh terima pemimpin UMNO yang ada kes di mahkamah untuk sertai kerajaan Tapi Saya boleh terima pemimpin DAP yang perbicaraan kes rasuah dia sedang berjalan dalam mahkamah untuk sertai kerajaan siap melantik dia menjadi Me...
Mahathir Tersempit Sedia Terima Umno

Mahathir Tersempit Sedia Terima Umno

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 227 hits
Bersatu mungkin meletakkan presidennya Muhyiddin Yassin sebagai calon parti itu untuk menjadi perdana menteri kata Dr Mahathir Mohamad petang ini Kami telah berbincang termasuk kemungkinan bahawa Muhyiddin mungkin menjadi seorang calon kata...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner