Anwar Putera Negara Yang Dicemburu Dan Dikhianti


SALAM HUT 74

Anwar: Dicemburi dan dikhianati.WALAUPUN Anwar Ibrahim didambakan untuk jadi perdana menteri, tetapi ada segelintir yang keras menolaknya. Mereka yang menolak adalah mereka yang ada masalah personal sepihak dengannya; yang marah, benci, dengki dan berdendam dengannya, sedangkan Anwar tidak ada apa-apa kes dan tersinggung dengan mereka.

Tanpa disebut satu persatu nama-nama mereka atau golongan itu, umum sudah tahu dengan melihat sikap dan kenyataan-kenyataan mereka yang sering merendah-rendah, menyindir dan membenci Anwar. 
Bukan itu sahaja, menggerakkan usaha bagi memastikan Anwar tidak jadi perdana menteri. Mereka gigih merekayasa isu dan kejadian bagi tujuan itu tanpa mengira halal dan haram lagi. Mereka juga sanggup menafikan hak dan realiti.

Semua mereka ambil kesempatan untuk memburukkan Anwar demi mencapai niat busuk mereka. Ini termasuk mempengaruhi dan memperalatkan rakan-rakan atau kawan Anwar sendiri. Mereka sanggup mengupah dan menguap mereka dengan kebendaan, wang dan pangkat asalkan tegal burukkan Anwar. Dengan cara ini mereka mengira apabila ada beberapa rakan-rakan Anwar melemparkan najis kepada Anwar yang lain akan terikut. Anehnya, rakan yang pernah terperangkap dalam jerat jijik itu ada yang berpatah balik kepada Anwar setelah menyedari mereka dipukau selama ini. 
Begitulah saking jahatnya golongan ini
Mereka ini memburuk-burukkan Anwar dengan mencipta dan menjual pelbagai cerita negatif, daripada soal (ability) tidak mampu jadi perdana, isu moral dan paling teruk membuat konspirasi dengan merekayasakan tuduhan dan fitnah jenayah kepadanya sehingga meringkuk dalam penjara.

Sekurang-kurang ada tiga tuduhan (isu) yang sering didendangkan atau dilabelkan terhadap Anwar. Beliau dilabel dan didagangkan kononnya tidak berkemampuan menjadi perdana menteri kerana ketidakupayaan mengurus ekonomi. Dituduh sebagai berfahaman liberalisme dan dibina neratif dan persepsi kononnya kalau Anwar jadi perdana menteri, negara atau kuasa asing akan menguasai negara ini dan Islam akan tercalar.

Semua tuduhan dan label itu tidak ada asas sama sekali dan sangat dangkal. Semuanya bersifat tuduhan dan prejudis semata-mata tanpa dibuktikan. Misalnya menuduh beliau sebagai liberalisme, hanya berpegang kepada persepsi yang sengaja diolah demikian rupa berpandukan kepada hubungan baik Anwar dengan rakan-rakan di luar negara sejak zaman beliau mahasiswa, belia dan politik. Hubungan antarabangsa dan sifat diplomatiknya yang tinggi yang dikagumi itu dicurigai dan dijadikan isu.

Walhal dari segi praktisnya tidak membuktikan itu. Apakah penerimaan Anwar kepada semua masyarakat berbilang kaum, yang ada di negara ini sebagai liberal? Bukankah apa yang dibuat itu sejajar dengan tuntutan al-Quran menyarankan berbaik-baik dengan semua manusia seperti mana disebut dalam surah al Hujurat :13? Apakah berbaik dan menerima semua orang itu sebagai salah dan bertentangan dengan Islam?

Begitu juga tuduhan kononnya kalau beliau jadi perdana menteri negara ini akan dikuasai oleh orang asing, atau pun orang bukan Melayu akan menguasainya, tegasnya DAP. Ini juga tuduhan tidak berasas, busuk dan bersifat khayalan. Manakala mereka yang menerima tuduhan ini adalah yang buta dan jahil Perlembagaan dan tidak tahu sejauh mana kuasa seorang perdana menteri.

Perlembagaan Negara tidak memberi kuasa besar kepada perdana menteri seluas kuasa seorang diktator. Kuasa perdana menteri itu masih dikawal oleh Perlembagaan, parlimen dan juga institusi raja-raja. Beliau juga dikawal oleh parti diwakilinya.

Begitu juga mereka lupa dengan tugas dan tanggungjawab sembilan Raja-Raja Melayu yang mempunyai kuasa mutlak ke atas negara ini dan tidak dapat dirungkai dengan mudah oleh sesiapa pun? Lantaran itu mana mungkin dengan mudah negara ini akan dikuasai kuasa asing seperti yang didagangkan itu, kerana seseorang perdana menteri itu tertambat dengan rantai perlembagaan.

Demikian juga isu liberalimse yang dicampak kepada Anwar. Sejauh mana liberalisme itu telah melanggar pegangan nasionalisme dan merosakkan akidah Islamisasi, tidak disertakan dengan bukti kukuh melainkan suatu tuduhan liar. Pemikiran dan cara Anwar berpolitik jauh lebih baik apa yang berlaku dalam parti bernuansa agama sendiri. Anwar sepanjang hayatnya tidak pernah mempertikaikan akidah mana-mana golongan atau kelompok.

Kebimbangan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar dibuat seperti menduga sesuatu dalam laut samudera. Ia bukan sesuatu yang rasional melainkan berniat jahat dan prejudis. Perbuatan ini tidak lebih daripada mengkhianti Anwar dari aspek agama dan hak asasi. Bukan sahaja dengan cara politik, tetapi agama juga digunakan untuk menafikan Anwar.

Golongan yang membenci Anwar ini bukan mewakili rakyat banyak. Mereka adalah golongan terpencil serta individu desperado tertentu yang ada masalah peribadi sepihak dengan Anwar. Yang dengki, dendam dan merasakan kalau Anwar jadi perdana menteri mereka tidak dapat perolehi apa yang mereka idam-idamkan. Mereka merasakan mereka akan dihukum kerana dibayangi perbuatan-perbuatan jahat mereka selama ini. Itu realitinya.

Penolakan golongan ini bersifat peribadi. Orang ini akan dicatat dalam kitab sejarah negara dan akan dibaca generasi mendatang sebagai orang yang mengkhianati ke atas seorang Putera Negara bernama Anwar Ibrahim, seandainya ia berakhir dengan Anwar ternafi untuk menduduki jawatan itu selama-lamanya.[wm.kl. 10:05 am 12/08/2021].


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/08/anwar-putera-negara-yang-dicemburu-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Perlu Anwar Sebagai Pm Lim Kit Siang

Negara Perlu Anwar Sebagai Pm Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 236 hits
LIM KIT SIANG PETALING JAYA Negara memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggalas tugas dan membawa agenda baharu di dalam usaha mengakhiri pandemik Covid 19...
Sumber Istana Negara Nafi Anwar Akan Mengadap Agong

Sumber Istana Negara Nafi Anwar Akan Mengadap Agong

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 297 hits
malaysiakini comDiterbitkan 31 Jul 2021 1 50 pmDikemaskini 2 15 pmKEMAS KINI Laporan ini dikemas kini dengan penafian dari sumber Istana Negara Sumber Istana Negara menafikan dakwaan bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim diberi perkenan un...
Gandingan Mantap Kabinet Anwar Yang Bakal Menyelamatkan Negara

Gandingan Mantap Kabinet Anwar Yang Bakal Menyelamatkan Negara

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 346 hits
agendadaily com31 7 2021Impian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu semakin hampir menjadi kenyataan dan pemimpin utama Pakatan Harapan nampaknya semakin geli geli untuk memegang tampuk pemerintahan sek...
Muhyiddin Letak Jawatan Buka Ruang Perubahan Negara Anwar

Muhyiddin Letak Jawatan Buka Ruang Perubahan Negara Anwar

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 293 hits
malaysiakini comDiterbitkan 16 Aug 2021 5 50 pmDikemaskini 6 01 pmKetua pembangkang Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri hari ini Pada masa sama dia menggesa semua pihak un...
Saya Pilih Anwar Kerana Negara Lebih Utama Dari Bangsa Kata Prof Agus

Saya Pilih Anwar Kerana Negara Lebih Utama Dari Bangsa Kata Prof Agus

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 206 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE August 18 2021Saintis politik Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata beliau memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri pilihannya kerana lebih mementingkan negara dari bangsa Kenapa DSAI pilihan saya ...
Anwar Calon Pm Mampu Satukan Negara Keadilan Sarawak

Anwar Calon Pm Mampu Satukan Negara Keadilan Sarawak

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 242 hits
Pencalonan Pengerusi Pakatan Harapan sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke 9 disokong penuh oleh KEADILAN Sarawak Menurut Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak Abun Sui Anyit pencalonan Anwar yang turut disokong oleh ...
114 Mp Dijemput Ke Istana Negara Nama Anwar Tiada

114 Mp Dijemput Ke Istana Negara Nama Anwar Tiada

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 257 hits
agendadaiky com19 8 2021Istana Negara Nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan memiliki majoriti sebelum ini tidak berada dalam senarai Ahli ahli Parlimen yang dijemput ke Istana Negara pada Khamis Daripada 114 nama MP...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah