Anwar Pm Paling Teruk Jika Gagal Tunai Janji Reformasi Suaram


malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Apr 27, 2023
Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri paling teruk jika gagal menunaikan janji reformasi yang telah dibuat Pakatan Harapan (PH) selama ini, kata kumpulan hak asasi manusia Suaram.

Menyifatkan kerajaan lambat dalam memperkenalkan dasar berkaitan melindungi hak asasi manusia, pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy mempersoalkan tekad politik kerajaan untuk mengubah undang-undang zalim dan kuno di negara ini.

Dia memberitahu pemberita petang ini bahawa mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada Anwar, yang telah menjadi mangsa kezaliman polis dan mangsa penahanan tanpa bicara, untuk melakukan sesuatu sekarang ketia dia mempunyai kuasa.

“Jadi, sebagai bekas mangsa, (dan dikenali sebagai) Bapa Reformasi, harapan itu (tinggi).

“... apa yang kita nak lihat antara menteri sebelum ini dan perdana menteri sekarang, saya nak kata Anwar adalah pilihan yang lebih baik berbanding PM sebelum ini, kerana agenda reformasi dan latar belakangnya.

"Tetapi dengan latar belakang itu, jika dia gagal melaksanakannya, dia akan menjadi perdana menteri yang paling teruk. Kerana perdana menteri sebelum ini tidak banyak memberikan janji dari segi reformasi dan semua itu," katanya semasa persidangan yang diadakan di Kuala Lumpur untuk melancarkan Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia Suaram 2022 hari ini.
Sevan diminta pandangannya terhadap pentadbiran persekutuan pimpinan Anwar, termasuk sama ada Suaram berpuas hati dengan usaha hak asasi manusia yang telah diambil oleh kerajaan sejak ia berkuasa pada November tahun lalu.

Menurut Sevan, Anwar sepatutnya menjadi pemimpin yang boleh dicontohi dalam memperkenalkan reformasi ke dalam agenda negara terutama dari segi undang-undang yang tidak baik, penahanan tanpa bicara dan penyeksaan dalam tahanan.

Tambahnya, ramai daripada anggota kabinet ketika ini juga merupakan sebahagian daripada kumpulan pembela hak asasi semasa mereka menjadi pembangkang.

"Mesej terakhir yang kami dapat dalam media ialah reformasi itu masih belum berada dalam senarai undang-undang yang ingin dipinda oleh kerajaan," tegasnya.

Antara undang-undang yang dirujuk oleh Sevan dan Suaram termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Pencegahan Jenayah, Akta Pencegahan Keganasan, dan Akta Dadah Berbahaya, yang masih mempunyai klausa yang memberikan kuasa untuk menahan suspek dalam tempoh yang panjang tanpa perlu mendakwa mereka di mahkamah.

NGO itu mengkritik Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail kerana mengatakan bahawa Sosma diperlukan dan kerajaan tidak akan memansuhkan akta itu.

Sevan mendakwa Saifuddin juga masih belum menghubungi pihak berkepentingan seperti Suaram untuk membincangkan pembaharuan undang-undang itu.

Bagaimanapun, Sevan memuji Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said dan timbalannya, serta timbalan Saifuddin, yang menurutnya telah mengadakan sesi libat urus dengan mereka untuk membincangkan agenda reformasi yang penting.

Sevan berkata, kerajaan belum boleh mendabik dada selepas memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini kerana menurutnya isu hukuman mati hanyalah salah satu daripada banyak lagi undang-undang penting yang perlu diperbaharui.

Ia termasuk Akta Hasutan, yang Suaram percaya perlu dimansuhkan kerana ia menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/04/anwar-pm-paling-teruk-jika-gagal-tunai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suaram With Activist Track Record Anwar Must Realise Proposed Reforms Or Risk Being Seen As Worst Pm

Suaram With Activist Track Record Anwar Must Realise Proposed Reforms Or Risk Being Seen As Worst Pm

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 246 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim may risk being labelled the worst prime minister Malaysia ever had if he does not make concerted efforts to implement the changes and amendments he preached when he was in the Opposition human rights watchdog Suaram...
Pkr Mp Suaram S Criticism Of Anwar Unfair

Pkr Mp Suaram S Criticism Of Anwar Unfair

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 187 hits
Suaram was not fair in its criticism of Prime Minister Anwar Ibrahim said Bayan Baru MP Sim Tze Tzin This comes after its executive director Sevan Doraisamy said that Anwar will be the worst prime minister in the country if he fails to fulf...
Beri Saya Beberapa Tahun Malaysia Akan Semarak Semula Sebagai Suara Raksasa Janji Pm Anwar

Beri Saya Beberapa Tahun Malaysia Akan Semarak Semula Sebagai Suara Raksasa Janji Pm Anwar

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 203 hits
nbsp Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat Malaysia memberikan tempoh kepada Kerajaan Perpaduan pimpinannya beberapa tahun dalam membuktikan pembentukan tatakelola pentadbiran yang baik selain menghapuskan amalan sakau men...
Where Are Rights Reforms Suaram Asks Former Victim Anwar

Where Are Rights Reforms Suaram Asks Former Victim Anwar

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 219 hits
Anwar Ibrahim will be the worst prime minister if he fails to deliver the reforms that Pakatan Harapan has touted over the years said human rights group Suaram Saying the new government has been slow in introducing policies to protect human...
Tak Sangka Rupanya Ada 2 Orang Ulama Yang Jadi Penggerak Reformasi Sebelum Merdeka Ingatkan Anwar Ibrahim Mula Dulu

Tak Sangka Rupanya Ada 2 Orang Ulama Yang Jadi Penggerak Reformasi Sebelum Merdeka Ingatkan Anwar Ibrahim Mula Dulu

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 226 hits
Tak sangka Rupanya ada 2 orang ulama yang jadi penggerak Reformasi sebelum merdeka ingatkan Anwar Ibrahim mula dulu Pada awal abad ke 19 muncul dua tokoh yang cuba mengajak orang Melayu kembali kepada ajaran Islam sebenar iaitu Syed Sheikh ...
Kuih Sagu Paling Mudah Buat Teksturnya Elok Tak Lembik Tak Keras

Kuih Sagu Paling Mudah Buat Teksturnya Elok Tak Lembik Tak Keras

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 185 hits
Siapa yang tak suka kuih sagu ini kan Rasanya memang sedap sangat Sering ditemui di gerai jualan kuih ini mudah saja cara pembuatannya jika tahu resipi dan teknik yang betul Untuk menghasilkan kuih sagu yang sedang elok teksturnya tidak lem...
Macamana Menteri Yang Paling Racist Boleh Jaga Perpaduan

Macamana Menteri Yang Paling Racist Boleh Jaga Perpaduan

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 179 hits
ICERD bukan perkara baru ujud di kerajaan PH tetapi sejak BN kenapa umno tidak matikan tamatkan tolak pada masa itu Takut pada mca mic ini murthy menambah kerosakan bukan sahaja tidak layak jadi menteri tetapi tidak layak juga jadi warganeg...
Cara Paling Berbaloi Nak Simpan Duit Raya Anak Anak Senang Besar Nanti

Cara Paling Berbaloi Nak Simpan Duit Raya Anak Anak Senang Besar Nanti

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 400 hits
Duit raya dikumpul anak anak usahlah dibiarkan berbelanja dengan senang hati Ada baiknya mak ayah bantu untuk membiakkan duit ini agar lebih banyak dan menyenangkan mereka bila besar nanti Apa mak ayah nak buat Simpanan bagaimana yang begit...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025