Anwar Mohon Maaf Program Ramadan Ala Pesta



Presiden PKR Anwar Ibrahim memohon maaf berhubung program berbuka puasa anjuran Pemuda PKR yang bersifat pesta.

"Kita terima sedikit bantahan dan kekesalan satu program dianjurkan oleh Pemuda PKR menyambut Ramadan iftar malam tadi dengan acara pesta-pestaan, lagu dan bunga api.

"Saya minta maaf ke atas keterlanjuran ini," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR hari ini yang turut disiarkan di Facebook.

Anwar bagaimanapun tidak memperincikan program yang dimaksudkan.

"Saya memberi teguran keras kepada Pemuda PKR supaya menghormati bulan Ramadan dan tidak menjalankan kegiatan yang menyimpang dari tradisi budaya Islam.

"Ketua Pemuda PKR menjelaskan program ini diselenggarakan oleh timbalan beliau dan saya minta Pemuda PKR supaya memperbaiki kelemahan ini," tambahnya.

Dalam isu berasingan, Anwar berkata PKR sedang menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil tindakan berhubung dakwaan gangguan seksual melibatkan Ahli Parlimen Sungai Siput S Kesavan.

Jelas Anwar, dalam mesyuarat hari ini, PKR juga memutuskan agar pimpinan pusat dan biro politik ditugaskan untuk menguruskan jentera kempen parti seluruh negara.

Bagi Sarawak, kata Anwar, jentera kempen PKR akan diterajui Menteri Kerja Raya Baru Bian yang akan dibantu pemimpin PKR lain iaitu Ali Biju, Saifuddin Nasution, Tian Chua dan Xavier Jayakumar.

"Mereka akan memulakan tugas secepat mungkin untuk merangka strategi mengadakan rundingan dengan parti-parti komponen dan mempersiapkan satu jentera yang boleh berikan satu landasan yang cukup berkesan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak," katanya.

Anwar berkata, pimpinan PKR juga hari ini membincangkan tentang kebimbangan konflik AS dan Iran yang menyaksikan pembinaan aset tentera.

"PKR membantah sekeras-kerasnya provokasi AS dan menggesa institusi antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi meredakan ketegangan yang boleh menyebabkan tercetusnya perang.

"PKR juga menggesa kerajaan Malaysia untuk membuat pendirian lebih tegas terhadap provokasi dan ancaman perang AS," katanya.

Anwar menambah bahawa PKR berharap Organisasi Negara Islam (OIC) yang akan bermesyuarat di Makkah pada 31 Mei turut mengambil pendirian serupa.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/anwar-mohon-maaf-program-ramadan-ala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khatam Quran Setiap Ramadan Selama 14 Tahun Ustaz Mohon Maaf Pernah Kutuk Rosmah

Khatam Quran Setiap Ramadan Selama 14 Tahun Ustaz Mohon Maaf Pernah Kutuk Rosmah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 339 hits
KUALA LUMPUR Pendakwah Ahmad Husam Baderuddin mendedahkan Datin Seri Rosmah Mansor mengkhatam Quran setiap kali Ramadan selama lebih 14 tahun Ahmad Husam berkata perkara itu dimaklumkan seorang ustaz yang dikenalinya ketika menghadiri majli...
Ahmad Zahid Teruskan Program Tahunan Ramadan Bersama Rakyat

Ahmad Zahid Teruskan Program Tahunan Ramadan Bersama Rakyat

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 315 hits
BAGAN DATUK 22 Mei 8211 Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan program tahunan pada bulan Ramadan bersama masyarakat di sini pada majlis tadarus al Quran hari ini Beliau yang merupakan Ahli Psarlimen Baga...
Program Tadarus Al Quran Ihya Ramadan Jpn Johor 2019 Spmict

Program Tadarus Al Quran Ihya Ramadan Jpn Johor 2019 Spmict

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 618 hits
Program Tadarus Al Quran Ihya Ramadan JPN Johor 2019 SPMICT Tahun ni kami bersama dengan Pejabat Pengarah dan Pejabat Timbalan Pengarah dengan dibimbing oleh ustaz Zaieme Mohamad Kami dapat surah At Taubah hingga Yunus Alhamdulillah Tadarus...
Anwar Apologises For Carnival Like Ramadan Event

Anwar Apologises For Carnival Like Ramadan Event

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 435 hits
PKR president Anwar Ibrahim has apologised for a carnival like Ramadan event organised by the party s youth wing We received some objections and expression of regret over a PKR Youth event for Ramadan iftar with carnival like events songs a...
Bergambar Beberapa Program Anwar Di Port Dickson

Bergambar Beberapa Program Anwar Di Port Dickson

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 434 hits
Menunaikan solat Isya dan tarawih di Kg Sirusa Port Dickson malam tadi Saya turut menyampaikan tazkirah Juga program moreh perdana bersama penduduk Alhamdulillah Menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada para asnaf dan juga bersama dalam Majli...
Mp Dap Anjur Program Isi Minyak Percuma Untuk Penghantar Makanan Bermotorsikal Sempena Ramadan

Mp Dap Anjur Program Isi Minyak Percuma Untuk Penghantar Makanan Bermotorsikal Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 503 hits
Bukan boleh puak puak ni kalau ada idea baru Kalau dulu Dap ni pujaan hatiku malah di Penang satu ketika dahulu PKR pun tak dapat banyak tempat seperti ahli Pas Bila dah benci langsung apa sahaja yang dibuat oleh Dap salah belaka Tu la dia ...
Terkejut Aku Sup Perut Sebungkus Rm98 Pelanggan Terkejut Harga Sup Perut Melampau Di Bazar Ramadan

Terkejut Aku Sup Perut Sebungkus Rm98 Pelanggan Terkejut Harga Sup Perut Melampau Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 643 hits
Kecoh di laman sosial Facebook seorang lelaki kecewa dan sedih apabila memberli sup perut campur di bazar Ramadan Tun Dr Ismail Kuala lumpur berharga RM98 sebungkus BACA Perkongsian lelaki tersebut di laman sosial menimbulkan pelbagai reaks...
Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Magnitude 5 7 Quake Hits Indonesia S East Java Near Holiday Island Bali Agency Says

Paracetamol Vaccines Won T Cause Autism Says Health Ministry

Your Countries Are Going To Hell Trump Tells Europe

Ciri Ciri Makanan Kucing Yang Bagus Sihat Panduan Pemilik Kucing

Barnsbury House By Architecture For London A Grade Ii Listed Georgian Home In The Barnsbury Conservation Area


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Lucky Cup Menu Signature Drinks Must Try Favorites

Sekadar Penjelasan Ringkas

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Bila Mati Korang Rasa Roh Akan Balik Rumah Tak

Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun Lauk Simple Tapi Paling Laju Habis