Anwar Jangan Pakai Nama Islam Kalau Nak Bohong Fitnah


Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 4:18 petang

Presiden PKR Anwar Ibrahim sekali lagi menafikan dakwaan PAS bahawa ada usaha membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, dan mengecam parti itu yang terus membangkitkan perkara itu.

Anwar berkata PAS tidak sepatutnya terus menggunakan nama Islam jika ingin menggunakan politik "untuk gelanggang fitnah dan bohong".

"Saya nak nasihat, orang Islam tak boleh fitnah. Dia (PAS) boleh bohong, sekarang dia boleh fitnah. Kalau nak guna politik untuk gelanggang fitnah dan bohong, jangan guna nama Islam.

"Dia merosakkan imej Islam atas nama parti agama. Ada orang bukan Islam kata 'syeikh sekarang boleh bohong, boleh fitnah'.

"Kita boleh berpolitik (tetapi) hentikan politik fitnah dan bohong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Lembah Pantai di Bangsar, hari ini.

Isu undi tidak percaya mula dibuat PAS melalui setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan yang mendakwa ia didalangi dua parti komponen Pakatan Harapan (PH), dan PAS akan menyokong Mahathir jika ia berlaku.

Pada 19 Februari Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa ada pihak dalam PH yang ingkar terhadap Mahathir. Selain membangkitkan dakwaan berkenaan PKR, beliau juga menggesa DAP mengisytiharkan menyokong Mahathir menjadi perdana menteri sehingga PRU ke-15.

Hari ini Muhammad Khalil dalam satu kenyataan menamakan Anwar sebagai dalang terhadap usaha itu.

'Alih perhatian isu RM90 juta'

Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson sekali lagi berkata PAS cuba menggunakan isu itu untuk mengalihkan perhatian daripada dakwaan penerimaan dana RM90 juta daripada Umno yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ditanya adakah beliau menafikan dakwaan PAS itu, Anwar berkata:

"Saya kata (ia) bohong dan fitnah."

Selain Takiyuddin dan Muhammad Khalil, beberapa lagi pemimpin PAS yang membangkitkan isu undi tidak percaya itu adalah presidennya Abdul Hadi Awang dan Anggota Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz.

Pendirian PAS terhadap Dr M kini dilihat berbeza dengan sebelum PRU dahulu, apabila parti itu tampak lebih banyak mengkritik PH dan Mahathir berbanding BN ketika kempen PRU.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya menggesa PH tidak terheret dengan dakwaan itu.

"Jangan terheret dengan mainan politik PAS, khususnya Hadi yang cakap kadang-kadang boleh bohong," katanya merujuk kenyataan Hadi ketika membela pengakuan Nik Abduh dalam isu rakaman audio berkenaan dakwaan menerima dana Umno.

"Dia (Hadi) nak tutup kes RM90 juta...Kita nak fokus dalam soal pembangunan dan selesaikan masalah ekonomi negara," katanya lagi.

Terdahulu, beberapa pemimpin utama parti komponen PH menafikan dakwaan undi tidak percaya, antaranya Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/anwar-jangan-pakai-nama-islam-kalau-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Politik Fitnah Dan Bohong Anwar

Hentikan Politik Fitnah Dan Bohong Anwar

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 438 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya Pas berhenti menggunakan politik sebagai gelanggang untuk menabur fitnah dan pembohongan Saya nasihat sebagai orang Islam saya ingin nyatakan kita boleh berpolitik tetapi he...
Anwar Tells Pas Not To Harm Islam S Image With Lies

Anwar Tells Pas Not To Harm Islam S Image With Lies

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 334 hits
Leaders from Islamist party PAS should not lie as it would only hurt Islam s reputation PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim said today Anwar gave the advice as a Muslim himself to PAS after a leader from the political party alluded to hi...
Biarlah Anwar Percaya Fitnah Rm90 Juta

Biarlah Anwar Percaya Fitnah Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 272 hits
Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad berkata biarlah Dato Seri Anwar Ibrahim percaya fitnah RM90 juta Kami ahli PAS tetap tidak percaya Dato Seri Anwar melakukan liwat ujarnya kepada Harakahdaily Katanya kalau 30 juta rakyat Malaysia memperc...
Jangan Bohong Dap Tiada Niat Jatuhkan Mahathir

Jangan Bohong Dap Tiada Niat Jatuhkan Mahathir

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 287 hits
Kronologi Asakan DAP Terhadap Dr MahathirBila rancangan dah bocor DAP cuba menafikan adanya usaha untuk melakukan undi tak percaya pada Dr Mahathir bila parlimen bersidang nanti Tapi macam biasalah namanya pun dah DAP Apa yang di cakap tak ...
Stop Tarnishing Image Of Islam With Lies Anwar Tells Pas Leaders

Stop Tarnishing Image Of Islam With Lies Anwar Tells Pas Leaders

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 392 hits
PKR president Anwar Ibrahim has taken a swipe at PAS leaders whom he accused of tarnishing the image of Islam by spreading lies and slander for their own party s political interests I would like to advise that Muslims are forbidden from spr...
Jangan Cuba Gagalkan Anwar Jadi Pm Abdullah Sani

Jangan Cuba Gagalkan Anwar Jadi Pm Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 319 hits
SHAH ALAM Setiap kali timbul isu membabitkan apakah benar wujud cubaan untuk menggagalkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri pastinya Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid akan menjad...
Dr Maza Bohong Ambil Duit Manifesto Tak Diterima Dalam Islam

Dr Maza Bohong Ambil Duit Manifesto Tak Diterima Dalam Islam

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 501 hits
MALAYSIAKINI Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam hanya membenarkan umatnya berbohong dalam perkara tertentu disebabkan faktor keselamatan Menurutnya seseorang Muslim tidak berdosa jika berbohong dalam keadaan perang atau m...
Teruk Sungguh Dah Penyakit Kemaruk Anwar Nak Jadi Perdana Menteri Dah Elok Dia Daftar Ke Hospital Untuk Rawatan

Teruk Sungguh Dah Penyakit Kemaruk Anwar Nak Jadi Perdana Menteri Dah Elok Dia Daftar Ke Hospital Untuk Rawatan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 659 hits
Sana sini sampai ke luar negara Anwar Ibrahim memberitahu dia yakin dia akan dilantik sebagai Perdana Menteri kurang dari tempoh 2 tahun Sampai ke luar negara Anwar Ibrahim mencanangkan dia adalah bakal Perdana Menteri ke 8 Memang teringin ...
Klasifikasi Luka Bakar Ringan Sedang Dan Berat Jangan Diatasi Pakai Odol

Klasifikasi Luka Bakar Ringan Sedang Dan Berat Jangan Diatasi Pakai Odol

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 335 hits
Senyumperawat com Klasifikasi luka bakar adalah luka bakar ringan sedang dan berat Klasifikasi tersebut didasarkan pada luas luka bakar yang terjadi Selain itu juga berdasarkan derajatnya Berdasarkan luas luka bakar itu untuk luka bakar ber...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord