Anwar Ikrar Pertahan Speaker Timbalan Speaker Parlimen


Faiz ZainudinPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata, pelantikan speaker dan timbalan
speaker Dewan Rakyat dibuat secara sah dan tidak ada sebab mereka perlu
disingkirkan.PETALING JAYA: Ketua pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu berikrar akan menggagalkan usul untuk menyingkirkan speaker, Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya, Nga Kor Ming pada persidangan Dewan Rakyat 13 Julai ini.
Katanya, pemilihan Ariff dan Nga dibuat secara sah dan tiada sebab untuk mereka ditukar.
“Dalam sidang Parlimen kali ini (13 Julai), kita harus tegas mempertahankan kedudukan speaker dan timbalan speaker yang dipilih secara sah,” katanya dalam siaran langsung di Facebook malam ini.
Anwar yang juga presiden PKR berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersikap jumud kerana menjadikan alasan pandemik Covid-19 bagi menghalang persidangan Parlimen lebih panjang sebelum ini.
“Dulu mereka beri alasan kita ada Covid-19, tidak payah bincang, buang masa. Sikap jumud beginilah menyebabkan kita menyerah nasib negara dan keseluruhan rakyat kepada beberapa kerat penguasa,” katanya merujuk kepada persidangan sehari Dewan Rakyat pada 18 Mei lepas.
Pada 26 Jun Muhyiddin mengemukakan usul bagi menggantikan Ariff dan Nga dalam persidangan yang dijadualkan pada 13 Julai ini.
Ariff yang mengesahkan menerima usul itu berkata, usul berkenaan diterima mengikut amalan biasa dan selari dengan Peraturan Majlis Mesyuarat.
Dalam perkembangan lain, Anwar menggesa sekutunya dalam PH supaya kekal dalam perjuangan dan tidak lari daripada prinsip sehingga terdesak untuk kembali berkuasa.
“Semangat dalam PH jangan dirungkai, jangan terdesak terpaksa bergantung di dahan yang rapuh yang kemudian akan menikam kita. Seperti yang berlaku sebelum ini, letak jawatan sesuka hati tanpa rujukan kepada sesiapa, kucar kacir kita, langgar prinsip dan juga manifesto.
“Perkukuh PH. DAP, Amanah dan PKR harus mantap,” katanya dan secara berkias dipercayai merujuk kepada sekutunya dalam PH yang menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri PH yang baru.
Anwar turut menafikan dakwaan bahawa gabungan PH berpecah susulan perbezaan pendapat berhubung isu calon perdana menteri.
“Saya ingin jelaskan dalam mesyuarat PH dari awal, bukan sahaja wakil PKR, tetapi juga Amanah dan DAP tidak pernah pertikai mandat rakyat 2018 dan janji peralihan kuasa hanya kerana berlaku perbezaan pendapat tentang soal calon perdana menteri.
“Ini tidak harus dijadikan isu untuk jejaskan hubungan, walaupun di peringkat bawah kadang-kadang ada sedikit tegur menegur dan serang menyerang.
“Saya harap ia dihentikan kerana ini mengganggu pendirian kita dalam PH,” katanya dipercayai merujuk kepada cadangan terbaru untuk menamakan presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH selepas Mahathir sekiranya gabungan itu berjaya memperoleh semula kuasa kerajaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/anwar-ikrar-pertahan-speaker-timbalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Bantah Cadangan Pengerusi Spr Datuk Azhar Sebagai Speaker Parlimen Baharu

Pemimpin Umno Bantah Cadangan Pengerusi Spr Datuk Azhar Sebagai Speaker Parlimen Baharu

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 555 hits
KUALA LUMPUR Seorang pemimpin Barisan Nasional memohon penjelasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mencadangkan pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat b...
Kontroversi Speaker Parlimen Baharu

Kontroversi Speaker Parlimen Baharu

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 619 hits
TANGGAL 13 Julai hadapan merupakan tarikh penentuan masa hadapan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga kerajaan pimpinannya Perikatan Nasional Selepas lebih tiga bulan mentadbir kerajaan yang diambil alih Perikatan Nasion...
Timbalan Speaker Dns Baharu Diumum 13 Julai Mb

Timbalan Speaker Dns Baharu Diumum 13 Julai Mb

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 432 hits
PETALING JAYA 4 JULAI Timbalan Speaker baharu bagi Dewan Negeri Selangor diumum pada 13 Julai ini kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata pengumuman itu dibuat ketika sesi pembukaan Sidang DNS serta menegaskan lantikan tida...
Speaker Parlimen Akan Diganti Art Harun Antara Calon Dipertimbangkan

Speaker Parlimen Akan Diganti Art Harun Antara Calon Dipertimbangkan

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 538 hits
Beberapa anggota bukan Ahli Parlimen sedang dipertimbangkan untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menjelang persidangan parlimen yang dinanti nantikan Di antara mereka yang bertanding adalah Ketua Suruhanjay...
Pertama Dalam Sejarah Pm Serah Usul Singkir Speaker Ariff Timbalan Nga

Pertama Dalam Sejarah Pm Serah Usul Singkir Speaker Ariff Timbalan Nga

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 754 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming Seorang lagi timbalan speaker Ahli Parlimen Batu Pahat Rashid Hasnon kelihatan tidak terj...
Kenapa Abah Nak Singkirkan Speaker Dan Timbalan Speaker

Kenapa Abah Nak Singkirkan Speaker Dan Timbalan Speaker

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 470 hits
HAMSINA HAMZAH kata tak mahu sentuh isu politik main politik ketika Covid 19 ni Tapi sibuk sangat nak singkir Speaker dan Timbalan Speaker sekarang ni tu kenapa KALAU BENAR dakwaan KERAjaan PN memang ada majoriti dalam parlimen kenapa takut...
Parlimen Tukar Speaker Dewan Rakyat Keputusan Berprinsip Wan Ahmad

Parlimen Tukar Speaker Dewan Rakyat Keputusan Berprinsip Wan Ahmad

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 554 hits
Oleh Wartawan Suara Merdeka TINDAKAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menfailkan usul di parlimen untuk menamatkan lantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff dan timbalan speaker Nga Kor Ming adalah satu kep...
Ahli Parlimen Pembangkang Bantah Tukar Speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Pembangkang Bantah Tukar Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 549 hits
Oleh Rohaniza IdrisWakil pembangkang mahu Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dikekalkan NSTP MOHD YUSNI ARIFFINKUALA LUMPUR Sekumpulan ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan penukaran Yang Dipertua Dewa...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Jalan Jalan Cari Makan

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Malaysian Ringgit Forecast 2026 How To Find The Lowerst Exchange Rates

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Easy Beef Liver Recipe Goan Style

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah

Isu Kesihatan Lelaki Di Malaysia Mengapa Lelaki Hidup Lebih Singkat Dan Apa Puncanya

Cara Simpan Daun Kesum Agar Kekal Segar Lebih 2 Minggu Petua Mudah Berkesan

Ain Syakirah Feat Farah Insyirah Rindu Rinduan Jadi Kenangan Chord

Empati Yang Terlalu Dalam Sunyi Yang Terlalu Jujur