Anwar Dan Syed Muhammad Naquib Al Attas 1967 1976


 



Anwar mula berkenalan dengan Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas semasa berada di Universiti Malaya (UM). 


Beliau waktu itu terlibat dengan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (UM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Kerana begitu menonjol terutama di pentas Speaker’s Corner UM, Anwar cepat dikesan, dibimbing dan diangkat menjadi pimpinan kedua-dua pertubuhan tersebut kemudian. Beliau juga turut dilantik menjadi Setiausaha Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh YM Tunku Abdullah pada ketika itu. 


Dalam sikap kepimpinannya, Anwar sentiasa mengajak rakan-rakan mendekati ilmuwan dan al-Attas adalah antara ilmuwan yang rapat dengan mereka kerana sering bertemu. Dalam siri pertemuan inilah kepercayaan terbentuk. 


Al-Attas kemudian menjadi Dekan di Fakulti Sastera UM. Dalam tempoh tersebut beliau menulis The Origin of the Malay Sha’ir dan Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago. 


Al-Attas juga aktif mengambil bahagian dalam hal ehwal semasa misalnya ketika tampil menjamin empat mahasiswa, termasuk antaranya Abdul Aziz Deraman, selaku Setiausaha PBMUM ketika itu (beliau pernah menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kemudian) yang ditangkap rentetan kempen anti-Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu. 


Al-Attas bahkan pergi lebih jauh apabila terlibat dalam penubuhan Parti Gerakan bersama abangnya, Dr Syed Hussein Alatas. Beliau pernah tampil mewakili Gerakan dalam debat kebudayaan bersama Lim Kit Siang di auditorium MARA untuk mempertahankan kepentingan bahasa Melayu. Sebagai latar, dekad 1960-an adalah dekad penting perjuangan bahasa Melayu dengan tergubalnya Akta Bahasa Kebangsaan. Proses Malayanisasi juga membolehkan banyak perjawatan tinggi kerajaan bertukar daripada warga asing kepada anak tempatan termasuk Profesor Diraja Dr Ungku Aziz yang diangkat menjadi Naib Canselor UM menggantikan J. H. E. Griffiths.


Bukan sahaja itu, PBMUM dan PKPIM khususnya telah mula memperjuangkan penubuhan universiti yang mengutamakan bahasa Melayu dan juga universiti Islam. 


Dalam hubungan ini, al-Attas turut menyokong kempen mengecat papan tanda bertulisan Inggeris di seluruh kampus UM yang dilancarkan oleh Persatuan Bahasa Melayu UM di bawah pimpinan Anwar sebagai satu bentuk penegasan agar UM lebih serius dalam menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti. 


Perjuangan bahasa ini tidak terhenti di situ kerana mereka sekali lagi bersama dalam kempen penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana al-Attas kemudian menjadi antara pengasas bersama. Sebagai antara pengajar terawal di UKM, al-Attas telah mengasaskan pembentukan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) yang kini telah berkembang mengambil nama baru sebagai Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). 


Ketika di UKM inilah al-Attas menyampaikan ucapan ke-Profesor-an beliau yang kemudian diterbitkan dengan tajuk Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 


Hubungan mereka berterusan apabila Anwar, selepas bergraduat, diambil menjadi tutor untuk kursus Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu di UKM. Antara mahasiswa yang sempat dibimbing ialah Profesor Dr Rahman Shaari, sasterawan negara berasal dari Perlis. 


Menjelang graduasi, Anwar dan rakan-rakan telah menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bagi melanjutkan perjuangan PKPIM. Al-Attas berperanan mereka bentuk logo ABIM. 


Hubungan ABIM dan al-Attas diteruskan dengan beberapa pertemuan bersifat usrah di mana sebahagian kandungannya kemudian dibukukan menjadi Risalah Untuk Kaum Muslimin. 


Al-Attas kemudian dijemput menyampaikan syarahan dan perkongsian di banyak pertemuan penting misalnya di Amerika Syarikat, Soviet Rusia, Iran dan Eropah. 


Selepas bergraduasi, Anwar kemudian dilantik menjadi Presiden ABIM dan MBM, di mana komitmen beliau semakin besar dan penting termasuk dalam urusan kepimpinan belia dan belia muslim serantau dan antarabangsa. 


Sehinggalah pada awal Disember 1974 terjadi demonstrasi besar rentetan isu kelaparan petani di Baling. Ia menyebabkan Anwar menjadi antara yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau hanya dibebaskan kira-kira 22 bulan kemudian. 


Semasa dalam tahanan, timbul keinginan untuk Anwar menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Al-Attas mengutus surat kepada Menteri menyatakan kesediaan beliau menerima Anwar sebagai mahasiswa Sarjana. Namun, kerana sumber rujukan terhad sepanjang tahanan serta keadaan yang kurang mendorong, pengajian ini tidak dihabiskan. 


Al-Attas ada mengunjungi Anwar semasa dalam tahanan dan mengutus surat kepadanya di mana terakam pantun berikut: 


Kemunting buah pedada,
Digoncang gugur tak jadi;
Bunga tersunting di atas dada,
Jasa pagar memakan padi.


Yang dijawab oleh Anwar melalui surat balas: 


Kemunting di dalam pagar,
Mekar layu gugur sendiri;
Dengan helah pencak pendekar,
Takkan tergugat pahlawan sejati.


— 
Amin Ahmad ialah penulis buku Anwar Ibrahim: Dari Cherok To’ Kun ke Kuala Kangsar. Beliau sedang menyiapkan jilid kedua biografi Anwar Ibrahim 1967-1971 yang dirancang terbit menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025, insya-Allah.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/anwar-dan-syed-muhammad-naquib-al-attas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Ibrahim Jawab Soalan Mengenai Sidang Kemuncak Asean Isu Laut C

Pm Anwar Ibrahim Jawab Soalan Mengenai Sidang Kemuncak Asean Isu Laut C

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 174 hits
Dato Seri Amirudin bin Shari Gombak minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil lawatan Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke 44 dan ke 45 pada 8 hingga 11 Oktober 2024 dan persiapan Malaysia dan hala tuju sebagai pengerusi ASEAN tahun 202...
Unfair To Keep Linking Me With Ex Aide Farhash Says Anwar

Unfair To Keep Linking Me With Ex Aide Farhash Says Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 174 hits
The prime minister says the contract in question was approved by the previous government not his administration Prime Minister Anwar Ibrahim said today it was unfair to continue linking him to his former political secretary following a news...
2 Hit Out At Anwar Aide Over Election Night Drama

2 Hit Out At Anwar Aide Over Election Night Drama

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 134 hits
Umno information chief Azalina Othman Said says Shamsul Iskandar Akin should not confuse the people while Nurulhidayah Ahmad Zahid thinks he is hallucinating Two Umno leaders have hit out at Prime Minister Anwar Ibrahim s aide Shamsul Iskan...
Pendedahan Arahan Lewat Malam Anwar Supaya Biarkan Zahid Menang Cetus Tanda Tanya

Pendedahan Arahan Lewat Malam Anwar Supaya Biarkan Zahid Menang Cetus Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 198 hits
Pendedahan mengejutkan oleh setiausaha politik Anwar Ibrahim baru baru ini bahawa beliau diarahkan presiden PKR itu untuk tidak mencabar kemenangan tipis lawannya Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengembalikan kontroversi di sebalik pembentuk...
Anwar Akui Gst Cukai Terbaik Perlu Sedikit Masa Laksana Semula

Anwar Akui Gst Cukai Terbaik Perlu Sedikit Masa Laksana Semula

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 95 hits
kosmo onlineOleh KOSMO 13 Oktober 2024 2 50 pmGambar hiasan PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan memerlukan masa beberapa tahun untuk direalisasikan Anwar turut ...
Peeegedah Bila Pulak Anwar Cakap Iktiraf Israel Jahat Betul Persepsi Kamu Ya

Peeegedah Bila Pulak Anwar Cakap Iktiraf Israel Jahat Betul Persepsi Kamu Ya

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 154 hits
Ni apa ni Bila pulak kerajaan kata akan Sebenarnya ini akibat daripada tak tahu nak buat apa lagi dah Hidup tak ada fungsi Kayu keras Jadi nak bagi nampak ada fungsi sikit beginilah caranya Dia pun tahu kerajaan iktiraf Israel Malahan pendi...
Ku Li Says Anwar Is All Talk Call For Reforms Merely Borne Out Of Anger Against Dr Mahathir

Ku Li Says Anwar Is All Talk Call For Reforms Merely Borne Out Of Anger Against Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 314 hits
UMNO veteran Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah has mocked his party s ally Datuk Seri Anwar Ibrahim s commitment to reform suggesting that the prime minister made such vows only out of anger against predecessor Tun Dr Mahathir Mohamad The man...
Masa Anwar Ibrahim Ada Di Parlimen Setiap Selasa Kamu Ponteng Penakut Rupanya Cakap Di Luar Saja

Masa Anwar Ibrahim Ada Di Parlimen Setiap Selasa Kamu Ponteng Penakut Rupanya Cakap Di Luar Saja

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 99 hits
La Jo Ir Perjumpaan pemimpin siyah di iran lagi penting kot Memyampaikan harapan Dan membawa amanah suara pengundi2 yang telah memberi kepercayaan pada mereka kemudian
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kadet Upnm Didakwa Sebabkan Cedera Pada Junior

Aliff Aziz Ajak Berselawat 1 000 Kali Sehari Tak Perlu Tunggu Jadi Baik Sebarkan Kebaikan

Saya Takkan Tinggalkan Anak Dengan Pembantu Rumah Saya Tak Percaya Mereka Walau Baik Macam Mana Anzalna Nasir

Khutbah Jumat 6 Adab Menghadiri Shalat Jumat

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah