Anwar Buat Batal Program Di Terengganu Azmin Pun Sama




Anwar batal program, Azmin pun sama
Kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin meruncing dengan terbaharu berlaku pembatalan dua program lawatan rasmi membabitkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke negeri ini.
Mengikut jadual, Anwar akan mengadakan program Jelajah Presiden PKR ke Terengganu pada 2 Ogos iaitu Jumaat ini manakala Mohamed Azmin pula atas kapasiti sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi ke majlis Silaturahim Bersama Pekebun Kecil RISDA di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini sehari sebelumnya iaitu esok.
Berikutan perkembangan itu, PKR Terengganu yang mengadakan sidang media khas di sini hari ini diketuai Pengerusinya, Azan Ismail lantas menyifatkan Mohamed Azmin sebagai melampau kerana membuat keputusan tergesa-gesa sehingga menyusahkan pihak lain.
Menurut Azan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bukan sahaja tergesa-gesa mengadakan programnya ke Terengganu yang didakwanya mengikut program Anwar malahan juga begitu mudah bertindak membatalkan program itu sejurus pembatalan program Anwar.
“Kita sepatutnya ada dua program iaitu Jelajah pemimpin PKR peringkat Pusat iaitu lawatan Presiden PKR (Anwar) ke Terengganu pada 2 Ogos (Jumaat ini) yang telah dirancang beberapa minggu lalu, namun kita juga ketahui tiga hari lalu Azmin pula selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi juga atur lawatan hampir sama iaitu sehari sebelum lawatan Datuk Seri Anwar ke Terengganu.
“Pembatalan Datuk Seri Anwar ke negeri ini kerana beliau bersama isteri dan keluarga akan mengerjakan ibadat Haji pada 3 Ogos ini (Sabtu) dan kami setuju tangguhkan lawatan beliau ke satu tarikh yang kita jangka akhir Ogos ini.
“Malangnya kami agak terkejut apabila terima satu pesanan whatsapp daripada Setiausaha Pegawai Tugas-Tugas Khas di Pejabat Menteri Hal Ehwal Ekonomi bahawa program lawatan Azmin esok juga dibatalkan,” katanya.
Sidang media itu turut dihadiri Naib Pengerusi I PKR negeri, Ahmad Saberi Ali; Pengarah Komunikasi PKR negeri, Ajwad Yusof dan Ketua Wanita PRK Kuala Ternegganu, Lau Mei LIng.
Azan seterusnya berkata, pihaknya terkilan dan kecewa dengan pembatalan mengejut program yang sepatutnya dihadiri Mohamed Azmin itu kerana telah menjejaskan segala persiapan melibatkan agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan terutama FELDA, FELCRA dan RISDA.
“PKR Terengganu memang tidak mempunyai apa-apa maklumat sehingga dua hari lepas kita terima kad jemputan dan surat daripada agensi tersebut yang memaklumkan tentang lawatan rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
“Saluran parti memang tak ketahui perkara ini dan saya ingin nyatakan pembatalan ini tidak ada kaitan dan tidak melibatkan apa-apa keputusan di peringkat PKR Terengganu, malah PH Terengganu juga keliru dan tak tahu tentang keputusan ini (pembatalan),” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/31/anwar-buat-batal-program-di-terengganu-azmin-pun-sama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 720 hits
MALAM Ahad lalu bertempat di kediaman rasminya di Seksyen 7 Shah Alam pada malam Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempamerkan pengaruh politiknya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menuturkan Saya tidak kisah saya tiada...
Perbezaan Antara Kes Seks Anwar Dan Azmin Bagi Dr Mahathir

Perbezaan Antara Kes Seks Anwar Dan Azmin Bagi Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 513 hits
Tun M tak sanggup diperalatkan untuk singkir Azmin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sanggup diperalatkan untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berikutan penularan video intim yang dikatakan mirip Mente...
Azmin Vs Anwar Tiada Lagi Penawar Mampu Merubatnya

Azmin Vs Anwar Tiada Lagi Penawar Mampu Merubatnya

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 303 hits
MALAM semalam sesiapa sahaja yang hadir ke kediaman rasmi Menteri Besar Selangor pastinya dapat merasai sendiri kepanasan suhu politik PKR yang sedang menggelegak dek kerana isu video seks dan mereka juga dapat meneka siapakah dalang penyeb...
Azmin Atau Anwar Akan Disiasat

Azmin Atau Anwar Akan Disiasat

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 359 hits
PETALING JAYA Spekulasi tersebar luas dalam kalangan pimpinan PKR bahawa polis mungkin akan menyoal seorang orang besar politik sebelum selesaikan siasatan ke atas video seks sejenis yang didakwa mengaitkan seorang menteri Seorang pemimpin ...
Polis Bingung Kenapa Bukan Azmin Yang Ditahan Dedah Setpol Anwar

Polis Bingung Kenapa Bukan Azmin Yang Ditahan Dedah Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 547 hits
Setiausaha politik kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan polis bingung kenapa dia yang ditahan dalam siasatan terhadap video seks sejenis melibatkan individu yang dikatakan mirip seorang menteri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak b...
Azmin Berikrar Akan Tetap Setia Kepada Anwar Didalam Pkr

Azmin Berikrar Akan Tetap Setia Kepada Anwar Didalam Pkr

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 500 hits
Timbalan Presiden KEADILAN Azmin Ali menggesa agar pihak media agar tidak melaga lagakan beliau dan presiden KEADILAN Anwar Ibrahim Beliau senada dengan Anwar bahawa mereka kekal sepasukan Ya dia adalah presiden parti dan saya timbalannya K...
Blaming Mahathir And Azmin For Anwar S Doing

Blaming Mahathir And Azmin For Anwar S Doing

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 408 hits
Anyway what makes these Pakatan Harapan people think the post of Prime Minister is Anwar s entitlement or God given right He is not my choice of Prime Minister Maybe he is the choice of one or two million Pakatan Harapan people But Malaysia...
Azmin Absent From Pkr Retreat Again Despite Anwar S Overtures

Azmin Absent From Pkr Retreat Again Despite Anwar S Overtures

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 430 hits
PKR deputy president Azmin Ali was a no show at the PKR leadership retreat at Port Dickson tonight Sources present at the retreat said Azmin did not turn up for a scheduled speech he was supposed to give This despite PKR president Anwar Ibr...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Budak Kilat

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tajwid Surat Ali Imran Ayat 190 191 Beserta Penjelasannya

Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik Dan Ada Kolam

Hidup Masa Kini

Bersenam Cegah Hati Berlemak Kenapa Anda Perlu Ambil Berat

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat

Resepi Apam Balik