Anwar Bin Ibrahim Berapa Kali Nak Ditipu




TERKINI!!!! WAJIB BACA!!

Semalam sekali lagi PKR menerima tamparan di muka apabila MP Lubuk Antu YB Tambat @ Jugah Antung melompat keluar PKR dan menyokong PN pimpinan Muhyiddin. Orang orang Anwar siang malam berzikir Bersatu, Atok atau Mahathir tidak boleh dipercayai. Runding lagi runding untuk bentuk kerajaan, disalahkan pula kompenan PH yang lain samada DAP atau AMANAH tidak setia kerana masih berbincang dengan Mahathir.

Hei Anwar bin Ibrahim! Dua jam lebih rakaman mesyuarat PH 21 Februari 2020 memperkenalkan siapa kawan dan siapa lawan. Yang bersuara menuntut diberi masa peralihan kuasa Tun M kepada Anwar sebagaimana perjanjian PH adalah Gobind Singh, Liew Chin Tong, Mat Sabu dan Khalid Samad. Aku ulang, Gobind, Chin Tong, Mat Sabu dan Khalid Samad. Yang mati matian menentang peralihan kuasa selain BERSATU adalah Azmin Ali, Zuraidah Kamarudin, Tian Chua. Tiga ekor ini parti DAP atau AMANAH atau BERSATU? Seorang lagi wakil PKR yang juga Ketua Sekretariat PH juga tidak bersuara membela Anwar melainkan turut sama lompat keluar PKR.

Paling kuat khianat Anwar dan khianat PH ialah pimpinan PKR sendiri. Bersambung dengan kejatuhan kerajaan PH Johor, Melaka, Perak dan Kedah. Yang melompat keluar adalah adun PKR. Kenapa nak disalahkan parti lain lagi? Pengkhianatan berlaku dalam parti sendiri. Entah siapa lagi selepas MP Lubuk Antu yang akan melompat keluar. Saya ulang, Yang khianat PH dan Anwar adalah orang PKR sendiri.

Anwar Ibrahim dan pemimpin muda setahun jagung seperti Syukri Razab (aku tak tahu mamat ni dari mana, tiba tiba sahaja menjelma dalam PKR) perlu akui dan tidak lagi menipu diri sendiri. Kaji balik kenapa jadi begitu? Jangan mudah-mudah menyalahkan parti lain. Rakaman mesyuarat PH 21 Februari membuktikan. Hanya DAP dan AMANAH yang teguh pada perjanjian PH ketika itu.

Keduanya! Berapa kali Anwar hendak ditipu dengan kononnya 'games' sendiri yang sebenarnya dimainkan oleh orang lain. Pendedahan CB (mamat ni bodoh juga sokong UMNO yang jahanamkan hidup dia selama ini). Tetapi pendedahan CB bahawa Anwar menyatakan dia dihubungi raja negeri itu dan anak raja negeri ini yang menyokong beliau menjadi PM dengan syarat buang Mahathir jauh jauh adalah satu perangkap memecahkan PH+. Apatah lagi dalam pendedahan itu Anwar mengaku bertemu Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin yang menyokong beliau menjadi next PM dan menjanjikan sokongan MP BERSATU team Muhyiddin.

Macamana Anwar boleh percaya game ini? Kalau Mahathir tua bangka itupun gilakan menjadi PM lagi, Anwar boleh percaya Muhyiddin hendak jadi PM separuh penggal sahaja dan lepaskan kepada beliau? Apa punya tidak cerdil percaya pada the real musuh. Baru sahaja tiga bulan Muhyiddin khianat PH dan khianat Anwar apabila melanggar perjanjian PH bahawa selepas Mahathir, Anwar PM. Boleh lagi percaya pada Muhyiddin.

Satu lagi. Sialan apakah ini sanggup berbincang dengan Hamzah Zainudin. Cepat sangatkah lupa Hamzah Zainudin lah yang menuduh Anwar mengorat/menggoda bini beliau beberapa tahun lalu? Google la bagi pembaca yang malas. Mana maruah Anwar? Mana kecerdikan Anwar peecaya dengan orang sebegini? Aku betul betul tak faham. Ini aku sebut Anwar menipu dan ditipu. Berapa kali? Entah sampai mati lah.

Samada anak raja kah, raja kah, Muhyiddin kah, Hamzah kah, Zahid kah, hatta Hadi Awang kah, semua itu hendak pecah belahkan PH+ Warisan dam Bersatu pro Mahathir. Sebab itu kadangkala aku mahu percaya yang orang kata MP PKR selalu lompat kerana boss dia juga tidak boleh dipercayai. Mudah sangat tertipu. Maaf Saudara Anwar, terpaksa aku berterus terang. Walaupun gaya tulisan ini saudara tahu siapa saya kerana sudah ku luahkan hal yang sama kepada orang kanannya. Tapi terpaksa kata pedih sebegini dengan harapan Anwar beringat!!!

Reformis Tulen

C&p...jgn melenting youbbb





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/anwar-bin-ibrahim-berapa-kali-nak-ditipu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fitnah Sultan Ibrahim Anwar Ibrahim Dikecam Bangsa Johor

Fitnah Sultan Ibrahim Anwar Ibrahim Dikecam Bangsa Johor

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 491 hits
Sebelum ini didedahkan bahawa Anwar Ibrahim mendakwa mendapat perkenan dari Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri daripada kerajaan Perikatan Nasional Sehubungan itu ramai rakyat Johor...
Tun M Shafie Apdal Sertai Mesyuarat Ph Diketuai Anwar Ibrahim

Tun M Shafie Apdal Sertai Mesyuarat Ph Diketuai Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 617 hits
Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Warisan Shafie Apdal dan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat di ibu pejabat PKR hari ini Mesyuarat hari ini akan diketuai Presiden PKR Anwar Ibrahim Perjumpaan itu bagi membincangkan ...
Anwar Ibrahim Merenung Persembahan 100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional

Anwar Ibrahim Merenung Persembahan 100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 449 hits
ANWAR IBRAHIM Hari ini genap 100 hari pentadbiran kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin Kita sedia maklum bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini tercipta dan berdiri dengan perencanaan beberapa tokoh dan babak pengkhianatan kepada a...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel