Anwar Beri Awang 3 Hari Untuk Mohon Maaf


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 22, 2023 3:29 PM
Anwar Ibrahim mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada bekas timbalan menteri, Awang Hashim berhubung kenyataan ahli parlimen Pendang itu yang menuduh perdana menteri berdendam lebih teruk daripada Dr Mahathir Mohamad

Menurut peguam Anwar dalam surat bertarikh hari ini Awang dituntut menarik balik kenyataannya secara terbuka, memohon maaf tanpa syarat dan berjanji tidak akan mengulangi dakwaan fitnah itu lagi.

“Kami telah diarahkan oleh pelanggan kami untuk menuntut daripada anda seperti berikut: Menarik balik perkataan fitnah secara terbuka, serta-merta dan tanpa ragu-ragu serta menarik balik semua komen yang menyinggung perasaan dan memfitnah.

“Permohonan maaf tanpa syarat dalam cara dan bentuk yang akan diluluskan oleh kami sebagai penasihat undang-undang untuk disiarkan dalam akhbar dan media pilihan peguam kami.

"Dan aku janji bertulis oleh anda untuk tidak mengulangi sebarang dakwaan atau komen seperti dalam perkataan fitnah dalam artikel."

Surat itu dikeluarkan peguam Anwar dari firma SN Nair & Partners.

Terdedah kepada kebencian awam

Melalui LOD berkenaan juga Anwar menuntut Awang memberikan kos pampasan substantif atas kerosakan reputasinya sebagai perdana menteri, serta semua kos perundangan yang timbul daripada perkara tersebut.

“Kami menunggu jawapan anda tanpa sebarang kelewatan. Jika pelanggan kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan dalam tempoh tiga hari dari tarikh notis, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap anda,” kata surat itu.

Pada 21 Feb lalu Awang dilaporkan menuduh Anwar lebih berdendam daripada Mahathir selepas salah seorang pemimpin kanan PN, Wan Saiful Wan Jan didakwa atas tuduhan rasuah di mahkamah.

Wan Saiful merupakan ketua penerangan Bersatu dan dia meletakkan jawatan tersebut hari ini.

Bersatu dan PAS adalah antara parti komponen PN yang pernah mentadbir negara selama kira-kira 17 bulan. Awang pernah dilantik menjadi timbalan menteri sumber manusia.
Dalam komennya Awang mempersoalkan mengapa kerajaan tidak membuat sebarang pertuduhan terhadap skandal kapal tempur pesisir (LCS) - kes yang dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami (PN) sebagai pembangkang, ugutlah apa saja… segala tribulasi dan fitnah yang kami hadapi lebih teruk.

“Bagi saya, kalau inilah permulaan PM, dia adalah perdana menteri paling teruk di Malaysia. Malah Dr Mahathir yang dikata zalim pun tak (sezalim itu) setakat ini.

“Sifat balas dendam PM ini sangat kuat dan sangat pendendam,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen.

Dalam LOD sama peguam Anwar berkata komen dibuat Awang adalah tidak benar, membebankan, mengelirukan dan tidak munasabah serta berniat jahat.

Katanya kenyataan itu dibuat untuk memburukkan imej Anwar di mata orang ramai sama ada di dalam atau luar negara sehingga ia mendedahkan perdana menteri kepada kebencian dan penghinaan.

Menurut LOD tersebut Anwar tidak pernah campur tangan dalam sebarang siasatan oleh agensi penguatkuasaan di negara ini, justeru tiada pendakwaan terpilih dibuat seperti yang dituduh Awang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/anwar-beri-awang-3-hari-untuk-mohon-maaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Beri Tempoh Tiga Hari Untuk Mp Pendang Minta Maaf Tapi Dia Tak Buat Dan Bersedia Untuk Ke Mahkamah

Anwar Beri Tempoh Tiga Hari Untuk Mp Pendang Minta Maaf Tapi Dia Tak Buat Dan Bersedia Untuk Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 88 hits
Seorang ahli parlimen PAS yang sedang berdepan tindakan undang undang daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyindir pengerusi PH itu Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini Awang Hashim menyoal jika perdana menteri tidak boleh terima kri...
Hari Pertama Pun Anwar Sudah Gagal

Hari Pertama Pun Anwar Sudah Gagal

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 323 hits
Sudah ada sejarah rekod buruk apabila berlaku pemusatan kuasa Dan untuk berulang beberapa skandal besar bukan mustahil Kuasa mutlak korup pun mutlak Kejayaan besar hanya datang dari satu pengagihan kuasa yang luas Dan team work yang datang ...
100 Hari Kerajaan Pentadbiran Anwar Tidak Gambarkan Kegagalan Mahupun

100 Hari Kerajaan Pentadbiran Anwar Tidak Gambarkan Kegagalan Mahupun

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 386 hits
Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggambarkan kegagalan mahupun kejayaan dalam tempoh 100 hari pemerintahan Malah jelas Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis berkata adalah satu yang...
Hadi Awang Ramal Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar Ibrahim Akan Tumbang Dalam Masa Terdekat

Hadi Awang Ramal Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar Ibrahim Akan Tumbang Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 136 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang meramalkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang dalam masa terdekat nbsp Hadi berkata demikian ketika berucap di sesi Dialog Ulama Negarawan Mendepani Cab...
Akhirnya Lebai Pas Mohon Maaf Kepada Anwar

Akhirnya Lebai Pas Mohon Maaf Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 187 hits
K ParkaranRazman Zakaria bersama peguamnya Naran Singh dan peguam Anwar Ibrahim SN Nair di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini TAIPING Ketua PAS Perak Razman Zakaria memohon maaf kepada Anwar Ibrahim hari ini kerana mendakwa Anwar membenarkan ...
Ini Kelemahan Anwar Suka Memaafkan Orang Orang Yang Menganiaya Beliau Pun Dimaafkan Kalau Lebai Hari Hari Fitnah

Ini Kelemahan Anwar Suka Memaafkan Orang Orang Yang Menganiaya Beliau Pun Dimaafkan Kalau Lebai Hari Hari Fitnah

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 82 hits
Anak Razman alkastami pun terpaksa membela ayah dia Puas dia pusing sana sini bila dpt tahu ayah dia dah melutut kat Anwar mintak maaf Anak mana tak malu bila dpt tahu ayah dia takde telo W FAUDZIN
Pakaian Sekolah Berkualiti Pilihan Ibu Bapa Di Pusat Pakaian Hari Hari

Pakaian Sekolah Berkualiti Pilihan Ibu Bapa Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 204 hits
Pakaian Sekolah Berkualiti Pilihan Ibu Bapa Di Pusat Pakaian Hari Hari Assalamualaikum Hi korang Pagini KakYa nak kongsi cerita KakYa dan anak anak bujang shopping pakaian dan kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari Alhamdulillah Kak...
Kek Hari Lahir Adik Angkat

Kek Hari Lahir Adik Angkat

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 221 hits
Assalamualaikum dan selamat malam Tiada mood untuk menulis blog malam ini Godek godek laptop jumpa gambar kek di bawah Tak pasti tahun 2021 atau 2022 Pemberian saya untuk adik angkat Kek saya tempah dengan Cikgu Aisyah kemudian diambil send...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja

Bekas Pemain Import Liga M Antara Ditahan Dalam Op Kutip