Anwar Bawa Penawar Kepada Malaysia



Dr Mujahid Yusof Rawa
Saat artikel ini ditulis, DSAI belum lagi mengadap YDPA untuk persembahkan majoriti yang didakwa ada padanya. Apa pun perkiraannya jika DSAI ternobat sebagai PM ke 9, ia bukan hanya kemenangan pada perjalanan jauh DSAI tetapi lebih dari itu ia akan menjadi satu medan ujian kepimpinan untuknya dalam suasana krisis covid yang sedang dilalui oleh negara dan dunia hari ini.Bukan semua krisis membawa kepada kehancuran malah krisis membentuk peluang untuk mencipta kejayaan. DSAI punya keunikan yang saya yakin mampu menjadi aset kepada gaya dan cara kepimpinannya mengatasi krisis nanti.Pertama, ketahanan DSAI telah diuji sedari 1998 lagi ketika aspirasi ‘REFORMASI’ mula berkumandang di pesada politik tanahair. Kalimat keramat ini menjadi mimpi ngeri kepada pengamal kronisma dan korupsi yang mula membengkak pada kerajaan yang beliau sendiri berada di posisi orang no 2 negara ketika itu. Perjalanan DSAI sejak itu penuh dengan ranjau dan duri untuk membetuli keadaan yang akhirnya membentuk jatidiri kepimpinan beliau hari ini. Keperibadian kalis ujian ini diharapkan dapat diterjemahkan dalam mengemudi tahap krisis yang dialami oleh negara sekarang.Detik krisis mendesak keperluan kepada kepimpinan yang kukuh jatidiri diterjemahkan melalui keikhlasan, ketelusan dan kejujuran menghadapi situasi yang menekan. Ia bukan kepuraan untuk menagih simpati tetapi perlaksanaan kepada satu penghayatan dan DSAI telah membuktikan kejujurannya terhadap apa yang diyakininya walaupun dipenjara dengan fitnah yang mengaibkan diri dan seluruh keluarganya.Kedua, DSAI tidak pernah undur dari menyatakan dengan penuh komitmen tentang kesepaduan rakyat rentas berbagai kaum dan agama. Solidariti pada saat krisis sangat terutama memandangkan ia akan melahirkan benteng ketahanan nasional bagi menghadapi rintangan ekonomi dan perpaduan kaum yang menekan. Kerajaan yang berpura-pura bercakap tentang kesepaduan nasional tetapi terpendam karat jahiliyah perkauman tidak mungkin mengemudi suasana krisis hari ini kerana hilang kejujurannya kepada komitmen untuk melahirkan ketahanan nasional.Ketiga, Kebangkitan radikalisme agama sangat ditentang oleh DSAI. Beliau terkenal dalam karier awalnya dalam ABIM menyeru kepada panduan agama yang sederhana dan menghormati prinsip hukum rentas kaum dan agama berteraskan keadilan dan kesaksamaan. DSAI diharapkan dapat membawa peranan agama dengan lebih berkesan dari sudut pemikirannya semasa krisis di mana kerangka MAQASID yang merupakan ruh syariah berupaya menjadi teras utama kepimpinannya untuk memgendalikan krisis negara hari ini.Keempat, pengalaman menerajui kerajaan semasa krisis tak akan sama apatah lagi tekanan ekonomi yang menjejas kehidupan rakyat. Kerajaan elit tidak diperlukan, DSAI perlu membawa kerajaan rakyat yang menuntut pengorbanan kepada ahli politik lebih daripada menuntut rakyat berkorban. Ini bermakna saiz kabinet yang lebih kecil, ahli parlimen tidak memegang jawatan GLC, pemotongan elaun pak menteri yang tidak perlu serta ketelusan tata kelola kewangan negara. Jiwa ‘suara rakyat suara keramat’ boleh diterjemahkan oleh DSAI bagi menangani persepsi rakyat yang muak dengan sikap elitis golongan pemerintah khususnya dalam menangani krisis negara.Akhirnya, komunikasi dengan rakyat perlu jujur dan telus. Tiada ‘double standard’ dalam penguatkuasaan, ketegasan kepada penceroboh atas apa jua kesalahan yang diperuntukkan dalam undang-undang perlu diadili dengan saksama. Ia sebuah kerajaan yang mendapat sokongan semua pihak kerana teras jaminan keamanahan dipelihara. Kesemua ini adalah seruan-seruan yang pernah dibawa oleh Pakatan Rakyat dan kemudian Pakatan Harapan yang DSAI menjadi antara faktor penentu utamanya bersama rakan kepimpinan lain. DSAI perlu terjemahkan aspirasi ini dalam kepimpinannya di saat krisis ini.Tidak terkecualu acara mewah dan pembaziran di kalangan menteri dan anggota kerajaan lain perlu dihentikan segera dalam masa krisis ini. DSAI yang telah melalui kesukaran sepanjang jalannya diyakini dapat menghayati jiwa dan denyut nadi rakyat marhaen dan perlu tegas kepada acara mewah dan membazirkan ini. Pegawai kerajaan yang terbiasa dengan formaliti majlis yang tidak sesuai pada saat krisis perlu diberi teguran keras.Krisis hari ini adalah soal kesihatan awam yang boleh menjejaskan nyawa, adalah sangat terutama kepimpinan DSAI membudayakan S.O.P dengan menekankan pendidikan dan kesedaran selain kuatkuasa. Pada waktu yang sama ekonomi harus dibuka dengan hati-hati untuk menjana aktiviti melalui kaedah ‘low touch economy’. Kepantasan adaptasi kerajaan baru nanti kepada keperluan ekonomi semasa akan membuka ruang untuk peluang pekerjaan dalam skema normal baharu yang pastinya mencabar kepimpinan DSAI nanti. Kejujuran, kesepaduan nasional, kerajaan berjiwa rakyat dan kepantasan adaptasi berekonomi dalam era kelaziman baru akan menjadi kayu pengukur kejayaan DSAI sebagai PM ke 9, sama-samalah kita doakan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29996

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Malaysia S Mr Yesterday The Wrong Man For Tomorrow

Anwar Ibrahim Malaysia S Mr Yesterday The Wrong Man For Tomorrow

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 409 hits
Anwar Ibrahim should make way for a new generation of leaders William Pesek Nikkei Asian Reveiw William Pesek is an award winning Tokyo based journalist and author of Japanization What the World Can Learn from Japan s Lost Decades Still mif...
Anwar Ibrahim An Obsession To Become Malaysia S Prime Minister

Anwar Ibrahim An Obsession To Become Malaysia S Prime Minister

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 292 hits
Known for both his tumultuous political career and his dogged decades long quest to lead Malaysia Anwar Ibrahim has become one of the most well known and controversial figures in South East Asia On the cusp of becoming prime minister severa...
Prihatin Penjana Bawa Malaysia Keluar Dari Kemerosotan Mof

Prihatin Penjana Bawa Malaysia Keluar Dari Kemerosotan Mof

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 257 hits
M Update 22 9 2020 Langkah proaktif awal kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara membantu Malaysia keluar dari kemerosotan akibat COVID 19 Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Ten...
Dari Cnbc Indonesia Malaysia Panas Anwar Ibrahim Temui Raja Siap Jadi Pm

Dari Cnbc Indonesia Malaysia Panas Anwar Ibrahim Temui Raja Siap Jadi Pm

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 257 hits
Berita Internasional Malaysia Panas Anwar Ibrahim Temui Raja Siap Jadi PM NEWS sef CNBC Indonesia 09 October 2020 07 30 SHARE Foto AP Vincent Thian Jakarta CNBC Indonesia Politikkembali tegang Pemimpin oposisi Malaysia Anwar Ibrahim mengaku...
Jangan Halang Anwar Jadi Pm Malaysia Makin Ketinggalan

Jangan Halang Anwar Jadi Pm Malaysia Makin Ketinggalan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 256 hits
Sejak Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dinafikan sebagai pengganti Perdana Menteri buat pertama kalinya pada 1998 Malaysia terus ditadbir oleh pemimpin pemimpin yang tidak mampu menggilap potensi sebenar negara ini Menurut Senator...
High Noon For Malaysia As Anwar Makes His Move

High Noon For Malaysia As Anwar Makes His Move

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 382 hits
When Anwar Ibrahim made his move at noon many Malaysians were sceptical about whether he really had the numbers for a formidable majority to bring down Muhyiddin Yassin s government When Anwar Ibrahim made his move at noon many Malaysians w...
Heboh Anwar Ibrahim Jadi Pm Baru Malaysia Ini Faktanya

Heboh Anwar Ibrahim Jadi Pm Baru Malaysia Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 258 hits
Jakarta CNBC Indonesia Drama politik memasuki babak baru Pemimpin oposisi Malaysia Anwar Ibrahim mengatakan pemerintahan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah jatuh Dirinya mengklaim sudah mengantongi suara mayoritas di Parlemen untuk memb...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024