Anugerah Terindah Buat Zahirah Aiman






KEGEMBIRAAN jelas terpancar di wajah pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza saat dimaklumkan mereka bakal dikurniakan cahaya mata awal Januari tahun depan.

Saat ditunggu-tunggu setiap individu yang berkahwin memberi satu makna cukup manis dan kebahagiaan kepada pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu ini.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik Zahirah di Instagram ketika pertama kali memberitahu suaminya mengenai dirinya sedang berbadan dua, kedua-duanya dilihat saling berpelukan dan menangis tanda kesyukuran atas rezeki yang dikurniakan.

Zahirah berkata, Aiman antara individu paling gembira hingga mereka hilang kata-kata apabila bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.

"Sebenarnya sehari sebelum sambutan Aidilfitri, saya beritahu Aiman yang saya hamil. Kemudian pada hari raya keempat baru kami ke klinik dan doktor memberitahu usia kehamilan sudah enam minggu.

"Namun pada 1 September lalu baru saya bersedia untuk memberitahu umum dan syukur usia kehamilan kini sudah enam bulan.

"Satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Saat saya beritahu Aiman sedang berbadan dua dia terlalu gembira. Kami berdua tak pernah rasa perasaan ini. Namun bersyukur atas rezeki yang diberikan.

"Dari dulu saya simpan impian untuk bina sebuah keluarga dan ada anak sendiri. Saya tak kisah mengenai kahwin di usia muda asalkan saya nak ada anak. Lagipun ketika ibu saya dapatkan saya pun usianya ketika itu 20 tahun," katanya.

Walaupun sudah mengetahui jantina anak, Zahirah memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu kerana ingin memberi kejutan serta membuatkan orang berteka-teki.

Aiman terlebih bimbang

Sejak insiden jarinya menerima sembilan jahitan pada akhir Ogos lalu, Zahirah berkata, Aiman kini terlebih melindungi dirinya sehinggakan meminta pembantu peribadi menemaninya di rumah.

"Sejak kebelakangan ini, Aiman dilihat terlebih melindungi saya hingga meminta pembantu peribadi temankan saya di rumah selepas insiden jari saya terluka ketika membasuh cawan.

"Ketika itu, saya tak perasan cawan yang dibasuh retak dan ketika mencuci saya tak sedar jari saya terkena serpihan itu dan terluka sehingga terpaksa ke hospital dan menerima sembilan jahitan. Mujur ketika itu Aiman ada di rumah," katanya.

Ditanya mengenai alahan sepanjang kehamilan, Zahirah bersyukur dia tidak mengalami alahan yang teruk untuk kehamilan pertama ini, cuma hanya sesekali mengidam makanan tertentu.

"Saya tak alami alahan yang teruk cuma kadang-kadang saja teringin nak makan sesuatu. Jadi sepanjang kehamilan ini saya cuba mengamalkan makanan seimbang dan lebihkan buah-buahan.

"Pada awal kehamilan pun, saya tidak berdepan alahan teruk cuma ada sedikit rasa penat dan kadang-kadang saja muntah," katanya.

Akan terus berlakon selepas bersalin

Lebih 10 bulan tidak menjalani penggambaran, Zahirah berkata, ada beberapa tawaran yang datang tidak mengizinkan dirinya menjalani penggambaran kerana watak yang diberikan agak berat.

Katanya, selepas melahirkan anak dia bakal kembali aktif dalam dunia lakonan.

Menurutnya, dia tak kisah untuk berlakon sekarang, tetapi skrip yang diterimanya agak berat dan tidak sesuai dengan keadaan sekarang.

"Jadi sekarang ini saya hanya aktif terbabit dengan penggambaran produk dan beberapa urusan lain. Soal kerjaya selepas melahirkan anak, saya dan Aiman sudah berbincang perkara ini dan dia tiada halangan untuk saya kembali aktif. Lagipun dari dulu saya suka bekerja.

"Saya tidak mahu mengubahnya dan percaya boleh urus anak dengan baik sambil bekerja. Mungkin saya ambil pembantu dan kami bergilir-gilir menjaga anak," katanya.

Perkahwinan satu proses pembelajaran

Zahirah mengakui perkahwinan adalah pengalaman dan proses pembelajaran untuk dirinya menjadi isteri dan ibu yang terbaik.

Dia juga bersyukur tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu turut mengeratkan hubungannya dengan suami.

"Tiada perkahwinan yang sempurna. Tambahan pula, ini perkahwinan pertama saya dan apa yang saya lalui ini semuanya baharu.

"Cuma saya bersyukur PKP merapatkan hubungan kami sebagai suami isteri. Setiap hari kami cuba mencari kesefahaman dan keserasian untuk menjadi insan yang lebih baik," katanya yang merindui keluarganya di Australia yang tidak dapat pulang ke Malaysia akibat penularan Covid-19.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/09/anugerah-terindah-buat-zahirah-aiman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sweetnya Aiman Terus Cium Peluk Zahirah Selepas Terima Berita Kehamilan

Sweetnya Aiman Terus Cium Peluk Zahirah Selepas Terima Berita Kehamilan

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 853 hits
Selepas berkongsi berita kehamilannya kepada umum pada 1 September lalu pelakon Zahirah Macwilson tampil dengan video yang mengimbau momen pertama kali dia memberitahu suaminya Aiman Hakim Ridza mengenai dirinya sedang berbadan dua Menerusi...
Hiburan Syoknya Pregnant Pun Kurus Hamil 6 Bulan Penampilan Zahirah Macwilson Dibanjiri Pujian

Hiburan Syoknya Pregnant Pun Kurus Hamil 6 Bulan Penampilan Zahirah Macwilson Dibanjiri Pujian

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 292 hits
Pelakon Zahirah Macwilson memang sentiasa menjadi perhatian netizen dek kecantikan wajah selain kehidupan sehariannya yang menjadi ikutan ramai Meskipun baru sahaja berkahwin pelakon itu dan suaminya Aiman Hakim Redza baru baru ini mendedah...
Rakaman Detik2 Terindah Kenangan Terakhir 4 Sekawan Sebelum Menemui Ajal Dalam Kereta Al Fatihah

Rakaman Detik2 Terindah Kenangan Terakhir 4 Sekawan Sebelum Menemui Ajal Dalam Kereta Al Fatihah

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 574 hits
Kehilangan insan tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata Begitulah yang dialami oleh ahli keluarga empat gadis yang terlibat dalam trag3di meny4yat hati apabila mereka tidak ...
Lirik Lagu 12 Tahun Terindah Bcl

Lirik Lagu 12 Tahun Terindah Bcl

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 250 hits
Bismillah AssalamualaikumLirik Lagu 12 Tahun Terindah BCL Hati siapa tidak tersentuh apabila lirik yang dicipta Bunga Cinta Lestari adalah mengenai kenangan terindah 12 tahun bersama suami tercinta yang sudah pergi menghadap Ilahi pada 18 F...
Menjadi Seorang Ibu Impian Saya Dah Nampak Baby Bump Zahirah Macwilson Turut Doakan Wanita Belum Dikurniakan Zuriat

Menjadi Seorang Ibu Impian Saya Dah Nampak Baby Bump Zahirah Macwilson Turut Doakan Wanita Belum Dikurniakan Zuriat

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 399 hits
Pelakon cantik jelita Zahirah Macwilson yang baru baru ini berkongsi tentang kehamilannya yang kini sudah berusia 6 bulan lebih memuat naik gambar terbaru di Instagram miliknya Dalam posting tersebut Zahirah memuat naik gambarnya bersama su...
Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim Nabila Razali

Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim Nabila Razali

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 1063 hits
Nantikan drama adaptasi lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali akan disiarkan November nanti di Astro Ria SINOPSIS BIAR MEREKA CEMBURUNadia satu satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya pakai cantik cantik agaknya b...
Aku Menunggu Mr Apai Ft Aiman

Aku Menunggu Mr Apai Ft Aiman

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 293 hits
Aku Menunggu Mr Apai ft AimanKu di siniMenunggu dirimuMenanti kau di siniTuk bahagia kau dengan kuKu di siniMenunggu dirimuAkan ku bawa kau terbangBahagia kau dengan kuJuah di sudut hatiIngin ku milikimu kasihJadiYang terbaik buat kuDan dir...
Keyakinan Diri Bukan Anugerah Ia Kemahiran Yang Diasah

Keyakinan Diri Bukan Anugerah Ia Kemahiran Yang Diasah

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 300 hits
Tiada siapa yang berkeyakinan sejak lahir Ia adalah mainan minda membuatkannya menjadi satu kemahiran yang boleh diasah Tidak dapat dinafikan Tedi bersetuju dengan kenyataan ini Salah satu cara mengasah keyakinan adalah melalui peperiksaan ...
Tular Flying Kick Peragut Hero Mbjb Ini Terima Anugerah Dan Tawaran Jawatan Tetap

Tular Flying Kick Peragut Hero Mbjb Ini Terima Anugerah Dan Tawaran Jawatan Tetap

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 435 hits
1 392 total views 1 392 views today JOHOR BAHRU Pembantu penguatkuasa yang dijulang sebagai hero atas keberaniannya memberkas peragut baru baru ini menerima penghargaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru Makmur Johor dalam satu laporan m...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran