Anugerah Diraja Ptss Hadiah Istimewa Lok Mee Wan Anak Pengawal Keselamatan Buat Keluarga


Anugerah Diraja PTSS, hadiah istimewa Lok Mee Wan, anak pengawal keselamatan buat keluarga. Mahu mengubah nasib keluarga menjadi antara pendorong kepada anak pengawal keselamatan, Lok Mee Wan berjaya menerima Anugerah Diraja pada sidang pertama Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Arau, Perlis.
Anugerah Diraja PTSS, Hadiah Istimewa Lok Mee Wan, Anak Pengawal Keselamatan Buat Keluarga Mee Wan, 22, graduan Diploma Pengurusan Pelancongan yang berasal dari Kamunting, Perak itu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum serta Anugerah Pengarah pada majlis konvokesyen yang dihadiri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Beliau berkata bapanya Lok Tart Chon, 59, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta di Kamunting dan ibunya S. Kanagawaly, 64, menjadi pembakar semangat kepadanya untuk komited belajar bagi mencapai kejayaan.
“Pengajiandalam bidang ini ada enam semester dan semua semester saya dapat keputusan pointer dekan. Saya juga mempunyai tekad sendiri untuk berjaya dalam hidup,” katanya.
Anak kedua daripada dua beradik dan fasih berbahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris itu berkata beliau mempunyai minat dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi dengan menaruh impian untuk bergelar wartawan penyiaran mahupun penyampai berita pada masa depan.
Kredit foto: Bernama “Walaupun saya belajar dalam bidang pelancongan di PTSS tetapi di PTSS tiada had atau tak menghalang pelajar menceburkan diri dalam bidang lain yang mana saya pernah menjadi Penerbit Berita bagi Kelab Berita Poli TV News di PTSS selama tiga semester,” katanya.
Mee Wan yang kini bekerja sebagai Guest Service Experience, Front Office di sebuah hotel mewah di Langkawi berkata, pencapaian tertinggi beliau dalam bidang media dan komunikasi ialah meraih gelaran juara untuk pertandingan English Newscasting Online menerusi BudiDarma English Festival 2021 (BUDAEFEST) anjuran Universitas Budi Darma di Medan, Indonesia pada 2021.
“Pertandingan ini disertai Malaysia, Indonesia dan Thailand. Saya memang minat menonton berita dan membaca surat khabar sejak kecil lagi. Saya juga mendapat tempat kedua dalam Ikon Siarawan bagi dua tahun berturut-turut pada 2021 dan 2022,” katanya.
Mee Wan yang pada masa ini turut membuat perniagaan kecil-kecilan mengait benang itu berkata, dia optimis dengan keupayaan menguasai kemahiran dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi memberikannya kelebihan untuk mengharungi cabaran masa depan.
Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat ke majlis konvokesyen itu bagi mewakili Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis konvokesyen yang berlangsung sebanyak tiga sidang itu bermula meraikan 1,155 graduan lulusan diploma, asasi dan sijil dalam pelbagai jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang tamat pengajian bagi tahun lepas dan tahun ini.
Sumber: Bernama
Baca artikel lain juga: Jenama Kasut Sekolah ABARO Kekal Dedikasi Ringankan Beban Keluarga B40 & Orang Asli
Tak Ego Mengaku Tumpang Tuah Anak, Patutlah Rezeki Ajak Makin Meriah
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Anugerah Diraja PTSS, Hadiah Istimewa Lok Mee Wan, Anak Pengawal Keselamatan Buat Keluarga appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anugerah-diraja-ptss-hadiah-istimewa-lok-mee-wan-anak-pengawal-keselamatan-buat-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Polis Bantuan Tukang Jahit Di Umumkan Sebagai Penerima Anugerah Pelajaran Diraja Umpsa

Anak Polis Bantuan Tukang Jahit Di Umumkan Sebagai Penerima Anugerah Pelajaran Diraja Umpsa

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 324 hits
KUANTAN Anak polis bantuan dan tukang jahit diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Kali ke 19 Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah di Dewan Kompleks Sukan Universiti UMPSA Gambang di sini esok ...
Tahniah Anak Aidid Marcello Norzie Pak Wan Chek Bergelar Hafiz Selepas 11 Bulan 20 Hari

Tahniah Anak Aidid Marcello Norzie Pak Wan Chek Bergelar Hafiz Selepas 11 Bulan 20 Hari

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 202 hits
Tahniah Anak Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek bergelar hafiz selepas 11 bulan 20 hari Anak kepada pasangan personaliti televisyen Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek Muhammad Iman Aidid Marcello telah berjaya menghafaz 30 juzuk al ...
Anak Sulung Rita Rudaini Raih Anugerah Pegetua Kekal Cemerlang

Anak Sulung Rita Rudaini Raih Anugerah Pegetua Kekal Cemerlang

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 287 hits
Sekali lagi anak pelakon Rita Rudaini berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan meraih Anugerah Pengetua Muat naik di Instagram milik pelakon itu berkongsi kegembiraan kej...
Pengawal Keselamatan Rebah Tunggang Motosikal Akibat Terlalu Penat Bekerja

Pengawal Keselamatan Rebah Tunggang Motosikal Akibat Terlalu Penat Bekerja

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 347 hits
KOSMO SEORANG lelaki pengsan ketika menunggang motosikal di Pattaya Foto Pattaya MailBANGKOK nbsp Seorang pengawal keselamatan pengsan secara tiba tiba ketika menunggang motosikal miliknya di Pattaya Thailand lapor portal berita Pattaya Mai...
Anak Bongsu Lee Kuan Yew Kini Pelarian Politik Di Uk

Anak Bongsu Lee Kuan Yew Kini Pelarian Politik Di Uk

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 159 hits
MalaysiakiniLee Hsien Yang anak bongsu kepada Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew memaklumkan dia kini merupakan pelarian politik dari Singapura di bawah Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu 1951 Hsien Yang berkat...
Macam Anak Patung Wajah Comel Anak Harris Annuar Dipuji Cutenya Princess Medina

Macam Anak Patung Wajah Comel Anak Harris Annuar Dipuji Cutenya Princess Medina

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 218 hits
Wajah terbaru anak kesayangan pasangan selebriti Harris Annuar dan Acha Merican si comel Aura Medina dikatakan presis seperti anak mat salleh Muncul di Instagram kedua ibu dan bapanya penampilan Aura Medina sememangnya cukup comel bak puter...
Azlan Komeng Mungkin Lumpuh Risau Fikir Masa Depan Isteri Anak Anak

Azlan Komeng Mungkin Lumpuh Risau Fikir Masa Depan Isteri Anak Anak

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 290 hits
Pelakon Azlan Komeng berkata dirinya berisiko lumpuh sekiranya kaki kirinya tidak menerima rawatan dengan baik Memetik portal Kosmo pelakon berusia 45 tahun itu berkata kakinya juga memerlukan masa sehingga enam bulan untuk sempuh serta bim...
Pelakon Popular Indonesia Kini Sah Isteri Anak Habib Jewels

Pelakon Popular Indonesia Kini Sah Isteri Anak Habib Jewels

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 265 hits
Sama Cantik Sama Padan Anak lelaki Habib Jewels bertemu jodoh dengan pelakon terkenal Indonesia Nyata jodoh itu memang rahsia Tuhan Kita tak pernah tahu siapa yang akan menjadi pelengkap hidup kita tetapi bila tiba masanya segalanya akan te...
Tubuh Rci Siasat Dakwaan Anak Anak Gisbh Dieksploitasi Cadang Suhakam

Tubuh Rci Siasat Dakwaan Anak Anak Gisbh Dieksploitasi Cadang Suhakam

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 391 hits
Pesuruhjaya Kanak Kanak Suhakam Farah Nini Dusuki mempersoalkan tiadakah sesiapa sedar berlakunya eksploitasi terhadap anak anak GISBH yang dikatakan telah berlarutan selama bertahun tahun KUALA LUMPUR Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mencadan...
Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Konsert Dia Misha Omar 2025

Transcendent Two Stroke A Smokin Suzuki 125 From Taiwan

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Pasar Malam Sekolah

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar