Antara Sebab Tak Berbaloi Beli Yamaha 135lc
Assalamualaikum guys..
Entry lepas saya ada menghuraikan 'Berbaloikah beli Yamaha 135LC ?' (click link disini) dan kali ini saya akan kemukakan antara sebab tidak berbaloi untuk beli Yamaha 135LC pada zaman ini.
Antara sebab tak berbaloi beli Yamaha 135LC ialah :
1. Technology out-dated
Sistem engine masih pakai carburator dan CDI sangat out-dated pada zaman ini. Ye memang tak dinafikan mudah untuk diselenggara tetapi ianya tak fair berbanding model bawahan seperti Yamaha Lagenda 115zr sudah menggunakan sistem Fuel Injection. Even brand lain seperti Honda Ex5 FI, Honda Future FI, Honda wave dash FI.... So sad untuk motor yang harga RM 6-7 ribu tapi masih guna teknologi kuno. :(
Carburator Yamaha 135LC
Even moto yang lebih murah dah ada Fuel Injection
Yamaha boleh bagi FI pada Lagenda
Penggunaan teknologi sistem Fuel Injection akan menyebabkan engine lebih efficient atau kata lain lebih jimat minyak. Walaupun saiz tanki minyak kecil (4 L), dengan penjimatan minyak yang bagus dapat meningkatkan jarak perjalanan. Dan kita sudah berada di zaman yang terlalu banyak pencemaran, jadi kita mesti pilih kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicle, EEV).
2. Facelift yang tak banyak beza
Bila kita lihat dan beza dengan model v1 dahulu dan v2 banyak mengalami perubahan dan juga spesifikasi motorsikal. Boleh rujuk entry sini. Tetapi selepas model v2 dan seterusnya hanya ada perubahan yang sangat sedikit.
Hahaha.. ada juga yang tak suka dengan perubahan signal capang. Actually signal capang tu requirement zaman sekarang ini. UN R53 mula dilaksanakan pada tahun 2012
Boleh lihat jadual seperti diatas, Direction indicator lamp mesti terasing daripada lampu utama (UN R53). Berbanding C & U 1959, tak perlu untuk asingkan signal sebab itu motorsikal lama tak perlu untuk asingkan signal dengan lampu utama
So, bab signal capang tu tak boleh kondem pun~ tak suka sila modi..
3. Sudah tiada versi Extreme Spirit
Versi Extreme Spirit yang memiliki 5-speed clutch tangan, brake disc belakang dan saiz rim lebih lebar sudah tidak dikeluarkan lagi, dan versi standard tidak diupgrade. At least bagi brake disc belakang menggantikan brake drum
Extreme spirit adalah versi premium untuk 135LC. Boleh lihat seperti gambar diatas perbezaan Extreme Spirit (kanan) dengan Super Sport (kiri). 1. Dual piston brake caliper brake disc untuk depan2. 5-speed dengan clutch tangan3. Single piston caliper brake disc untuk belakang4. Tayar belakang lebih lebar, saiz 100/70
Yamaha 135LC memang dianak tirikan oleh Hong Leong Yamaha kerana model Y15ZR diberi keutamaan~
Konklusi
Lebih baik kumpul duit sikit untuk beli Moped 150cc yang lain walaupun lebih mahal tapi lebih lebih berbaloi. Kalau anda sanggup menunggu, boleh la tunggu kemunculan Yamaha 135LC versi Fuel Injection.
Yamaha Spark 135i (Thailand)Even di Thailand model v1 dah ada versi Fuel Injection (Spark 135i), cuma Hong Leong Yamaha sahaja kedekut nak upgrade untuk pasaran Malaysia. So untuk masa sekarang tak berbaloi nak beli Yamaha 135LC yang masih menggunakan spesifikasi kuno :(
So... ada yang setuju dan ada juga yang tak setuju dengan pendapat aku~ hahaha... cumanya harap2 Hong Leong Yamaha buat facelift versi Fuel Injection + VVA ke kan... hahaha... padu LC ade VVA boleh saing2 Ysuku..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://zeck-anythingscool.blogspot.com/2019/04/antara-sebab-tak-berbaloi-beli-yamaha.html