Antara Potong Gaji Dan Tidak Ambil Gaji


 

Pada 14 April 2020, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, mengumumkan gaji bulanan beliau dan anggota Jemaah Menterinya serta ketua eksekutif perkhidmatan awam akan dipotong 20% selama enam bulan bermula serta-merta.
Ketika itu New Zealand menerima impak keras akibat pandemik Covid-19. Pejabat, sekolah, dan perkhidmatan tidak utama ditutup and ramai warganya hilang pekerjaan. Yang “bernasib baik” masih punya pekerjaan terpaksa mengalami potongan gaji.
Sebagai tanda bersolidariti dengan rakyatnya, Ardern mengumumkan langkah pemotongan gaji beliau dan anggota kerajaannya. “Adalah penting ahli politik kerajaan yang bergaji tinggi menunjukkan kepimpinan dan solidariti bersama pekerja barisan depan dan golongan yang hilang pekerjaan,” kata beliau ketika itu.
Menurut The Guardian, akibat pemotongan, gaji Ardern berkurangan $47,104. Gaji menteri pula dipotong NZ$26,900 setiap seorang manakala gaji timbalan perdana menteri dipotong NZ$33,473.
Ardern terkenal dan kerap dipuji bukan sahaja di New Zealand bahkan di seluruh dunia kerana cara dan tindakannya menangani krisis seperti pandemik Covid-19 dan insiden berdarah di masjid Christchurch pada 2019.
Sembilan belas hari sebelum Ardern mengumumkan langkah potong gaji kerajaan New Zealand, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sudah mengambil langkah sedemikian.
Pada 26 Mac 2020, The Straits Times melaporkan Lee dan barisan menteri serta presiden republik Singapura mengizinkan gaji mereka dipotong selama tiga bulan. Speaker dan dua timbalan speaker parlimen Singapura turut menyertai langkah pemotongan gaji itu untuk bersolidariti bersama rakyat yang bergelut dengan pandemik Covid-19. Peratusan potongan tidak diumumkan.
Bukan rahsia PM dan menteri Singapura adalah anggota kerajaan yang bergaji amat besar di seluruh dunia. Singapura percaya penawaran gaji besar kunci kepada mendapatkan menteri yang terbaik di samping menghindari rasuah.
Apapun, langkah pemotongan gaji membawa maksud di New Zealand dan di Singapura pemimpinnya berdiri bersama rakyat ketika menghadapi krisis yang menimpa, bak berat sama dipikul sakit sama dirasai.
Video Ardern ketika mengumumkan pemotongan gaji pentadbirannya tentunya tular dan sentiasa ada di alam maya sehingga ke hari ini.
Baru-baru ini laporan The Straits Times mengenai pemotongan gaji kerajaan Singapura timbul semula di media sosial khususnya Facebook. Tidak tahu kenapa.
Membaca semula laporan The Straits Times yang bertarikh 26 Mac 2020 itu beberapa hari lalu membuat saya bercakap dengan diri sendiri. Kata saya kepada saya, alangkah baiknya jika pemimpin kerajaan kita berbuat seperti itu. Potong gaji dan bersolidariti bersama rakyat yang sedang derita dan sengsara. Berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan rakyat dan tunjukkan kepimpinan.
Tiba-tiba saya mendapat berita gembira. Muhyiddin Yassin mengumumkan beliau, para menteri dan timbalan menterinya bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan bermula bulan ini (Jun).
Perdana Menteri membawa khabar gembira itu kepada rakyat ketika berucap pada Perutusan Khas Bantuan PKP 3.0 menerusi siaran langsung di televisyen Isnin 31 Mei lalu.
Kata beliau, gaji yang tidak diambil akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.
Wah ini hebat. Cukup hebat. Ini boleh kalahkan apa yang Adern dan Lee lakukan tahun lalu. Ini lebih besar. Bukan setakat gaji dipotong, gaji tidak diambil langsung untuk tiga bulan. Bukan jangka masa singkat tu.
Kalau lah gaji saya dipotong, katalah 30%, bererti saya terpaksa pandai “adjust” baki 70% yang diperolehi untuk membiayai perbelanjaan bulanan. Mesti bijak urus kalau tidak tidak mencukupi.
Kalau saya tidak ambil gaji pula (maknanya tidak ada gaji) selama tiga bulan atau berapa bulan sekali pun, ertinya saya tidak akan dapat bayar sewa rumah, ansuran kereta, beli barangan dapur dan segala macam perbelanjaan. Kerana saya tidak duit kerana tidak ada gaji.
Apa akan jadi? Saya akan dikejar tuan rumah yang menuntut sewa rumah, akan diburu bank yang mendesak ansuran kereta, dan untuk pendekkan cerita akan kelaparan jika tidak kebuluran kerana tidak ada duit untuk melayani tuntutan itu semua. Semuanya kerana tidak ada gaji bulanan.
Maka saya angkat songkok dan katakan apa yang dilakukan Muhyiddin dan pasukannya ialah sesuatu yang wajar disanjungi. Kalungan bunga buat mereka.
Muncul Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, seakan “potong stim”. Kata beliau, keputusan Jemaah Menteri untuk tidak ambil gaji bagi tempoh tiga bulan memang disambut baik. Namun, kata Mohamad yang mesra dikenali sebagai Tok Mat, jangan lah sekadar gaji.
“Ia mesti termasuk pelbagai elaun dan imbuhan keraian yang selalu lebih banyak dan tinggi mengatasi gaji menteri,” beliau dipetik media sebagai berkata.
Di media sosial, senarai yang didakwa elaun dan imbuhan menteri sudah tular. Bermacam-macam elaun untuk bermacam benda. Yang pelik dan memeranjatkan pun ada. Tetapi oleh kerana senarai itu tidak dapat dipastikan kesahihannya saya tidak akan huraikannya disini.
Berbalik kepada Tok Mat. Beliau pun tidak memperincikan elaun dan imbuhan yang diperuntukkan untuk pak menteri. Cuma kata Tok Mat ia lumayan dan “selalunya lebih banyak dan tinggi mengatasi gaji”. Besar tu kalau begitulah keadaannya.
Tok Mat bukan menteri. Bagaimanapun beliau pernah memegang jawatan menteri besar. Tentu ada elaun dan imbuhan keramaian dan lain-lain. Berdasarkan pengalaman itu, mungkin beliau tahu apa yang beliau cakap kan kot! Lagi pun dulu dan sekarang ramai menteri yang beliau kenal.
Dewasa ini, beliau adalah anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk kawasan Rantau. Rabu lalu, 2 Jun, Tok Mat pula mengumumkan akan menyerahkan semua gaji dan elaunnya selama enam bulan kepada Pusat Khidmat DUN Rantau bagi membantu masyarakat setempat yang terkesan pada waktu “lockdown” ini.
Luar biasa bak kata kawan-kawan Indonesia.
Tindakan Tok Mat itu bukanlah untuk ‘menandingi’ potongan gaji Muhyiddin dan barisan kepimpinannya. Tok Mat sekadar bikin serupa cakap – sesuatu yang baik direnungi oleh semua – tidak kira walau di sana atau di sini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/antara-potong-gaji-dan-tidak-ambil-gaji.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Eina Azman Didakwa Potong Barisan Untuk Vaksin Pengarah Hospital Beri Penjelasan

Hiburan Eina Azman Didakwa Potong Barisan Untuk Vaksin Pengarah Hospital Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 218 hits
Semalam kecoh di laman sosial apabila seorang selebriti bersama pasangannya didakwa memotong barisan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid 19 BACA AdvertisementPerkara tersebut mula menjadi perdebatan apabila selebriti itu memuat naik dua...
Padah Potong Gelang Merah Jambu Pergi Rumah Kawan Remaja Dikompaun Rm5 000

Padah Potong Gelang Merah Jambu Pergi Rumah Kawan Remaja Dikompaun Rm5 000

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 199 hits
Hasil pemeriksaan mendapati gelang kuarantin merah jambu remaja itu dipotong serta disimpan dalam beg sandang PETALING JAYA Padah potong gelang kuarantin berwarna merah jambu untuk pergi ke rumah kawan seorang remaja dikenakan kompaun berju...
Hidap Kanser Masa Hamil Anak Ke 3 Selepas 6 Bulan Bersalin Terpaksa Potong Kaki

Hidap Kanser Masa Hamil Anak Ke 3 Selepas 6 Bulan Bersalin Terpaksa Potong Kaki

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 324 hits
Insan istimewa bergelar ibu Selalu kita dengar tentang ibu ibu yang bekerjaya ibu ibu yang sempurna fizikal dan berjaya tapi jarang sangat kan kita dengar cerita tentang insan insan yang istimewa bergelar ibu Kisah seorang ibu Puan Hannah M...
Hiburan Didakwa Rentas Negeri Dan Potong Barisan Eina Azman Padam Foto Papar Dirinya Sudah Divaksin Di Instagram

Hiburan Didakwa Rentas Negeri Dan Potong Barisan Eina Azman Padam Foto Papar Dirinya Sudah Divaksin Di Instagram

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 250 hits
Semalam kecoh di media sosial apabila ada netizen tampil mempersoalkan keberadaan Datin Paduka Eina Azman yang dilihat telah mendapatkan vaksin di sebuah hospital walaupun rakyat pada ketika ini masih mendapatkan slot tarikh vaksin AstraZen...
Char Kuew Teow Special Syed Char Kuew Teow Wajib Ada Cili Jeruk Potong

Char Kuew Teow Special Syed Char Kuew Teow Wajib Ada Cili Jeruk Potong

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 301 hits
Macam lama je tak makan char kuew teow Makan char kuew teow ni sedap makan panas panas Tapi mana nak cari char kuew teow sedap dan maintain panas bila delivery Pernah order sekali char kuew teow delivery Sampai sampai je dah kembang dan sej...
Cara Nak Potong Pendekkan Nama Dalam Surat Beranak Ic

Cara Nak Potong Pendekkan Nama Dalam Surat Beranak Ic

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 704 hits
Cara Nak Potong Pendekkan Nama Dalam Surat Beranak IC Pada yg menyesal namakan anak panjang panjang tu dan nak potong nama anak pergilah ke Jabatan Pendaftaran Negara Sebab tu nama anak jangan letak panjang bebenor nanti menyesal di kemudia...
Cara Potong Kacang Panjang

Cara Potong Kacang Panjang

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 899 hits
Hadoih tergelak Mama Yan tengok orang post ni dalam Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari ni Baru nak join komen sama alih alih dah tutup ruangan komen Tapi macam macam la komen yang keluar ada yang emosi ada yang sarcasm Nampak sedap aje ...
Tak Puas Hati Kena Tegur Warga Asing Ceroboh Rumah Jiran Dan Ugut Potong Tangan

Tak Puas Hati Kena Tegur Warga Asing Ceroboh Rumah Jiran Dan Ugut Potong Tangan

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 235 hits
1 416 total views 1 416 views today Seorang warga negara Jerman nekad menceroboh rumah jiran selain turut mengugut akan memotong tangan jirannya akibat tidak berpuas hati ditegur olehnya di Taman Desa Permai Meru Rabu lalu Menurut laporan H...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga