Antara Pm Mencari Kekebalan Dan Saidina Ali Mohon Keadilan
Antara PM mencari kekebalan dan Saidina Ali
mohon keadilan
Sekiranya
mengganggu tugas PM, jalan yang betul adalah berhenti sementara dari jawatan
dan hadir di mahkamah sebagai Anwar Ibrahim.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Mei
28, 2025 10:48 pagi2 minit
bacaan
Malaysia dikejutkan semalam
dengan berita permohonan imuniti oleh
seorang perdana menteri.
Permohonan seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan
tidak pernah dilakukan oleh kesemua perdana menteri sebelum ini. Ianya jelas
menggambarkan perdana menteri ke-10 ini benar-benar lain dari yang lain.
Orang yang sama juga merupakan satu-satunya perdana menteri yang pernah
dibicarakan atas kes jenayah liwat. Ini juga luar biasa dan lain dari yang
lain.
Saya menggesa Anwar Ibrahim segera menarik balik permohonan imuniti ini.
Sebagai presiden sebuah parti bernama Keadilan, apakah beliau belum cukup faham
keadilan itu tempatnya di mahkamah?
Sebagai kerajaan Madani, apakah beliau lupa Saidina Ali mencari keadilan
peristiwa baju besinya dicuri di mahkamah? Malah beliau mengingatkan hakim agar
melayaninya sama dengan yang lawannya, seorang Yahudi!
Di mahkamah, Saidina Ali sendiri menegur hakim memanggilnya khalifah.
Beliau hanya mahu dipanggil "Ali". Berbeza sama sekali dengan PM
Malaysia yang menggunakan dan memperalatkan jawatan perdana menteri.
Perdana menteri melalui peguam-peguamnya berhujah bahawa sebagai perdana
menteri, perbicaraan akan mengganggu tugasnya sebagai PM dan kestabilan negara.
Maka jalan yang betul adalah berhenti sementara dari jawatan dan tugas PM dan
hadir di mahkamah sebagai seorang Anwar!
Cukuplah mengheret masalah peribadi untuk rakyat biasa menanggungnya.
Sejak 1998, kami rakyat biasa diheret untuk menannggung masalah peribadi kamu.
Saya sendiri lalui dua hukuman penjara dan berbelas lokap. Ramai yang
seperti saya, menanggung derita kerana kes peribadi seorang ketua seperti kamu.
Hari ini, kamu menjadi ketua negara dan sanggup mengheret seluruh rakyat
dan negara dengan menggunakan jawatan perdana menteri untuk lari dari proses
keadilan.
-
Iklan -
Kalau dulu kamu kata mahkamah tidak adil kerana kamu bukan PM dan kerajaan,
sekarang kamu seorang PM, apa lagi alasan kamu?
Seorang PM tidak mampu pastikan mahkamah berjalan secara adil? Itulah
sebenarnya tugas kamu.
Berilah jaminan kepada hakim sepertim ana Saidina Ali beri jaminan
kepada hakim yang membicarakannya untuk jalankan tugas secara adil walaupun dia
seorang khalifah.
Tarik balik permohonan imuniti dan hadirlah di mahkamah sebagai Anwar
Ibrahim yang berdepan dengan Yusof Rawther atas sifat dan nilai yang sama
sebagai manusia yang mencari keadilan di hadapan seorang hakim.
Ezam
Nor ialah bekas setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi
penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/05/antara-pm-mencari-kekebalan-dan-saidina.html