Antara Pensyarah Universiti Dan Penceramah Popular




Idrus Ibrahim


Di universiti, pensyarah dilantik kerana ilmu. Sepopular mana pun seseorang, kalau jahil, tak akan dapat mengajar di universiti. Syarat sekarang, kena ada PhD.


Di masjid lain pula. Penceramah dijemput kerana popular. Sealim mana pun seseorang, kalau tak popular, masjid tak berapa minat nak jemput. Syarat, kena popular.


Pensyarah mengajar sehari paling kurang dua kelas. Kena semak kertas ilmiah pelajar, buat kajian, tulis dalam jurnal, bentang kertas ilmiah dan macam-macam. Habis kelas makan tengahari, bayar sendiri. Ikan temenung dengan sayur kubis goreng campur ikan bilis.


Masuk kelas, keluar kelas anak murid tak cium tangan pun. Kadang-kadang anak murid tak kenal pun. Berselisih bahu di jalan lagilah, anak murid buat tak kisah saja. Silap haribulan anak murid "maki" sebab tak puas hati dengan pensyarah. Dalam kelas, kalau dahaga, carilah air sendiri. Tak ada sesiapa nak layan.


Penceramah popular datang masjid 5 minit sebelum Maghrib. Lepas solat, kuliah. Buat lawak bodoh sikit, cerita hal peribadi sikit, cerita bab rumah tangga sikit, sebut boddo sekali dua, kuliah pun tamat. Makan malam, penganjur sedia. Kadang-kadang, disantun di restoran ada kelas.


Anak murid cium tangan. Selipar mahal pun anak murid susunkan. Diiring sampai ke pintu kereta dan pintu ditolong bukakan. Kereta dah berjalan, anak murid lambai-lambai lagi. 


Dalam kereta, penceramah popular buka sampul atau semak dalam bank secara atas talian. RM1,000 atau RM1,500 dah masuk. Penceramah senyum puas. Penceramah beritahu pemandu Alphadnya, besok pagi jangan lupa, kuliah subuh dan dhuha pula. 


Penceramah popular ulang berceramah perkara yang sama. Berkali-kali isu ceramah sama saja, asalkan tempat ceramah berbeza. Datang kuliah lenggang, keluar kuliah terus dapat duit.


Pensyarah universiti, habis kelas belum dapat duit. Kena tunggu hujung bulan. Berapa? Ya, katakan RM10,000 sebulan. Penceramah popular dapat RM1,000 x 2 kali kuliah x 30 hari. Berapa? Ya, RM60,000 sebulan. 


Tolak pi tolak mai, katakanlah RM30,000 sebulan. Ngaji tak setara mana, mengajar tak setara mana, dapat sebanyak itu. Pensyarah punya teruk, dapat hanya sepertiga pendapatan penceramah popular.


Pelajar keluar universiti dapat ilmu. Jemaah keluar kuliah penceramah popular dapat apa? Dapat modal maki orang? Dapat akal untuk jadi Khawarij? Dapat modal nak sembang lawak di kedai kopi?


Ya, saya mungkin keterlaluan dalam membuat perbandingan. Tapi itulah realiti meskipun tidak tepat sepenuhnya. 


Kita sudah lama "diperbodohkan" oleh penceramah popular. Atau istilah yang lebih kejam, "penceramah cari makan dengan jual agama". Sudah-sudahlah. Carilah pintu keluar untuk masalah ini. Pintu keluarnya sudah banyak terbuka, cuma kita yang masih belum mahu keluar.


Saya bukan pensyarah universiti dan bukan penceramah popular. Saya menulis atas kapasiti sebagai anggota masyarakat yang mahu mengeluarkan masyarakat daripada kebodohan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/antara-pensyarah-universiti-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Bersasar Langkah Tidak Popular Selamatkan Ekonomi

Subsidi Bersasar Langkah Tidak Popular Selamatkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 97 hits
Pelaksanaan subsidi bersasar khususnya ke atas RON95 dan diesel adalah langkah bertanggungjawab kerajaan menyelamatkan ekonomi negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berkata kerajaan terdahulu sudah berbincang dan mempersetujui pelaksanaan...
Berhenti Dituduh Ingin Cari Publisiti Lepas Dah Tak Popular Kim Saeron Akui Dah Tak Tahan Dikecam

Berhenti Dituduh Ingin Cari Publisiti Lepas Dah Tak Popular Kim Saeron Akui Dah Tak Tahan Dikecam

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 115 hits
Selepas isu pandu mabuk nama Kim Sae ron kembali menjadi sebutan kerana memuat naik foto intimnya bersama Kim Soo hyun Artikel Berkaitan Pada bulan lalu Kim Sae ron mengejutkan ramai apabila dia berkongsi foto mesra dengan Kim Soo hyun di m...
Asyik Gagal Je Yoona Snsd Dedah Pernah Sertai 200 Uji Bakat Sebelum Popular

Asyik Gagal Je Yoona Snsd Dedah Pernah Sertai 200 Uji Bakat Sebelum Popular

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 139 hits
Bukan mudah tau perjalanan Yoon a untuk berjaya seperti sekarang Artikel Berkaitan Baru baru ini Yoon a telah muncul dalam rancangan YouTube Jung Jae hyung di mana wanita itu ada berkongsi mengenai pelbagai cerita Dalam siaran itu idola ter...
Lagi Kes Scammer Pesara Universiti Awam Hilang Rm1 06 Juta Wang Persaraannya

Lagi Kes Scammer Pesara Universiti Awam Hilang Rm1 06 Juta Wang Persaraannya

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 219 hits
Mohamed Farid Noham hmetro com myJohor Bahru Seorang pesara universiti awam di sini hilang wang persaraannya sekelip mata dan kerugian RM1 06 juta selepas tertipu dengan pelaburan dalam talian yang tidak wujud bulan lalu Ketua Polis Johor K...
Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah Maut Kereta Terbabas Terbakar Di Raub

Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah Maut Kereta Terbabas Terbakar Di Raub

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 218 hits
RAUB Seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah maut selepas kereta Proton Saga SL 1 3 yang dinaiki terbabas dan terbakar di Jalan Ulu Gali Jelu di sini pada Sabtu Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata da...
De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 188 hits
THE Raya vibe is alive and strong all the way in Nippon A loveable and all too cute video of three young Japanese girls miming to popular Hari Raya tune Alamak Raya Lagi has netizens in awe of the trio s brilliantly on point performance The...
Baru Rilis Lagu Kematian Tiba Tiba Penyanyi Ost Popular Ini Bikin Misteri

Baru Rilis Lagu Kematian Tiba Tiba Penyanyi Ost Popular Ini Bikin Misteri

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 205 hits
Pasukan polis telah berkongsi kejadian sekitar kematian Park Bo ram yang berlaku secara tiba tiba Artikel Berkaitan Dalam satu laporan media pihak di Stesen Polis Selatan Namyangju mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai kematian penyanyi ...
Popular Bookfest Klcc

Popular Bookfest Klcc

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 98 hits
POPULAR BOOKFEST MALAYSIA 2024 kini kembali di KL Convention Centre 6 14 April 2024 10AM 10PM Hall 1 Hall 5
Setiap Tahun Viral Korang Beli Juga Kenapa Beli Baju Raya Jenama Popular Rm400 Wanita Sedih Dapat Kualiti Teruk

Setiap Tahun Viral Korang Beli Juga Kenapa Beli Baju Raya Jenama Popular Rm400 Wanita Sedih Dapat Kualiti Teruk

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 203 hits
Bagaikan sudah menjadi KPI setiap tahun satu jenama tempatan terkenal yang menjual baju raya tular selepas seorang pembeli memuat naik baju yang dibelinya daripada jenama tersebut nbsp var currentUrlTwo window location hostname window locat...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl