Antara Mandat Pau Dan Taktikal Zahid Hamidi Yang Tak Difahami Nak Tunggu Apa Lagi


 
Dua hari lalu Najib Razak meluahkan rasa tidak fahamnya mengapa BN masih lagi menyokong kerajaan PN, meskipun telah ditanggapi sebagai kerajaan yang gagal.
Kata Najib, beliau sebenarnya segan untuk memberi sebarang komen tentang tanda pagar #KerajaanGagal yang menjadi trending di laman sosial Twitter kerana BN sendiri masih lagi merupakan sebahagian daripada kerajaan PN yang dianggap gagal itu.
“Saya tidak faham mengapa UMNO dan BN masih mahu terkait dengan kerajaan yang gagal ini melainkan ada yang lebih mementingkan jawatan berbanding rakyat, negara dah parti,” tambah bekas Perdana Menteri itu melalui catatan di laman Facebooknya.
Apa yang boleh difahami, kenyataan Najib ini selain ditujukan kepada kluster menteri yang semua orang tahu masih mahu kekal menikmati habuan kedudukan, jawatan dan gaji lumayan sebagai anggota kabinet, meskipun UMNO kalah pada PRU14, ia juga terlihat disasarkan kepada Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan juga Pengerusi BN.
Kalau pun kluster menteri dilihat bersungguh mempertahankan Mahiaddin Md Yassin yang tentunya bersekali dengan tujuan mengekalkan kedudukan mereka sendiri sebagai menteri, tetapi mengapa Zahid Hamidi harus terikut arus yang sama?
Tidakkah beliau sedar, makin lama UMNO terkait dengan PN yang disepakati oleh majoriti rakyat sebagai kerajaan yang gagal, maka UMNO dan BN juga akan terbeban sama dengannya?
Bagaimana UMNO dan BN mahu meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka, jika ketika rakyat sedang sengsara dan ingin keluar daripada kesengsaraan itu, namun UMNO yang boleh berbuat sesuatu untuk merubahnya, tetapi tidak ada naluri untuk melakukannya?


Apa yang Zahid Hamidi ingin tunggu lagi sebelum mahu membuat keputusan muktamad membawa UMNO keluar daripada kerajaan?
Bukankah mandat telah diperolehinya dalam PAU2020 baru-baru ini?
Dalam hal ini, jika benar audio yang bocor sebelum ini adalah rakaman tulen perbualan Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, diharapkan beliau benar-benar membuktikan kata-katanya bahawa beliau ada strategi taktikal selepas mandat akar umbi diperolehi melalui PAU2020 itu.
Sudah tentu strategi taktikal yang hanya dirinya saja yang tahu itu akan jadi betul-betul bermakna jika ia benar-benar dilaksanakan akhirnya, sebaliknya ia tidak akan memberi apa-apa makna kiranya kekal dalam simpanan fikirannya saja.
Cuma, yang semua orang faham, jika mahu melaksanakan apa-apa tindakan atau taktikal yang matlamat akhirnya adalah untuk memastikan UMNO dan BN kembali berkuasa, ia seharusnya dilakukan sekarang, bukan dua bulan lagi atau menunggu sehingga 1 Ogos baru berbuat demikian.
Dalam situasi ini, bukan saja Najib yang susah nak faham mengapa UMNO masih lagi mahu menyokong kerajaan yang gagal ini, majoriti rakyat yang mengharapkan perubahan juga turut tidak faham.
Ini kerana sekarang adalah waktu Mahiaddin tengah lemah, sangat dibenci, paling ditolak, kepimpinannya sedang berselirat dengan banyak masalah dan gabungan PN yang ditunjanginya belum begitu kukuh untuk berdepan pengundi dalam pilihanraya.
Sekaranglah masa paling sesuai untuk UMNO mengumumkan keluar daripada kerajaan PN, sama ada ke arah pembentukan kerajaan baharu atau bagi memaksa Mahiaddin mengadakan PRU15 dengan seberapa segera.
Selain itu, dengan membuat ketetapan rasmi meninggalkan kerajaan dengan segera juga, UMNO dengan sendirinya dapat membersihkan dirinya daripada anasir pemimpin dua kolam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.
Mana-mana pemimpin yang enggan akur kepada ketetapan parti sudah boleh diambil tindakan disiplin atau akhirnya mereka sendiri memilih untuk bersama Mahiaddin dan Bersatu.
Khusus untuk pemimpin kluster menteri yang terzahir sebahagian mereka sekarang ini lebih sayang Bersatu daripada UMNO, inilah masanya untuk melihat ke mana hala tuju pilihan mereka.
Dengan demikian, tugas UMNO akan menjadi lebih mudah untuk menghadapi PRU15 dan mencipta kemenangan dengan menumbangkan Mahiaddin dan PN.
Lagi lama masa dibiarkan berlalu, ruang akan lebih tersedia untuk Mahiaddin meminimakan masalahnya atau dengan kuasa yang dimiliknya, beliau turut mampu menjadikan UMNO jadi lebih huru-hara.
Untuk itu, sementara diharapkan Zahid Hamidi benar-benar ada strategi taktikal dalam percaturannya sebagaimana disebutnya dalam perbualan telefon dengan Anwar itu, janganlah akhirnya ia kekal selama-lamanya dalam simpanan kotak fikirannya dan tidak berani dilaksanakan sampai ke sudah.
Jika itu yang berlaku dan Mahiaddin kemudian berjaya menyeret tarikh PRU sehingga ke tahun depan atau 2023, kelewatan Zahid Hamidi bertindak bukan saja bermakna beliau sengaja menempah laluan untuk disingkirkan daripada jawatan Presiden UMNO, malah pintu penjara juga lebih terbuka untuknya.


 (Shahbudindotcom 20/04/2021)










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/antara-mandat-pau-dan-taktikal-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komen Lokman Noor Adam Tentang Konspirasi Di Antara Ahmad Zahid Hamidi Dan Anwar Ibrahim

Komen Lokman Noor Adam Tentang Konspirasi Di Antara Ahmad Zahid Hamidi Dan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 303 hits
Komen Lokman Noor Adam Tentang Konspirasi Di Antara Ahmad Zahid Hamidi Dan Anwar Ibrahim
Cadangan Sekejab Boleh Sekejab Tak Boleh Seperti Iklan Biskut Chipsmore Zahid Hamidi

Cadangan Sekejab Boleh Sekejab Tak Boleh Seperti Iklan Biskut Chipsmore Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 376 hits
Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangguhkan perjalanan rentas negeri menjelang Aidilfitri ternyata menggusarkan orang ramai Saya melihat perkara ini perlu dilaksanakan dengan jelas kerana bimbang boleh menimbulkan kemarahan o...
Amanat Ahmad Zahid Hamidi Bukan Ditulis Oleh Zahid Kata Zahid

Amanat Ahmad Zahid Hamidi Bukan Ditulis Oleh Zahid Kata Zahid

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 418 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan ada menulis sebuah artikel kononnya beliau memberikan amanat kepada ahli parti serta akar umbi berhubung perancangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk terus berkuasa Amanat Ahmad Z...
Palsu Zahid Hamidi

Palsu Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum wbt dan selamat menunaikan ibadah puasa bagi hari kedua 1442H 2021 Telah tersebar sebuah artikel yang begitu panjang lebar kononnya saya sebagai Presiden UMNO memberikan amanat kepada ahli parti serta akar umbi berhubung per...
Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 348 hits
With 200 000 taking part in the Umno elections it would be just as risky as a general election say analysts PETALING JAYA Political analysts have decried the selfish attitude reeking of a double standard of Umno politicians calling for earl...
Perbualan Bocor Didakwa Antara Zahid Anwar Konspirasi Tahap Tertinggi

Perbualan Bocor Didakwa Antara Zahid Anwar Konspirasi Tahap Tertinggi

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 286 hits
MalaysiakiniPemimpin Umno Puad Zarkashi mempersoalkan jika penyebaran rakaman video yang didakwa antara Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim baru baru ini sebagai konspirasi di peringkat tertinggi Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata ...
Zahid Hamidi Singkir Shahidan Kassim

Zahid Hamidi Singkir Shahidan Kassim

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 276 hits
Zahid singkir Shahidan dari jawatan pengerusi Umno PerlisMalaysiakini Shahidan Kassim disingkir daripada jawatan pengerusi perhubungan Umno Perlis Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan jawatan itu akan digantikan oleh Menteri Besarny...
Zahid Hamidi Tolak Sangkaan Ketua Dewan Ulamak Pas

Zahid Hamidi Tolak Sangkaan Ketua Dewan Ulamak Pas

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 368 hits
Zahid Hamidi Tolak Sangkaan Ketua Dewan Ulamak PAS Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak mudah untuk parti itu kembali ke meja rundingan dengan Bersatu seperti sangkaan dibuat Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Antara lain kata Ahmad Z...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat