Antara Kasih Dan Benci


SESUNGGUHNYA sifat kasih dan benci merupakan dua nilai berbeza dan bertentangan. Bagi sifat kasih, segala kemakmuran dan ketenangan dapat dirasai orang yang menyalurkan kasih sayang dan mereka yang menerima kasih sayang.
Bagi sifat benci, mendorong jiwa yang resah dan gelisah kerana berpaksikan dendam serta curiga berpanjangan. Apa yang jelas, sifat kasih dan benci akan membezakan martabat mereka di sisi ALLAH dan masyarakat.
Sebetulnya, terdapat dua sifat yang berada antara kasih dan benci iaitu suka dan tidak suka. Sifat suka, jika dipupuk dengan baik akan memarakkan nilai kasih manakala sifat tidak suka pula membantu kita tidak terjerumus ke dalam kelodak benci.
Persoalannya kenapa sifat tidak suka lebih baik berbanding benci? Anologinya cukup mudah, jika kita tidak suka kepada buah durian, kita hanya beralih daripada tempat orang yang makan durian serta menolak dengan baik sekiranya dijemput untuk menikmati buah tersebut.
Namun, jika kita benci kepada buah durian, kita bukan sahaja beralih daripada kelompok yang sedang makan durian, malah turut membenci orang yang makan durian dan tidak mahu mereka mendekati kita.
Begitulah juga sifat tidak suka kepada seseorang. Apabila kita tidak menyukainya, hanya terbatas dalam beberapa perkara sahaja. Namun apabila kita membenci, semua perkara berkaitan dirinya adalah dibenci walaupun terkandung beberapa perkara yang baik.
Besarnya impak benci sehingga Martin Luther king Jr, seorang aktivis hak asasi manusia di Amerika Syarikat berkata, “Kebencian merupakan perkara yang amat berat untuk ditanggung. Maka saya memilih untuk berkasih-sayang.”
Menurut perspektif psikologi, sifat marah sangat berbeza dengan benci. Kebiasaannya kita akan marah kepada seseorang jika mereka telah melakukan kesalahan dan menuntut kemaafan atas kesilapan mereka.
Pun begitu, sifat benci adalah kepada empunya diri dan boleh merebak daripada generasi kepada generasi.
Selain itu, kebencian melibatkan motivasi untuk membalas dendam dan menghapuskan mereka yang dibenci. Motif utama adalah membalas balik apa yang pernah dilukai oleh mereka.
Menurut beberapa kajian, kebencian terhadap sesuatu kumpulan lebih tinggi berbanding dengan individu kerana mereka berkongsi kebencian yang sama.
Selain itu, kebencian adalah suatu fenomena projection iaitu menonjolkan dirinya seorang yang baik dengan cara memburukkan orang lain.
Berlandaskan perspektif Islam, sifat benci adalah berkait dengan akhlak yang buruk. Menurut Hussain Ali RA bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya ALLAH SWT menyukai perkara (akhlak- akhlak) yang tinggi dan mulia dan ALLAH SWT membenci perkara- perkara (akhlak-akhlak) yang keji.”. (Hadis Riwayat al-Thabarani).
Adalah jelas, mereka yang masih kekalkan sifat membenci kerana sudah menjauhi sifat kasih dan sayang serta tidak takut balasan ALLAH SWT.
Menurut Dr Majdi al-Hilali menerusi bukunya Di Hati Kita Bermula, “Menanamkan rasa takut kepada ALLAH adalah sebagai alat yang digunakan oleh para Rasul dan pendakwah. Ia telah banyak membuka hati yang sedang lalai, mata yang buta dan telinga yang dungu. Ia merupakan terapi yang berkesan atau ubat bagi mereka yang hatinya terpikat dengan dunia. Itulah hakikat daripada langkah awal untuk menghidupkan hati ingat kepada ALLAH SWT.”
Pada hemat saya, walaupun sikap tidak suka masih lagi dalam lingkaran negatif, namun ia lebih baik daripada terus terperangkap dalam zon kebencian.
Adalah jelas kebencian adalah api yang menyambar sesiapa sahaja yang menjadi mangsa kebencian dan menjadi racun kepada pembenci.
Justeru, beralihlah kepada sikap tidak suka kerana boleh membantu peralihan sikap suka dan sayang dalam jangka masa panjang.
* Profesor Madya Dr Huzili Hussin ialah Ketua Pusat Kecemerlangan Inovasi dan Kelestarian Sosial (COESIS) Universiti Malaysia Perlis
Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/10/antara-kasih-dan-benci.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Kasih House Johor To Relax Owning Land Requirement

Rumah Kasih House Johor To Relax Owning Land Requirement

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 123 hits
The Johor state government will refine and consider relaxing the conditions for the poor when applying for Rumah Kasih Johor housing in the future State housing and local government committee chairperson Mohd Jafni Md Shukor said at the mom...
Terima Kasih 8 Juta View

Terima Kasih 8 Juta View

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 221 hits
Terima Kasih 8 Juta View Terima Kasih 8 Juta View Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys First nak cakap terima kasih semua sebab ini pertama kali dalam sejarah blog MOMI dapat another 1 juta view dalam masa 6 bulan 6 bulan guyss Serius m...
Tomok Kasih Yang Ku Cinta Chord

Tomok Kasih Yang Ku Cinta Chord

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 224 hits
Dm Gm C F A Dm Em A A Dm Dimanakah Gm rasa cinta C yang pernah dulu F A kita rasakan bersama Dm Dimanakah Gm rasa rindu A jangan kau hilang A Dm Dm dari pandanganku Gm bila sampai C waktu nya F akan terpatri janji A kita berdua F Gm namun k...
Terima Kasih Untuk Doa Semua Fad Bocey Isteri Timang Anak Kelima

Terima Kasih Untuk Doa Semua Fad Bocey Isteri Timang Anak Kelima

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 179 hits
Tahniah diucapkan buat Fad Bocey dan isterinya Syaheera Abdul Rahman yang selamat menimang anak kelimanya semalam di sebuah pusat perubatan di Shah Alam Menerusi Instagramnya Fad berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua serta memuat n...
Terima Kasih Norhidana Miswan Dan Mona

Terima Kasih Norhidana Miswan Dan Mona

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 267 hits
Assalamualaikum Sambung lagi kali ni gambar dengan blogger jugak terima kasih Norhidana Miswan antara rakan blogger yang SA jemput dan sorang lagi rakan FB Mona Irawati dari Kuala Pilah Nampak gaya Mona kenal dengan Dana rupanya sebab diora...
Video Ganjar Tak Pilih Sandiaga Jadi Cawapres Hanya Beri Ucapan Terima Kasih

Video Ganjar Tak Pilih Sandiaga Jadi Cawapres Hanya Beri Ucapan Terima Kasih

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 261 hits
PDI Perjuangan bersama partai koalisi secara resmi mengumumkan nama bakal calon wakil presiden Mahfud MD untuk mendampingi Capres Ganjar
Ucapan Terima Kasih Buat Warga Kementeeian Kewangan

Ucapan Terima Kasih Buat Warga Kementeeian Kewangan

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 269 hits
Dalam ucapan ketika perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan pagi tadi saya mengungkapkan hasrat kepada penjawat awam agar membantu menjelaskan kepada rakyat mengenai inisiatif inisiatif Belanjawan 2024 Usaha usaha dalam Belanjawan 20...
Jokowi Minta Tni Kasih Tahu Rakyat Soal Pemilu Beda Pilihan Kalah Menang Itu Wajar

Jokowi Minta Tni Kasih Tahu Rakyat Soal Pemilu Beda Pilihan Kalah Menang Itu Wajar

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 212 hits
Jokowi meminta TNI memberikan pemahamam ke masyarakat bahwa beda pilihan politik dan menang kalah dalam Pemilu adalah hal yang wajar
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender

Valdy Nyonk Zinidin Zidan Selamat Tinggal Kenangan Chord

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi