Antara Buruh Kasar Dan Seorang Cikgu


Gambar Hiasan: Harian Metro
Aku melihat buruh kasar bekerja ditengah panas. Tabah mengangkat batu batu yang berat demi sesuap rezeki. Peluh menitik tiada henti. Penat. Sangat memenatkan. Balik rumah tidurnya lena yang amat akibat seharian keletihan di tengah panas.

Aku melihat sahabatku seorang guru. Hanya perlu mengangkat pen marker sahaja. Ringan. Kerjanya bawah bumbung yang teduh. Bawah kipas berpusing ligat lagi. Namun bebanan kerja yang menanti tidak sedikit. Perlu kejar itu, perlu siapkan ini.

Badannya tidak penat. Tapi masanya sibuk. Kerjanya tidak hanya di sekolah. Sampai ke rumah dibawa pulang lagi. Buat pula kerja dengan peralatan sendiri. Duit poket sendiri.

Laptop itu harganya beribu. Projektor itu pun beribu juga. Printer dan laminate itu harganya beratus-ratus. Belum campur harga scanner, toner dan seribu macam benda lagi.

Tapi dia diam, walau suami dia sering tidak senang. Tidak senang dia sampai ikat perut untuk beli keperluan demi pekerjaannya yang mulia, tidak senang bila masa bersama keluarga terpaksa dikurangkan demi kecintaan pada kerjaya.

Memberi tumpuan pada anak orang lain melebihi anak sendiri. Ya, itulah guru.

Badannya mungkin tidak sepenat si buruh kasar yang bekerja dibawah mentari terik. Namun emosinya penat. Sangat penat.

Emosinya penat bila pasangan mula menyindir kurang perhatian (bagi pasangan yang tidak memahami). Emosinya penat ditekan pihak atasan yang mahu kesempurnaan. Emosinya penat ditekan karenah ibubapa yang terlampau manja dan mengada-ngada.

Ya, emosinya penat. Tolong faham itu.

Tidur si buruh kasar penuh lena lantaran kepenatan tubuh badan. Namun emosi sang guru yang penat merosakkan nafsu tidur. Mencarikkan segala mimpi indah.

Malah, mengurangkan nafsu makan juga. Yang kemurungan pun ada juga.

Mana tidaknya. Dia berkorban segala benda. Dari duit poket, tenaga, masa, malah keluarga. Tapi sedikit salahnya dibesar-besarkan. Dibuat laporan. Dihadap kamar keadilan.

Salah apa dia?

Salahnya kerana dia cinta. Ya, dia cinta akan professionnya.

Salahnya, hanya sedikit sentuhan fizikal untuk mendidik dan mengajar anak orang lain supaya pandai. Supaya berjaya. Supaya menjadi insan berguna. Supaya menjadi manusia.

Buat sahabat guru diluar sana yang diuji ujian sebegini, dibuat laporan dan diserang ibubapa, bertabahlah. Seluruh doa para guru bersama anda.

Semoga yang dihadapkan ke mahkamah menang kes, yang dibuat laporan polis pula laporan dapat ditarik balik.

Kami melihat diri kami dalam kamu. Kerana kamu guru, dan guru itu adalah kami.

============

- Artikel ini ditulis oleh Cikgu Fadli, penulis buku bestseller, Cikgu Kelas Sebelah.

#MFS



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kickstory.net/2019/03/antara-buruh-kasar-dan-seorang-cikgu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Muda Ingin Berkahwin Kerana Takut Tidur Seorang

Pasangan Muda Ingin Berkahwin Kerana Takut Tidur Seorang

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 406 hits
Remaja berusia 14 tahun dan 15 tahun dari daerah Bantaeng Sulawesi Selatan Indonesia ini nekad mahu berkahwin di usia muda dengan alasan takut tidur bersendirian Pasangan itu yang masih bersekolah tular di media sosial selepas mereka mendaf...
Mengetahui Rahasia Jago Jualan Untuk Seorang Pebisnis Reseller

Mengetahui Rahasia Jago Jualan Untuk Seorang Pebisnis Reseller

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 379 hits
Topik kita sekarang ialah Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki pendapatan tambahan maka res...
Watak Iron Man Baru Dipegang Seorang Gadis

Watak Iron Man Baru Dipegang Seorang Gadis

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 418 hits
Tempat sebagai akan diambil alih oleh seorang gadis kulit hitam bernama Riri Williams Riri adalah seorang pelajar genius di yang baru berusia 15 tahun Dia telah membina sut Iron Man sendiri di universitinya menyebabkan Tony Stark tertarik k...
Seorang Jemaah Haji Tak Sengaja Buang Passport Syukur Petugas Th Jumpa Lepas Selongkar Plastik Sampah

Seorang Jemaah Haji Tak Sengaja Buang Passport Syukur Petugas Th Jumpa Lepas Selongkar Plastik Sampah

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 363 hits
Tidak semua orang berpeluang dan mampu untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan ibadah haji Bagi yang berkemampuan mereka sudah pastinya mempunyai rasa gembira dan tidak sabar untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT K...
Aku Seorang Menantu Dan Aku Juga Seorang Mertua

Aku Seorang Menantu Dan Aku Juga Seorang Mertua

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 2399 hits
Sewaktu hendak berkahwin dulu aku cakap pada bakal suami susah atau senang biar kita tinggal di rumah sendiri walau hanya menyewa rumah yang sempit Alasannya aku tidak mahu serumah dengan keluarga mertua mahupun keluarga sendiri Apa yang te...
Video Flight Delay Gara Gara Seorang Bakal Jemaah Haji Hilang Pasport

Video Flight Delay Gara Gara Seorang Bakal Jemaah Haji Hilang Pasport

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 466 hits
Pagi semalam punya cerita jemaah terbuang passport dalam tong sampah sehingga satu flight terpaksa kena tangguh Petugas Tabung Haji berlumus tungkus cari passport sampai semua tong2 sampai diperiksa Buat peringatan pada semua bakal bakal Ha...
Pengorbanan Seorang Ayah Untuk Perbelanjaan Perubatan Anak

Pengorbanan Seorang Ayah Untuk Perbelanjaan Perubatan Anak

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 455 hits
Disebabkan kesukaran dan kesempitan dari segi kewangan seorang bapa di Indonesia buntu dan terpaksa menawarkan ginjal sendiri untuk di jual kepada orang ramai demi menampung kos rawatan anaknya yang kena tumor dalam otak Allahuakbar Foto me...
Seorang Bapa Membina Kereta Lamborghini Untuk Anaknya Daripada Bahan Pencetakan 3d

Seorang Bapa Membina Kereta Lamborghini Untuk Anaknya Daripada Bahan Pencetakan 3d

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 935 hits
Harga sebuah kereta Lamborghini mampu mencecah jutaan ringgit namun sekiranya anda seorang yang berkemahiran anda mungkin boleh membinanya pada kos harga yang lebih rendah Itu yang terjadi kepada seorang ahli fizik di Colorado A S yang memb...
Kesaksian Seorang Pria Yang Pertama Kali Temukan Jasad Thoriq Berawal Dari Kecurigaan Pohon Patah

Kesaksian Seorang Pria Yang Pertama Kali Temukan Jasad Thoriq Berawal Dari Kecurigaan Pohon Patah

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 444 hits
Almarhum Thoriq Rizky Maulidan memang telah dimakamkan namun kisahnya akan menjadi pengingat bagi kita untuk selalu berhati hati saat berkegiatan di alam Selama 12 hari sejak tanggal 23 Juni 2019 Thoriq dinyatakan hilang saat mendaki Gunung...
Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina