



Bendera yang digunakan merupakan salah satu rekabentuk asal Jalur Gemilang oleh Allahyarham Mohamed bin Hamzah sebelum dipinda ke bentuk Jalur Gemilang 11 Jalur dan 11 bucu bintang sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.
Peguam Negara, Tommy Thomas pada 30 September 2009 yang ketika itu mewakili Chin Peng dalam saman ke atas Kerajaan Malaysia kerana membuat tuduhan fitnah ke atas Parti Komunis Malaya, yang didakwanya sebagai melanggar perjanjian damai antara PKM dengan Kerajaan Malaysia.
Pada 30 November 2014, Menteri Dalam Negeri pada waktu itu, Zahid Hamidi bertegas bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan sesekali membenarkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, dibawa masuk ke dalam negara ini sebagai menghormati pengorbanan dan kematian ramai anggota-anggota tentera dan polis serta anggota keselamatan yang lain. (RUJUK SINI)
16 September 2013, DAP menerusi Penasihat Seumur Hidupnya, Lim Kit Siang menggesa dan mendesak Kerajaan Malaysia agar membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini untuk disemadikan. Menurut Lim Kit Siang, rakyat Malaysia perlu 'move on' dan melupakan sejarah silam, malah perlu menerima Chin Peng sebagai sebahagian daripada sejarah negara ini. (RUJUK SINI)
Bagaimanapun, hari ini portal-portal berita termasuklah Sin Chew Daily (RUJUK SINI), melaporkan yang abu mayat Chin Peng secara senyap-senyap telah diseludup masuk ke negara ini dan kemudian ditabur di pinggir laut serta hutan Lumut pada 16 September lalu oleh saudara mara, rakan-rakan dan komradnya.
Chin Peng tidak pernah mendaftar sebagai rakyat dan warganegara Malaysia walaupun dilahirkan di Setiawan pada tahun 1924. Sepanjang keganasannya dari tahun 1948 sehingga 1989, berpuluh-puluh ribu rakyat terutama anggota-anggota keselamatan negara ini telah dibunuh, disiksa dan diculik oleh komunis. Komunis turut terlibat dalam kemusnahan harta benda selain turut terlibat dalam Hartal (20 Oktober 1947) yang membantah penolakan British terhadap 'Perlembagaan Rakyat AMCJA-PUTERA dalam Perlembagaan Persekutuan. Komunis dan PKM juga merupakan antara yang terlibat dalam Tragedi 13 Mei 1969. (RUJUK SINI)(https://theflyingkick.blogspot.com/2019/11/abu-mayat-chin-peng-diseludup-masuk.html)
1:19BARISAN GERILA MALAYA .flvher34317 years ago33,883 viewsSenikata dan lirik BARISAN GERILA MALAYA dicipta oleh Johan, seorang pejuang internasionalis Rejimen Ke-10 yang berasal .
2:51WATCHEDPKM BINTANG MERAH BERCAHAYAMat Amin5 years ago6,231 viewsDinyanyikan oleh perajurit Rejimen Ke-10 TRM dirakam sempena ulang tahun ke-50 PKM (1980) PKM BINTANG MERAH ..
6:01MPU21012~ PARTI KOMUNIS MALAYA 1930A M2 years ago4,555 views
6:08Kisah sebenar Parti Komunis MalayaBlogInMalaysia1 year ago758 viewsChin Peng former OBE, (21 October 1924 – 16 September 2013) born Ong Boon .... He was elected the Secretary General of the ..|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |