Antara Bantu Orang Dengan Buat Untung Mana Satu Yang Betul Dalam Perniagaan



Antara buat duit dan tolong orang, mana satu yang jadi tujuan utama anda buat bisnes?Soalannya macam mudah saja kan.
Tapi tak semudah itu.
Terutamanya bila dengar jawapan dari mereka yang dah lama berniaga. Ada macam-macam jawapan.
Jawapan kepada soalan mudah boleh jadi mengarut bila dijawab pakai emosi. Emosi luahkan apa yang dirasa berdasarkan pengalaman yang lalu. Nanti saya terangkan kat bawah ni.
Saya tulis pasal tajuk ini sebab tertarik dengan perbincangan sesama ahli dalam satu grup usahawan. Mereka bincang tentang satu nasihat niaga.
Nasihat niaga tu datang dari posting di FB page Puan Ainon Mohd. Saya follow page tu sebab banyak perkongsian ilmu bermanfaat darinya.
Rasanya ramai yang kenal siapa Puan Ainon Mohd ni. Terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan dan aktif di facebook.
Puan Ainon Mohd ialah seorang pendidik. Dia sangat fokus pada subjek keusahawanan. Ada beberapa buku tentang keusahawanan yang dia tulis.
Dia aktif dalam media sosial. Selalu buat posting relevan dengan dunia perniagaan. Kalau posting umum pun, ianya sentiasa berkait rapat dengan dunia perniagaan.
Antara sebab kenapa saya suka dengan Puan Ainon ni. Dia tak campur aduk urusannya dengan bab politik berak kapur cari salah orang lain.
Puan Ainon Mohd fokus kepada urusan kerjanya sahaja dari dulu sampai sekarang.
Tujuan berniaga untuk buat duitSaya kongsikan apa yang Puan Ainon Mohd tulis,
“Tujuan kita buka bisnes adalah kita nak buat untung. Bukan nak tolong orang Setakat nak tolong orang, tak perlu kita bakar ribu-riban duit modal. Dengan bekerja makan gaji pun kita dapat tolong banyak orang. Jadi, bisnes kita mesti buat untung dulu. Bisnes sudah buat untung, kalau hendak tolong orang, barulah boleh digunakan duit keuntungan itu untuk tolong orang”
Mudah untuk faham postingnya itu. Jika anda baca secara neutral tanpa campur aduk emosi.
Secara neutral saya maksudkan dengan cara tengok perkataan utama dan rujuk definisinya.
Cara lihat sesuatu secara neutral?
Neutral akan berlaku seandainya anda bayangkan ayat atau pendapat datang dari seseorang yang tidak dikenali.
Boleh cuba bayangkan ayat yang puan Ainon sebut tu dikatakan oleh seorang perempuan Afrika yang anda tak kenal.
Bila bayangkan begitu, emosi tak akan masuk campur tangan dalam menentukan rasa hati dalaman anda.
Saya kata macam itu sebab dah lama saya perasan yang, apa saja ayat keluar dari mulut seseorang, ia akan berubah tafsirannya bergantung pada siapa yang cakap.
Ayat yang sama disebut oleh P Ramlee mungkin anda akan faham berbeza jika ia disebut oleh Farid Kamil.
Ayat sama disebut oleh Ustaz Azhar Idrus akan mendapat tafsiran berbeza jika disebut oleh Sadhguru atau Dalai Lama.
Macam itulah kita alami selama ini. 
Agak susah nak berikan respon yang neutral tanpa membuat keputusan atau hukuman betul, salah, baik atau buruk.
Oleh kerana saya tak kenal secara peribadi Puan Ainon. Tak pernah jumpa dengan dia. Tak pernah ikuti segala programnya. Tak pernah rasa terkilan berurusan tak menjadi dengan dia. Dan paling penting tak pernah mendewakannya. Jadi ada potensi untuk pandangan saya terhadap apa yang dia kata, adalah neutral.
Maka saya secara peribadi, tak nampak kat mana salahnya nasihat Puan Ainon tu.
Tapi tidak bagi sesetengah pembaca lain yang nampaknya tolak nasihat itu.
Ada yang labelkan kenyataan sedemikian sebagai amalan kapitalis. 
Ada yang rasa amalan itu macam tak seiring dengan apa yang dianjurkan dalam agama.
Berat juga semua pendapat tu.
Jika yang tolak pandangan Puan Ainon itu tak kenal puan Ainon, barangkali dia tolak sebab rujukan kepada sejarah dirinya sendiri. Macam orang yang kena pukul dengan lelaki Cina akan dendam dengan semua orang Cina.
Orang macam itu susah nak lihat tafsirannya itu salah. Sebab emosi benci tu melekat dalam memorinya. Susah nak kawal.
Itulah yang saya sebut kat atas tu. Soalan simple tapi sebenarnya mampu timbulkan kekecohan pemahaman.
Saya buat ayat yang lebih selesa. Tapi sebenarnya sama saja. Saya yakin tak ada sesiapa nak bangkang kalau macam ni.
“Saya buat duit berniaga dengan bantu orang selesaikan masalah mereka”
Nampak lebih selesa bila digabungkan antara buat untung dalam bisnes dengan aktivit bantu orang. Petua yang sama sering disebut oleh guru-guru hebat perniagaan. Juga dalam buku-buku pasal keusahawanan.
Bisnes buat duit dan bantu orangUntuk nak cerahkan pemahaman, supaya lebih jelas, saya asingkan dua aktiviti penting dalam perniagaan kepada 2 perkara berikut.
Bantu orangBuat UntungDari 2 aktiviti utama itu, akan berlaku 4 kemungkinan.
Anda bantu orang dan buat untung dari bantuan yang diberikan – Inilah yang dimaksudkan dengan perniagaan. Bukan tolong buta-buta tapi perlu ada keupayaan jana duit agar lebih banyak bantuan dapat diberikan secara lebih luas. Juga penting supaya bantuan dapat terus diberikan dalam tempoh yang lama.Anda bantu orang tapi tak buat untung lansung – Inilah yang selalu NGO buat. Semua badan tak ambil untung bergerak secara sukarela keluarkan duit sendiri atau kutip duit orang untuk bantu orang susah dan yang memerlukan. Tak minta apa-apa balasan. Kalau yang dibantu itu menipu atau buat khianat sekalipun, kebajikan masih tetap berjalan. Ini namanya buat kebajikan.Anda tak bantu orang tapi buat untung – Tak perlu terangkan panjang lebar amalan sebegini sebab jelas dan nyata ianya adalah kes penipuan. Buat aniaya kat orang saja. Kalau orang tak pukul, atau report polis nasib baik. Tapi apapun keuntungan tu tak akan dapat bertahan lamapun.Anda tak bantu orang dan tak buat untung – Ini budaya orang malas atau bermasalah. Mereka yang macam ni biasanya tak akan kacau orang sebab akan duk diam saja. Mungkin dah terbiasa bermalas-malasan atau mungkin tak bermaya untuk lepaskan diri dari cengkaman masalah yang besar.Kalau anda buat carta, akan nampak lebih jelas. Buat garis mendatar. Di hujung kiri tulis Tak untung. Hujung kanan, tulis Untung
Kemudian buat satu lagi garis menegak bersilang dengan garis mendatar di atas. Bahagian bawah tulis Tak bantu orang. Bahagian atas, bantu orang.
Jadi, jelas dan nyata apa yang Puan Ainon Mohd kata tu lansung tak salah. Tak ada kena mengena dengan kapitalis atau benda lain.
Ia hanya berkaitan dengan, nak panggil apa dengan gabungan dua aktiviti penting dari berniaga, iaitu tolong orang dan buat untung.
Itu saja.
Buat untung dengan bantu orangBerbalik kepada apa yang saya tulis kat atas tadi pulak. Iaitu, ‘saya buat untung dengan bantu orang selesaikan masalah mereka’.
Soalan yang sudah pasti boleh timbul adalah,
“Adakah saya akan selesaikan masalah orang seandainya saya akan alami kerugian?”
Rujuk balik kepada 4 kemungkinan kat atas tu.
Kalau saya buat kebajikan, sudah tentu saya akan selesaikan juga masalah orang tu. Tapi kalau rujuk kepada perniagaan, dah tentu saya tak akan buat sebab berniaga bukan macam itu.
Takkan saya nak terima tawaran ‘Khidmat Pest Control’ untuk Bangunan Kementerian Kewangan seandainya saya ditawarkan bayaran sebanyak RM10 ribu sebulan, sedangkan kos untuk saya buat semua aktiviti khidmat pest control itu adalah sebanyak RM15 ribu sebulan!.
Adakah saya akan dikatakan Kapitalis?
Kalau anda nak kata saya kapitalis, pun katalah. Saya malas nak layan sebab saya yakin anda ada masalah jiwa yang tak berapa segar.
Anda mungkin kata perlu beri contoh lain.
Apa kata jika seorang individu pulak.
Adakah saya akan buat kerja pest control rumah ‘Pak Mat’ yang banyak anai-anai dengan harga RM300 sedangkan kos untuk saya sediakan pekerja profesional dan bahan kawal anai-anai saja adalah RM900.
Kalau saya buat juga, maksudnya bantu Pak Mat selesaikan masalahnya, maka saya akan rugi. Kecuali Pak Mat ada anak dara yang saya berkenan lama dah. Itu akan jadi peluang untuk saya mengorat anak dara Pak Mat.
Maka saya buat juga.
Itu dah bukan kira berniaga. Itu menggatal namanya yang tak ada kena mengena dengan berniaga.
Dalam keadaan biasa, saya akan tolak. Sekalipun Pak Mat kata saya kejam, kapitalis dan tidak ikut ajaran Islam yang suruh penganutnya bersedekah dan berbuat baik pada orang lain.
Kalau setahun sekali atau dua kali ada Pak Mat masih ok lagi. Kalau seminggu sekali ada ‘Pak Mat’ kata kat saya macam tu Taukeh Balak pun boleh lari!.
Jika ada yang bertanya, ‘takkan tolong masjid berikan dana seminggu RM10 pun tak boleh?’
Tentulah boleh. Ia tak ada kaitan dengan berniaga.
Samada anda berniaga, makan gaji. Suri rumah sepenuh masa atau apa saja kerja anda, sedekah masukkan dalam tabung masjid untuk bantu masjid tak ada kena mengena dengan berniaga.
Berniaga rugi, kenapa tak hentiSejak tahun 2017, saya ambil alih kembali salah satu dari perniagaan yang saya ada, dan uruskannya sendiri.
Sebelum itu ada orang lain yang uruskan.
Saya ambil alih sebab syarikat dah tak buat untung lagi. Setiap bulan, duit yang masuk lebih rendah dari duit yang keluar.
Syarikat boleh teruskan lagi operasi dan aktiviti sebab duit tunai masih ada dalam akaun bank.
Bila saya ambil alih, banyak perkara perlu dibetulkan. 
Kena ubah struktur syarikat. Ubah strategi. Kira balik semua kos dan pendapatan. Buat semula perancangan dan seribu satu usaha lagi.
Akhir sekali saya buat keputusan buang semua orang dan hanya tinggalkan 2 orang staff saja. Staff jaga akaun dan sales.
Sebab apa saya buat macam tu?
Sebab saya faham yang berniaga perlu ada untung. Saya wajib cari jalan untuk jayakan sasaran itu.
Itu saja caranya saya dapat pastikan syarikat akan hidup dan dapat terus berbakti bantu orang dan dalam masa yang sama buat untung.
Apakah saya kejam berperangai kapitalis sebab buang semua pekerja?
Kenapa saya tak bantu mereka?
Soalan macam itu tentu keluar dari anda, seorang jutawan yang ditinggalkan harta banyak oleh tok nenek sebelum ini. Yang tak ada masalah kewangan.
Kalau tak jutawan, mungkin anda dari hari dulu sampai sekarang hanya tahu makan gaji sahaja. Gaji tak pernah naik sebab majikan rasa anda tak layak. Pernah anda ugut nak berhenti kerja jika tak naik gaji dan majikan dengan gembira suruh anda buat secepat mungkin.
Jadi selama ini anda sentiasa anggap majikan adalah seekor babi yang menyerupai manusia.
Keputusan itu saya buat bila rasakan itu yang terbaik yang boleh dibuat. Bila buat macam itupun syarikat masih rugi. Tapi taklah rugi berganda-ganda kalau saya terus kekalkan semua staff.
Bila saya kecilkan semula syarikat, saya ada sumber yang mencukupi untuk bina balik.
Sekarang syarikat yang sama itu yang hanya tinggal 2 orang staff ketika itu, dah ada balik kenderaan sendiri 4 buah, 4 orang staff yang buat sales, ada ramai staff yang buat operasi dan ada staff yang saya ambil sebagai pekerja kontrak.
Adakah syarikat itu menjana keuntungan sekarang?
Bagi saya masih tidak untung lagi. Masih rugi. Malah duit personal saya sendiri tersadai dibenamkan untung tampung segala kos pembinaan semula dan pengurusan syarikat sejak dulu sampai sekarang dah lebih kurang RM400 ribu.
Sehingga sekarang saya masih bertahan walaupun masih rugi sebab saya ada sasaran yang mahu dicapai. 
Jadi walaupun rugi, saya anggap ianya adalah strategi pelaburan untuk masa depan. Macam itulah konsep melabur.
Kita keluarkan duit untuk dapat sesuatu yang dilihat tidak bernilai sekarang, sebab yakin ia sangat bernilai di masa akan datang. Sebab itu kita melabur.
Bila melabur tentu ada risiko.
Dalam tengah bagus momentum bisnes, tiba-tiba datang pulak Covid-19. Saya serba salah telan mati emak buang mati ayah. Usaha perlu digandakan berali-kali untuk capai apa yang saya sasarkan selama ini. Masa pulak tentu akan jadi lebih panjang.
Saya terpaksa ambil risiko lagi. Terpaksa bertahan lagi.
Macam itulah orang berniaga. Main risiko. Sentiasa buat pertimbangan berdasarkan prinsip berniaga yang berlandaskan kiraan untung dan rugi. Bab emosi kena tolak tepi.
Tak boleh campur adukkan bab sedekah, tolong orang susah, tolong kawan. Derma kat jiran. Masukkan duit dalam akaun masjid. Belanja kawan makan dan minum. Bantu orang yang hadapi kesukaran dan sebagainya.
Itu hal peribadi dan tak masuk dalam bab perniagaan. Kalau duit keluar untuk buat semua aktiviti kebajikan itu, ianya adalah duit poket saya sendiri tak akan dilibatkan syarikat.
Sebab walaupun syarikat adalah milik taukeh. Kena faham bahawa pekerja juga ada hak untuk semua perjalanan syarikat. Mereka juga perlu dipertimbangkan dengan keputusan keluar dan masuk duit syarikat.
Kalau Taukeh asyik keluarkan duit sedekah sana sini, bantu orang sana sini, sampai gaji staff lambat, tak mampu bayar bonus, tak mampu besarkan dan selesakan syarikat. Itu adalah tidak adil untuk semua pekerja.
Dengan panjang lebar saya tulis bab buat untung dan bantu orang dalam berniaga hanya nak pesan satu perkara. Berniaga ada disiplinnya sendiri.
Buat kerja amal juga ada disiplinnya sendiri. Bila emosi tak jelas semuanya akan dicampur adukkan sampai menyusahkan diri sendiri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/09/antara-bantu-orang-dengan-buat-untung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trailer Pertengahan Musim House Of The Dragon Dedah Satu Lagi Perkahwinan Antara Watak Utama

Trailer Pertengahan Musim House Of The Dragon Dedah Satu Lagi Perkahwinan Antara Watak Utama

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 196 hits
House of the Dragon telah memasuki pertengahan musim dan seperti yang didedahkan dalam trailer terbaru untuk episod 6 rancangan itu akhirnya akan mencapai loncatan masa yang ditunggu ditunggu dimana kita akan melihat bagaimana pemerintaan T...
Betulkah Khairul Aming Adalah Satu Berhala Yang Disembah Ramai Orang

Betulkah Khairul Aming Adalah Satu Berhala Yang Disembah Ramai Orang

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 194 hits
Kalau ada yang tak pernah dengar nama Khairul Aming ni anda pasti tidak ada akaun media sosial dan tak ada kawan yang aktif main media sosial Jadi tak ambil pot sangat tentang dunia tu Tahniah Saya tumpang kagum untuk anda kerana masih suci...
Video Hairul Azreen Booking Satu Pesawat Bawa Staf Ke Pulau Redang

Video Hairul Azreen Booking Satu Pesawat Bawa Staf Ke Pulau Redang

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 168 hits
Sebut sahaja nama pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mesti terbayang percutian mewah menaiki jet peribadi kapal layar dan meninjau kawasan pergunungan bersalji dengan menaiki helikopter di New Zealand pada Ogos lalu Rombonga...
Resipi Donat Satu Cawan Naik Gebu Elok Paling Senang Nak Buat

Resipi Donat Satu Cawan Naik Gebu Elok Paling Senang Nak Buat

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 190 hits
Sebut sahaja donat anak anak melompat suka Mana taknya rasa donat yang lembut dan gebu ditambah pula taburan gula di atasnya buat anak anak suka Macam mana nak buat donat cara mudah Resipi sukatan donat satu cawan yang dikongsikan oleh Khai...
Alhamdulillah Suka Tengok Peminat Seronok Apabila Syamsul Yusof Muatnaik Satu Perkongsian Tentang Keluarganya

Alhamdulillah Suka Tengok Peminat Seronok Apabila Syamsul Yusof Muatnaik Satu Perkongsian Tentang Keluarganya

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 231 hits
Rumah tangga Puteri Sarah bersama pelakon dan pengarah terkenal tanah air Syamsul Yusof masih lagi menjadi perhatian sesetengah pihak
Nak Cepat Keluar Seorang Tapi Nak Enjoy Bawalah Anak Itulah Momen Bahagia Satu Keluarga

Nak Cepat Keluar Seorang Tapi Nak Enjoy Bawalah Anak Itulah Momen Bahagia Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 205 hits
Bila fikir nak keluar beli barang dapur pening dibuatnya kalau terpaksa bawa anak anak sekali Dengan senarai barang yang panjang nak kena berdepan pula dnegan permintaan bukan bukan dari anak Eh tak mudah ya Artikel Menarik Kalau boleh nak ...
Bila Menang Satu Hapa Pun Tarak Terima Kasih Pun Tidak

Bila Menang Satu Hapa Pun Tarak Terima Kasih Pun Tidak

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 143 hits
SHAMSUDIN NAWAWIPilih Ikon ini memang pilihan masing2 Ada yang nak pilih yang dah glamour Samada dia betul2 penuh jiwa raga menyokong kita itu terpulang kepada tafsiran masing2 Tapi kalau saya saya pilih penyokong tegar piaw yang di level p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator