Antabax Ganding Bahu Bersama Mydin Kutip Dana Amal


Antabax Ganding Bahu bersama MYDIN Kutip Dana AmalRM0.10 dari hasil jualan produk Antabax di cawangan MYDIN seluruh negaraakan disalurkan ke organisasi terpilihShah Alam, 8 Mei 2020 – Antabax, jenama produk penjagaan diri antibakteria Halal No. 1 di Malaysia, akan menyertai program Tanggungjawab Sosial Korporat MYDIN, MYDIN Prihatin: Zahirkan Kesyukuran, Semarakkan Keriangan 2020.

Dalam kutipan dana yang berlangsung dari 13 April hingga 21 Jun 2020 ini, sebanyak RM0.10 daripada setiap hasil jualan semua produk Antabax dari setiap cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan kepada penyediaan keperluan asas bagi golongan asnaf (kumpulan penerima zakat) serta rumah anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Antabax merupakan antara 5 jenama yang mengambil bahagian dalam edisi kedua program amal pengumpulan dana MYDIN Prihatin. Sempena ulangtahun ke-63 MYDIN pada bulan Ogos ini, serta musim persediaan Kembali ke Sekolah pada bulan Disember, hasil kutipan dana tahun ini akan didermakan kepada golongan keluarga kurang bernasib baik, rumah anak yatim dan rumah jagaan orang tua.
Wabak Covid-19 nyata telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Antara yang paling terkesan adalah mereka yang berisiko tinggi terutamanya golongan kurang bernasib baik.
Dalam mengekang penularan, orang ramai disarankan agar kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air, menggunakan cecair disinfektan serta mandi sebaik pulang dari kawasan yang sesak. Produk Antabax seperti krim mandian, sabun tangan, sabun mandi, penyembur dan gel disinfektan, serta tisu lembap antibakteria yang menawarkan perlindungan 24 jam daripada 99.9% kuman berbahaya, boleh didapati di cawangan MYDIN di seluruh negara. Semua produk Antabax disahkan Halal dan boleh digunakan dengan yakin oleh pengguna Muslim.

“Wabak Covid-19 telah menyaksikan peningkatan permintaan produk Antabax ekoran saranan pencucian tangan dan permukaan serta mandian yang kerap bagi mengekang penularan. Sebagai warga korporat yang prihatin, kami ingin membantu komuniti yang memerlukan ketika ini,” jelas Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Antabax.
“Sebagai satu jenama kebanggaan Malaysia, Antabax memahami cabaran yang dihadapi masyarakat tempatan. Dalam waktu yang sukar ini, kita perlu menghayati semangat #KitaJagaKita dan menghulurkan bantuan. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan MYDIN dalam usaha membantu mereka yang lebih memerlukan,” tambah beliau.
Melalui program MYDIN Prihatin yang pertama pada tahun 2019, Antabax telah menyumbang sekitar RM18,000 kepada 14 buah rumah kebajikan di seluruh negara.
“Kami amat menghargai sokongan Antabax dalam menyertai usaha yang mulia ini bagi membantu golongan kurang bernasib baik. Usaha MYDIN Prihatin yang sebelum ini telah berjaya mengumpul lebih daripada RM150,000 untuk amal jariah. Kami berharap agar dapat mendatangkan lebih kegembiraan tahun ini, terutamanya pada waktu yang sukar ini,” jelas Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad.
“Sumbangan berbentuk tunai serta barangan kini jauh berkurangan sejak bermulanya wabak Covid-19 berikutan kesukaran yang dihadapi semua orang. Kami menghargai usaha MYDIN Prihatin dan sokongan yang kami terima dari Antabax. Bagi kami sumbangan ini sangat membantu, dan kami berasa bersyukur,” ujar seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sertai komuniti Antabax dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen dan inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau @antabax di Instagram.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.khatyaiman.com/2020/05/antabax-ganding-bahu-bersama-mydin-kutip-dana-amal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antabax Joins Mydin In Mydin Prihatin Zahirkan Kesyukuran Semarakkan Keriangan 2020

Antabax Joins Mydin In Mydin Prihatin Zahirkan Kesyukuran Semarakkan Keriangan 2020

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 395 hits
Antabax Joins MYDIN in MYDIN PRIHATIN Zahirkan Kesyukuran Semarakkan Keriangan 2020 The Covid 19 pandemic is having a staggering impact on the global economy Among the hardest hit are those who are most at risk especially the underprivilege...
Covid 19 Ganding Bahu Bantu Barisan Hadapan

Covid 19 Ganding Bahu Bantu Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 344 hits
KUALA TERENGGANU 24 April Pengorbanan petugas barisan hadapan dalam menangani ancaman Covid 19 pada ketika ini turut mendapat perhatian pelbagai pihakAntaranya pihak pengurusan Paya Bunga Hotel Petronas Cari Gali dan Perbadanan Memajukan Ik...
Ezam Dakwa Dua Kementerian Salah Guna Dana

Ezam Dakwa Dua Kementerian Salah Guna Dana

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 263 hits
Ini 2 kejahatan melampau pemerintah 1 Salahguna dana negara saat krisis 2 Bahayakan nyawa barisan hadapan Azmin dan Adham 2 Menteri ini mesti jelaskan SPRM perlu pantau segera TALKEDABOUT ORG
Kemendikbud Penyaluran Dana Bos Capai 99 5 Persen

Kemendikbud Penyaluran Dana Bos Capai 99 5 Persen

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 164 hits
Sisanya 0 5 persen belum disalurkan karena masih menunggu proses verifikasi data Terutama sekolah yang ada di Indonesia bagian timur seperti Papua Nusa Tenggara Timur dan lainnya
Dana Jaminan Makanan Langkah Bijak Dari Kerajaan Pn

Dana Jaminan Makanan Langkah Bijak Dari Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 604 hits
BANGI 1 Ramadan 1441H Jumaat Keputusan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi Dana Jaminan Makanan penting dalam memastikan bekalan makanan negara tidak terputus terutamanya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan P...
Bersama Yasasan Habitat For Humanity Dana Galang Donasi Untuk Penyediaan Tempat Singgah Bagi Tenaga Medis

Bersama Yasasan Habitat For Humanity Dana Galang Donasi Untuk Penyediaan Tempat Singgah Bagi Tenaga Medis

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 277 hits
Tempat singgah yang nyaman bisa bantu tenaga medis mengistirahatkan fisik dan mental untuk kembali bekerja
Uefa Salur Dana Rm1 12 Bilion Kepada 55 Negara Anggota

Uefa Salur Dana Rm1 12 Bilion Kepada 55 Negara Anggota

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 298 hits
Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah telah menyalurkan dana sebanyak 236 5 juta kepada 55 negara anggota gabungannya yang sedang bergelut dengan impak kewangan disebabkan krisis pandemik COVID 19 Sumber dari Reuters melaporkan bad
Pengeluaran Minyak Artik Kehilangan Dana Gas Dan Minyak Baru Dijumpai Di Jerman

Pengeluaran Minyak Artik Kehilangan Dana Gas Dan Minyak Baru Dijumpai Di Jerman

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 386 hits
Saingan terbesar dalam pengeluaran minyak Arktik ternyata adalah Wall Street bukan Washington Sebentar tadi Morgan Stanley mengumumkan bahawa pihaknya akan menarik semula dana untuk pembangunan minyak dan gas Arktik disusuli dengan langkah ...
Bn Tidak Terima Dana Bantu Pelarian Rohingya Ahmad Zahid

Bn Tidak Terima Dana Bantu Pelarian Rohingya Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 454 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media khas mengenai penjelasan terhadap isu pelarian Rohingya di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Dana dari sebuah negara ...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media