Annuar Musa Marah Dan Kutuk Group Whatsapp Annuar4tpm
Memandangkan  kemungkinan seorang timbalan perdana menteri akan dilantik daripada  kalangan pemimpin Umno, maka ia terus menimbulkan spekulasi pengisi  jawatan nombor dua kerajaan itu.
Salah seorang Anggota majlis  Tertinggi Umno Annuar Musa secara terbuka berkata beliau tidak  mencalonkan dirinya untuk jawatan timbalan perdaa menteri.
Annuar mengatakan ini dalam kumpulan WhatsApp yang diberi nama "Tan Sri Annuar4TPM".
Pihak  yang menubuhkan kumpulan WhatsApp itu telah menambah penyertaan ramai  tokoh politik, kakitangan media dan malahan Presiden Umno Ahmad Zahid  Hamidi dalam kumpulan itu.
"Saya minta sekali lagi. Tolong padamkan group chat ini kerana ia perbuatan sia sia dan berdosa.
"Saya bukan orangnya dan saya tidak restuinya," tulis Annuar sebelum bertindak keluar dari kumpulan WhatsApp itu.
Kumpulan  WhatsApp itu dibuat oleh seseorang dengan nama pengendali "King  Diamond" pada bulan Februari dan sejak itu mengekalkan nama kumpulan  itu.

Setelah  menambah ramai orang, "King Diamond" menjelaskan malam tadi bahawa  tujuan kumpulan itu adalah untuk "memastikan" Annuar dilantik sebagai  timbalan perdana menteri.
Modus operandi kumpulan WhatsApp itu  mengingatkan bagaimana klip video yang melibatkan seorang menteri  disebarkan pada bulan Jun, 2019 - di mana puluhan wartawan dan ahli  politik tiba-tiba dimasukkan ke dalam kumpulan sembang yang sama.
Mesyuarat  Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung semalam telah membincangkan  mengenai calon untuk mengisi jawatan itu tetapi tiada keputusan dibuat.
Bagaimanapun,  satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi  selepas mesyuarat itu tidak menyebut mengenai jawatan timbalan perdana  menteri, sementara pemimpin lain kunci mulut ketika ditemui oleh media  malam tadi.

Jawatan  timbalan perdana menteri dikatakan menjadi salah satu tuntutan Umno  untuk terus bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan  Perikatan Nasional (PN).
Sumber memberitahu tiga nama  yang mungkin diketengahkan parti itu ialah Timbalan Presiden Umno  Mohamad Hasan, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob, dan Ahli Pparlimen  Sembrong Hishammuddin Hussein.
Muhyiddin didakwa sedang  menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh  diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri, lapor sebuah  laporan media hari ini.
Memetik sumber yang tidak didedahkan, Sin Chew Daily mendakwa presiden Bersatu itu bersedia melantik seorang wakil Umno ke  jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit mengemukakan calon.
Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Zahid sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.
MR :  UMNO mula bergolak sesama sendiri apabila nampak 'wang dan pangkat' sebenarnya musuh sedang nak hancur UMNO mereka tak sedar 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/annuar-musa-marah-dan-kutuk-group.html