Annuar Akui Kesilapan Strategi Umno Di Sabah Menyebabkan Terlepas Kerusi Km



Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, mendedahkan Umno ditawarkan jawatan ketua menteri Sabah lebih awal oleh Bersatu namun parti itu melakukan beberapa kesilapan.Menjelaskan keadaan berkenaan petang ini Annuar berkata kesilapan Umno ialah mereka tidak menerima pelawaan tersebut yang dibuat Bersatu sebelum hari penamaan calon.
“Silap Umno ialah tidak menyahut tawaran itu dan kita ada pendekatan kita sendiri," katanya.
Lebih memburukkan keadaan kata Annuar ada beberapa pendekatan dan strategi yang diambil sama ada Umno atau parti rakan mereka sama ada merugikan atau tidak mencapai sasaran.
Kata Annuar ia kemudan menimbulkan kerumitan apabila kerusi yang dimenangi BN jauh lebih sedikit berbanding apa yang dijangka.
"BN Sabah terlalu yakin memenangi 26 hingga 27 kerusi. Laporan pengundi putih pada awalnya begitu meyakinkan. 27 daripada 41 (kerusi jika dimenangi) melepasi sasaran stok putih," katanya.
Malangnya kata menteri Wilayah Persekutuan itu lagi, pada hari pengundian tidak sampai separuh daripada pengundi BN yang dikenal pasti keluar.
Malah katanya peratusan yang keluar itu adalah paling rendah berbanding mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini.
"Menjelang jam 3 petang pada mengundi hanya 7 daripada 41 (kawasan) melepasi garis kritikal.
"Ertinya jentera (BN) masih lemah atau data tidak tepat dan salah cula," katanya.
Konfrontasi dalaman merugikan
PRN Sabah menyaksikan hubungan di antara Umno dan parti serpihannya - Bersatu - terus bergelora dan isu pelantikan ketua menteri semakin menampakkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.
Pengagihan jawatan dalam kabinet negeri itu juga menyaksikan Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin, diberikan portfolio berbeza daripada rancangan asal Ketua Menteri Hajiji Mohd Nor.
Ekoran itu beberapa pemimpin Umno dan Bersatu mengeluarkan pandangan yang menggambarkan hubungan mereka tidaklah erat walaupun bekerjasama menghadapi Warisan di Sabah.
Antara pemimpin yang mengisyaratkan hal itu ialah Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.
Annuar berkata komen yang dilontarkan sesetengahnya dibuat berdasarkan fakta tidak tepat dan lebih kepada khabar angin.

Mengenai pertembungan di antara calon dari parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Annuar berkata pada pendapatnya ia bukan berpunca daripada Bersatu.
Malah, katanya, Umno dan Bersatu tidak pun bertembung di mana-mana kerusi.
"Ia bermula apabila PBS (Parti Bersatu Sabah) mahu banyak kerusi dengan lambang sendiri. Setelah masing-masing tak beralah, berlakulah 'free for all' dikebanyakan kerusi BBI (bumiputera bukan Islam)," katanya.
Annuar juga menyentuh pendekatan konfrontasi yang diambil dalam kalangan ahli Umno Sabah sehingga merugikan mereka sendiri.
Jika pendekatan penyatuan diambil, katanya, mungkin lebih banyak kerusi boleh dimenangi Umno.
"Begitu juga percubaan mendapatkan banyak kerusi untuk bertanding tak semestinya untung.
"Yang lebih penting ialah kerusi yang dimenangi, bukan yang ditandingi.
"BN bertanding 41, menang cuma 14. PN bertanding 27 tapi menang 17," katanya.
MR :  Strategi silap, nak buat macam akur aje lah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/annuar-akui-kesilapan-strategi-umno-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Kisahkan Kesilapan Umno Di Sabah

Annuar Kisahkan Kesilapan Umno Di Sabah

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 374 hits
Setiausaha Agung BN Annuar Musa mendedahkan Umno ditawarkan jawatan ketua menteri Sabah lebih awal oleh Bersatu namun parti itu melakukan beberapa kesilapan Menjelaskan keadaan berkenaan petang ini Annuar berkata kesilapan Umno ialah mereka...
Strategi Kerjasama Politik Umno Di Sabah Tidak Menguntungkan Tok Mat

Strategi Kerjasama Politik Umno Di Sabah Tidak Menguntungkan Tok Mat

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 363 hits
Keputusan Pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai tidak menguntungkan UMNO malah semakin memencilkan peranannya di Sabah Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun UMNO waktu ini...
Bn Sec Gen Annuar Expects Sabah To Give One Nominated Rep Spot To Pas Two To Umno

Bn Sec Gen Annuar Expects Sabah To Give One Nominated Rep Spot To Pas Two To Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 275 hits
Barisan Nasional secretary general Tan Sri Annuar Musa has said he expected political ally PAS to receive one of six openings for nominated assemblymen in Sabah further suggesting that his own party Umno could get two Annuar who is also an ...
Bersatu Khianati Umno Di Sabah

Bersatu Khianati Umno Di Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 493 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah memberi amaran kepada wakil wakil BN dalam perundingan melantik Ketua Menteri baharu iaitu Bung Moktar Radin Ismail Sabri Tan Sri Annuar Musa dan Ahmad Maslan agar kekal dengan pendirian Ket...
Sabah Bersatu Reps Should Rejoin Umno Urges Shahrir

Sabah Bersatu Reps Should Rejoin Umno Urges Shahrir

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 247 hits
Umno veteran Shahrir Samad today suggested for Sabah Bersatu leaders including its assemblypersons who just won in the recently concluded state election to rejoin Umno In a statement the former cabinet minister called Bersatu a party that w...
Keluar Ppbm Masuk Semula Umno Untuk Selesai Isu Km Sabah Kata Shahrir

Keluar Ppbm Masuk Semula Umno Untuk Selesai Isu Km Sabah Kata Shahrir

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 362 hits
Shahrir Samad menggesa bekas ahli parti di Sabah supaya keluar PPBM dan menyertai semula Umno Dalam catatan di Facebook beliau berkata ia adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah mengenai siapakah yang akan menjadi ketua menteri Saba...
Umno Terlalu Berkorban Km Sabah Sepatutnya Bung Mokhtar

Umno Terlalu Berkorban Km Sabah Sepatutnya Bung Mokhtar

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 257 hits
Umno terlalu berkorban KM Sabah sepatutnya Bung MokhtarOleh September 28 2020Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berkata bekas gabungan kerajaan itu tidak bersedia untuk menyerahkan jawatan ketua menteri Sabah kepada parti lain Me...
Umno Terengganu Kelantan Tanding Semua Kerusi Pru 15

Umno Terengganu Kelantan Tanding Semua Kerusi Pru 15

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 445 hits
Sumber dalaman yang bocor memberitahu bahawa UMNO Kelantan akan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kerusi Parlimen sebanyak 14 kerusi ke SEMUANYA bahawa UMNO Kelantan akan bertanding untuk PRU 15 nanti ...
Rasa Tak Puas Hati Di Sabah Boleh Buat Mp Umno Sokong Anwar

Rasa Tak Puas Hati Di Sabah Boleh Buat Mp Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 431 hits
Malaysiakini Jawatan ketua menteri Sabah yang terlepas dari genggaman Umno mungkin mendorong rasa tidak puas hati beberapa ahli parlimen parti itu Ini mungkin memberi kelebihan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk mengambi...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat